Saturday, May 29, 2010

Selamat Tinggal. Semoga Berjumpa Lagi.

2 ♥ Comments ♥
* Sekadar hiasan. Dari dapur, gambar blur (T___T) *


♥ ------------------------------------- ♥

SELAMAT TINGGAL TAWAU.

SELAMAT TINGGAL MAK, AYAH, RAH, SHAHIR DAN AIN.

SELAMAT TINGGAL SAHABAT.

INSYA'ALLAH. SEMOGA BERJUMPA LAGI.


♥ ------------------------------------- ♥


Assalamualaikum. Selamat petang / malam. Saat ni, aku dah dalam flight dah. Dalam perut kapal terbang Air Asia. Dalam perjalanan ke LCCT, KL. Menjelang petang esok akan meneruskan lagi perjalanan ke Bachok, Kelantan Darul Naim. Berjauhan dengan keluarga bukanlah sesuatu yang seronok. Semoga aku kuat semangat. Semoga pesanan mak, ayah aku pegang erat². Semoga dipermudahkan segala urusan. Semoga selamat sampai ke destinasi yang di tuju. Dan semoga di bawah lindungan Allah S.W.T selalu. Amin.

Lepas ni mungkin dah jarang update blog. Atau mungkin blog ni akan terbiar sepi lama². Entah. Broadband ade je bawak. Tapi PC takde dah. Takkan nak bawak kot. Setakat ni memang takde laptop lagi. Masa akan datang, insya'allah. Okey kawan². Semoga berjumpa lagi. Jaga diri baik² * Saya bakal merindui kalian (T___T) *

p/s : Ni entry auto publish. Sekian

Friday, May 28, 2010

Entri Ini Tercipta Tanpa Motif Yang Jelas (Header Semata-Mata)

8 ♥ Comments ♥
* Macam budak², macam skema sangat pun ye..huhu *


Assalamualaikum. Selamat sejahtera. Salam pagi jumaat. Tengok jam. Tengok jam. Kenape tak tido lagi ni? Haih. Suke sangat tido lambat. Huhuu.. Hobi tak boleh blah. Blah sekarang! (T___T)

Okey. Tak nak cakap banyak. Sebab memang takde story pun nak share. Kalo ade pun, aku malas jugak nak share. Haha. Hm.. Buat entri ni, sebab nak bagitau, blog aku sekarang dah ade header. Hohooo. Sengal. Macam takde benda lain nak cakap. Huh.

Dengan ini, saya merasmikan blog saya yang baru. Heh. Tetibe * Tetibe ade header, tetibe jugak rupa blog berubah. Aiseh *. Sebelum stop, nak ucap terima kasih kat budak Arep - The Brader Who Dances With Ghosts  sebab bagi info pasal nak buat header ni. Sila singgah blog beliau, santai giler. Thanks Arep.

Hahaa. Padahal header ni tak lawa pun, nak jugak buat entri pasal header. Huhu. Takpe, next time buat lagi lawa * Saye budak baru belajar (^___^) *.

Saturday, May 22, 2010

The Reason. Kenapa Aku Akan Berhijrah Ke Kelantan Darul Naim???

20 ♥ Comments ♥
* Sekadar gambar hiasan. Quarters IPGM Kampus Tawau *


Assalamualaikum. Salam petang sabtu.

Tersangat malas mau menaip. Tapi kena paksa jugak. Lepas ni dah takde masa lagi dah nak bermanja-manja ngan blog. Haih (T____T)

Sebelum ni aku cakap nak pegi Kelantan kan. Maksud aku, berhijrah ke Kelantan. Tapi, aku tak bagitau lagi kenapa nak pegi sana * Macam dah takde negeri je, asyik² nak pegi duduk kat negeri orang. Hahaa *. Erk. Baiklah. Aku dah malas nak rahsia² lagi.

Sebenarnye aku nak pegi belajar. Bukan la nak pegi keje ke, kawen ke. Ye. Walaupun jari² aku ni dah siap berinai-inai bagai, saje je tu. Heh. Bukan sebab aku nak pegi kawen pun. Bukan, okey. Mentang² la aku pakai inai, ade je yang buat muka pelik, then tanye..

"...Eh. Dah kawen ke?..."

"...Err..Nak panggil Cik ke Puan ni???..."

"...Bila kawen?..."

Pakai je la, takkan tak boleh kot. Huhuu. Okey, sambung story lagi. Nak study kat Kelantan, kat mana??? Aku apply KIST. Tau KIST? KIST tu maksudnye, Kolej Islam Sains Dan Teknologi. Kolej swasta. KIST ade dua cawangan, satu kat Bachok. Satu lagi kat Kuala Berang, Terengganu. Aku dapat yang kat Bachok, Kelantan. Dan aku apply kos diploma pembantu farmasi. Belajar tiga tahun.

Pasal nak pegi KIST ni, kawan ayah aku yang cadangkan aku belajar kat sana. Dia terangkan macam² kat ayah. Dan ayah setuju. Turut sama menyokong adalah pakcik aku yang duduk kat Kemaman, Terengganu. Aku??? Entah. Aku sendiri pun tak pasti sama ada aku suke atau tak. I'm blur (T____T). Tapi, bab nak balik semenanjung tu memang aku suke gile² la. Haha (^____^)

Aku tak tau ape reaksi korang bila aku sebut KIST. Tapi aku nak bagitau pasal reaksi orang² sekeliling aku, bila aku bagitau aku nak pegi study kat KIST.

Pok Ariff, adik bongsu mak. Dia cakap tempat tu tempat hulu. Kawasan kampung yang jauh dari bandar. Tengah² hutan kot. Banyak kekurangan. Ade yang pegi sana, bila balik dah tak pegi² dah. Serik. Dia suruh aku belajar tempat lain je. Fine. Aku pun imagine la sikit². Walaupun aku rasa tergugat sikit ngan kenyataan dia tu. Tapi..takpe la. Aku kan nak pegi belajar, bukannye nak pegi berpoya-poya. Belajar kat kampung lagi best kot, tak banyak gangguan macam kat bandar. Insya'allah, harap² semuanye okey. Semoga aku kuat semangat.

Member aku yang study kat KIST, ade dua orang. Ziana ngan Khuzaimah. Ziana, member sekelas aku masa form 3 dulu, time tu aku masih sekolah kat Terengganu. Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Lela Segara, SMKTLS. Aku panggil dia Zie je. Zie cakap, banyak la buruk baiknye study sana. Dan kalo aku ade pilihan lain, dia harap aku pilih tempat lain je. Baiklah. Baiklah. Aku rasa macam down la jugak bila Zie cakap macam tu. Tapi, takpe la. Aku dah memang akan pegi sana. Jadi, aku kena teruskan jugak. Zie nasihatkan aku supaya kuatkan semangat nanti. Dan jaga diri baik². Dia dah dua tahun belajar, tinggal setahun je lagi.

Khuzaimah pulak member sekelas aku masa form 5 kat Sekolah Menengah Kebangsaan Balung Tawau, SMKBT. Aku panggil dia Ema je. Ema dah habis study pun. Tunggu nak keje je sekarang. Aku contact la Ema, tanya pendapat dia. Dia cakap, study okey. Tapi, bab lain mungkin kurang sikit. Dia cakap lagi, kalo pegi sana nanti harap aku tak terkejut sangat, sebab KIST lebih kurang macam sekolah.

Makcik aku pulak ade cakap yang tempat tu takde air paip, guna air telaga je. Terkejut jugak la aku dengar. Tapi, bila tanya Zie, Zie cakap kat hostel dia guna air paip. Baiklah. Terlalu banyak dugaan nampaknye. Aku pun macam dah nak tak nak je pegi. Terlalu banyak persoalan. Aku pun sibuk je asyik search kat google tentang ape² je yang berkaitan ngan KIST, and dah berpuluh-puluh maklumat yang aku baca. Banyak pasal yang buruk je. Huhuu.

Dan kesimpulannye, aku suke ke tak suke ke, memang kena pegi jugak. Sebab semua pun dah confirm. Yuran dah bayar, tiket dah beli. Persediaan pun dah ade walau tak banyak. Kain baju je yang aku tak packing lagi. Malas.

Aku tau, banyak dugaan yang aku kena hadapi lepas ni. Harap aku kuat semangat and takde sebarang masalah. Hidup ni tak semestinye nak senang je selalu, kadang² kena rasa jugak susah payah. Aku harap, aku takde ah kena kejutan budaya ke ape ke. Aku harap aku akan kekal bertudung sampai bila². Aku harap aku takde ah bukak² aurat aku kat sape². Aku harap aku boleh harungi hidup di KIST tu nanti. Sikit sebanyak aku dah tau pasal KIST, harap takde ah aku kecewa sangat nanti. Bersedia dari awal.

Baiklah. aku dah banyak merepek. Nak stop dah. Minggu depan, last aku kat bumi Tawau ni. 29 Mei, malam, aku terbang ke Low Cost Carrier Terminal, LCCT. Nanti abang datang ambik dan aku akan bermalam kat rumah Pok Awi, Pakcik sebelah ayah. 30 Mei, petang, baru bas KIST datang ambik kat LCCT. Then, direct ke Bachok, Kelantan. 1 atau 2 jun aku akan mula mendaftar di KIST. Dan lepas tu, akan bermula la kehidupan baru aku sebagai seorang pelajar jurusan pembantu farmasi di KIST.

Okey la, jumpa lagi lain entri. Tu pun kalo aku rajin nak taip la. Take care..

Wednesday, May 19, 2010

Fotografi - 6 Atas Arif 2007, SMK Balung, Tawau, Sabah

5 ♥ Comments ♥

Gambar : Kenangan zaman sekolah, beberapa hari sebelum STPM, after susun meja

Lokasi : Kelas 6 Atas Arif 2007, SMK Balung, Tawau, Sabah
Tarikh : 9 November 2007. Beberapa hari sebelum STPM
Jenis Kamera : Lupa..huhuu * Kamera kecik, kaler merah *

p/s : Rindu kalian. Sorry.. Ni je gambar yang ade..yang lain hilang.


Sunday, May 16, 2010

Kaum Hawa? Dengar Sini, Saya Nak Cakap!

11 ♥ Comments ♥

Assalamualaikum. Salam pagi ahad.


Pagi pagi bangun, siap siap. Sarung baju, seluar, tudung. Pakaian mesti lengkap. Keluar rumah. Aurat mesti tutup. Wajib. Anda di luar sana, sila sila. Sama sama kite laksanakan perintah tuhan * Bila lagi nak tutup aurat, pakai tudung? Nak tunggu tuhan 'panggil' dulu baru nak pakai??? Atau nak tunggu orang tolong 'tutupkan' aurat kite nanti ngan kain putih??? Sila insaf. Ajal menjemput bila bila masa saja. Tak kira kite dah sedia atau tak. Kalo dia datang jemput kite 'pergi', kite dah tak boleh nak buat ape dah. Kite kena ikut dia 'pergi'. Harap kite semua 'pergi' dalam keadaan beriman dan di rahmati Allah. Amin *. Perempuan, anda cantik bila tutup aurat. Hamba Allah yang bernama Lelaki yang cakap.


p/s : Tadi dah karang story panjang², tapi tak jadi publish.

Thursday, May 13, 2010

Kisah Mula Dulu Kala. Bila Hati Jatuh Cinta. Surat Cinta Gua Buat Lu.

25 ♥ Comments ♥

* Copy this picture from Uncle Google *


Assalamualaikum. Salam pagi Khamis.



---------------------------------------------


Kisah mula dulu kala.
Bila hati jatuh cinta.
Ku terkenang raut wajah.
Bila pejam mata.

---------------------------------------------



Tadi gua jalan-jalan kat laman biru.
Then, gua nampak gambar lu.
Sumpah. Gua takde niat pun nak usha life lu.
Gua pun malas ah nak gelabah-gelabah melulu.
Jadi, gua tengok je la gambar lu sambil lalu.

Tapi, bila gua tengok gambar lu.
Gua jadi haru biru.
Tak pasal-pasal, gua teringat zaman kite sekolah dulu-dulu.
Zaman gua pergi sekolah pakai baju putih kain biru.
Zaman gua dengan lu bila jumpa malu-malu.
Zaman lu bagi kat gua surat cinta tulis guna pen dakwat biru.
Zaman lu suke je nak say kat gua 'i miss you'.
Dan jugak zaman lu pernah say kat gua 'i love you'.

Oh. Gua rindu la ngan lu.
Gua rindu ngan lu yang dulu.
Sumpah, gua rindu.

Hati gua sayu.
Gua rasa pilu.
Ngilu.

Tapi gua tau.
Cuma gua sorang je yang rindu kat lu.
Lu tak. Gua tau.

Dulu.
Saat lu nak pergi. Lu cakap nak putus. Gua kaku. Lidah gua kelu.
Gua rasa macam kepala gua kena hempap dengan batu.
Lu tau? gua masih sayang lu.
Sebab lu satu dalam seribu.

Tapi, demi lu..gua akur. Gua terpaksa setuju.
Gua tak nak nangis rayu-rayu.
Gua sape nak halang-halang lu.
Gua tak mampu.
Lu punye hak. Ikut suke hati lu.
Pergilah. Gua doa baik-baik buat lu.
Gua tak marah lu.
Gua cuma nak cakap terima kasih banyak-banyak sebab pernah say 'i love you'.
Gua hargai. Thank you.

Bila lu dah berlalu dari hidup gua. Suasana tukar bisu.
Gua pun cuba la jugak untuk berlalu dari hidup lu.
Gua cuba lupa kenangan lalu.
Kenangan time gua dengan lu.
Gua cuba buang rasa sayang gua kat lu.
Gua cuba. Cuba. Cuba. Dan terus cuba. Gua cuba selalu-selalu.
Walaupun kadang-kadang gua nampak lu je satu-satu.
Gua tengok orang lain pun dah macam muka lu.

Takpe. Gua cuba lagi. Gua harus harus harus jugak lupa lu.
Sebab gua pun dah takde dah dalam hati lu.
Gua tau. Lu tak cakap pun gua tau.

Baiklah. Itu cerita dulu.
Gua dah malas nak ingat-ingat selalu.
Gua nak bina hidup baru.
Yang dah berlalu tu, biar je la berlalu.

Sekarang. Gua dah lupa lu. Tak tipu.
Tapi, hati gua dah beku.
Ada orang ketuk hati gua punye pintu.
Gua boleh buat tak tau.
Gua rasa gua dah tak macam dulu.
Agaknye, hati gua dah keras macam batu.
Ntah. Gua bingung. Gua tak tau.

Tapi, takpe. Gua sudi tunggu.
Gua harap ada orang sudi datang lagi dan lagi. Then, ketuk pintu hati gua selalu².
Gua tunggu.

Buat lu, gua cuma nak cakap satu.
gua masih sayang lu.
Tapi. Sayang sebagai kawan. Tak lebih dari tu.
Gua doa lu bahagia dengan orang baru.

Dan gua harap jugak satu dari lu.
Doakan baik-baik buat gua. Doakan gua cepat dapat pengganti lu.
Gua dah penat tunggu.
Ntah bila la hati gua ni nak hilang beku.

Lupa. Nak cakap lagi satu.
Cuma nak bagitau.
Sikit masa lagi, gua nak seberang laut biru.
Gua dah nak tinggal bumi bayu.
Gua nak balik Terengganu.


p/s : No hard feeling. Sekadar entri.

Wednesday, May 12, 2010

Senyum Yang Cuma Aku Mengerti Apa Maksud. Dalam Hati Ada Taman???

10 ♥ Comments ♥
* Senyum tanpa kata. Jangan tertipu, ini gambar tahun lepas. Sekitar september *




Assalamualaikum. Salam pagi rabu. Saya sihat. Harap anda jua sihat.

Ini kejadian dua hari lepas.


------------------------------------------------------------

Hari ini. Tersenyum aku bahagia.
Ya. Senyum yang cuma aku mengerti apa maksud.
Pagi tadi, Adik hulur sekeping kertas bersaiz A4. Dari ayah.
Aku sambut tanpa kata. Diam. Diam. Diam.

Adik berlalu. Tinggalkan aku terkebil-kebil. Bingung.
Ya. Saat itu tubuh ini baru bangkit dari tidur. Masih mamai.
Gosok kelopak mata perlahan-lahan. Celik mata luas-luas.
Kertas bersaiz A4 itu aku belek. Aku tilik dalam-dalam.
Baca aku patah demi patah perkataan. Tanpa suara.

Seminit. Dua minit. Aku senyum. Berbunga rasa hati.
Ibarat kata muda-mudi sekarang, ' Dalam hati ada taman '.
Sekarang aku yakin. Mimpi, sudah hampir aku kejar.
Kini. Tinggal aku usaha.
Bagaimana mimpi boleh aku gubah jadi realiti.
Ya. Mimpi-mimpi punya kehidupan seperti mereka yang lain.

Ayah. Jutaan terima kasih yang tak terhingga.
Terima aku peluang ini dengan hati terbuka.

Terima kasih.

------------------------------------------------------------

Monday, May 10, 2010

Fotografi - Saya Senang Hati

7 ♥ Comments ♥

Gambar : Kenangan time bercuti kat rumah mak saudara
Lokasi : Rumah mak saudara, Kg. Rhu Rendang, Marang, Terengganu Darul Iman
Tarikh : Sekitar Januari 2010
Jenis Kamera : Sony Ericsson Cyber-Shot K800i

Saya ' N ' . Anda???

9 ♥ Comments ♥


Assalamualaikum. Salam pagi isnin.

Online. Bukak blog. Check kotak ' Sila Conteng Di Sini ' kat sidebar. Then, nampak mesej ni, ' shidi : i got tag 4 you..hehe '. Oh. Gua kena tag.. Huhuu. Nak kena jawab la ni ek. Ok. Aku tak faham sangat pun sebenarnye. Tapi takpe la, aku jawab la jugak. Heh. Oh ye. Tag ni from this guy, Mr. Shidi. Sila² singgah blog beliau. Thanks Shidi. Erk.. Saya jawab dalam bahasa melayu. Just boleh guna huruf N je kan untuk permulaan setiap jawapan?? Sebab permulaan nama saya huruf N. Itu yg saya faham la. Ok Shidi, saya jawab sekarang.



rules :

it's harder than it looks
copy to your own notes
erase my answer
enter yours and tag twenty (20) people
use the first letter of your name to answer each of the following questions..
they have to be real
nothing made up
if the person before you had the same first initial, you must use different answer
you cannot use any words twice
and
you can't use ur name for the boy / girl name question.



* Picture from Uncle Google *




What is your name : Nurul Farhana

A four letter word : Nabi * My Rasul *
A boy's name : Norul Iman * Dah lama dah tak nampak dia berlakon *
A girl's name : Nurul Ain Fahimah * Nama adik bongsu *
An occupation : Ntah.. Hahaa (T___T)
A colour : White * Sebab my blog kaler putih. Huhuu *
Something ur wear : Nice big t-shirt with kain batik * Sekarang ni la *
A food : Nasi air * Terengganu mari. Lama dah tak makan *
Something found in the bathroom : Nasi * tipu *
A place : Negeri Terengganu Darul Iman * Tanah kelahiran terchenta *
A reason to being late : Ni la, handphone ni hilang tadi..tu yang lambat tu.
Something u shout : Negeri kite tak sama (^___^)
A movie title : Nothing * Erk. Ade ke?? (T___T) *
Something u drink : Nescafe susu panas kaw² baek punye!
A musical group : No idea
An animal : Naga
A street name : no. 2 jalan tak tau nama * Kat mana ntah jalan ni.. Haha *
A type of car : nissan skyline


Fuhh. Siap jugak akhirnye. Huhu. Sorry la ye, jawapan banyak merepek. Dah siap, kena tag orang lain pulak. Nak bagi kat sape ek??? Baiklah. Kamu kamu kamu dan kamu yang nama tersenarai kat bawah ni, sila la jawab ye. Ikhlas bagi ni (^___^) Tapi, kalo tak nak jawab pun takpe la. Tak paksa. Just for fun.




Baiklah. Cuma dapat tag 5 orang je. Tak tau dah nak tag sape lagi. Huhuu. Dah la line tenet ni macam siput. Nak bukak satu² blog punye la lambat. Celcom ni ape hal ntah. Selalu je slow macam ni. Padahal line full je. Tak faham. Tak faham. Haish. Tak pasal² membebel pulak. Ok la. Sampai sini je. Nama² kat atas, kalo rajin..jawab la ek (^___^) Yang lain², kalo nak jawab pun boleh jugak. Sila².

Sebelum publish entri ni. Mak, Selamat Hari Ibu! Kite tau dah lambat, tapi lambat dalam blog je. Huhuu. Sebab sume orang pun post pasal hari ibu, kite pun post jugak la walaupun sikit. Tadi dah wish. Then cium pipi mak. Kite rasa, dah lama sangat kite tak cium pipi mak. Ntah la mak, bukan kite tak sayang mak. Tapi, Mak pun tau kan kite ni macam mane. Kite jarang nak tunjuk kite sayang mak. Kite segan ke ape ntah la. Tapi, sumpah.. Kite sayang mak sangat². Kite doakan mak panjang umur. Semoga kekal bahagia dengan ayah hingga ke akhir hayat. Mak, terima kasih sebab lahirkan kite dulu. Sungguh besar pengorbanan mak. Terima kasih jugak sebab dah bersusah payah besarkan kite, abang dan adik². Kite tau, kite sedar..kite banyak buat salah ngan mak. Buat mak nangis. Buat mak kecik hati. Maafkan kite ye mak. Ampunkan dosa² kite. I Love you Mak!!! (T___T).

Saturday, May 08, 2010

Bosan??? Sila Copy Dan Jawab Ni. Sila².

7 ♥ Comments ♥
* Sekadar hiasan semata-mata *




Assalamualaikum. Salam pagi sabtu. Salam satu MALAYSIA.

Malam sepi. Hitam gelap. Aku disini. Belum terlelap. Heh. Bunyi macam pantun je. Bosan ke??? Hohoo. Sebenarnye esok pagi² lagi dah nak kena bangun, sebab pukul 7 dah nak pegi IM * Institut Memandu Tawau *. Aku excited nak pegi sebab hari tu dapat drive kat jalan raya. Esok? Entah la. Tertunggu-tunggu..bila la cikgu nak ajar aku cara parking ngan reverse ni. Haish.

Baiklah. Sebelum aku tido-dan-bermimpi-kawen-ngan-anak-raja. Jom, ikut aku merepek dulu. Suke² je aku buat ni. Kalo korang bosan, takde story nak cite dalam blog. Ok. Copy je soalan poyo kat bawah ni dan jawab. Jangan gelak. Aku memang memandai je buat soalan poyo ni. Entah ape² je, aku pun tak faham. Haha. Jawab je la kalo nak * Soalan berkaitan diri korang *. Soalan ringkas, tapi hentam je la korang nak jawab ape pun, asal ade kaitan sudah. Soalan yang huruf besar tu ye.

MELOMPAT :
Tak pernah kot. Eh. Masa kecik rasa cam selalu je terlompat-lompat bila ayah dah balik keje (T___T)

TERBANG :
Kalo aku cakap, memang korang tak percaya. Mana ade manusia yang boleh terbang. Kan? Mustahil. Tapi, aku pernah terbang. Sila percaya sekarang. Ye. Aku terbabas motor langgar benteng jalan, dan aku terbang masuk longkang * Heran. Sampai sekarang aku langsung tak ingat detik² time terbang tu. Memori terbang tu hilang *.

BERLARI :
Kadang² kalo dah terdesak sangat. Tapi usha dulu kiri kanan, ade lelaki ke tak. Haha. Kontrol cun la katakan. Haish * Masalahnye, cun ke? Haha *.

BERJALAN :
Tak tau nak jawab ape. Apsal soalan macam haram je ni?

MAKAN :
Suke makan maggi kuah sikit tapi kacau pekat². Perghhh. Sodap!

MINUM :
Melalui mulut * Ade ke orang minum guna hidung??? *

TIDO :
Sejak terbang masuk longkang, aku tido tak pernah tutup lampu (T___T)

BOSAN :
Bergolek-golek di atas katil sampai tertido * Kes takde letrik. Then, dah bosan sangat tak tau nak buat ape *.

SENYUM :
Dah sebati ngan jiwa. See (^___^) Masalah tolak tepi. Hidup mau happy. Tapi, jangan lupa mati!

MISTERI :
Tak. Tak. Tapi sesetengah orang fikir macam tu.

JAHAT :
Ye. Aku memang jahat. Aku suke bunuh lipas!

PERASAN :
Hahaa. Sekali sekala perasan takkan tak boleh? Normal la tu.. (^___^)

BAIK :
Aku tak cakap. Tapi, orang lain yang cakap. "...Eh. Budak Ana ni baik la...". * Perasan *

PEMALU :
Tak kot. Tapi kalo baru kenal..maybe la malu² kucing sikit. Hohoo..

PERAMAH :
Mungkin, ye. Bagi je aku sape²...aku takde hal pun nak sembang. Pakcik kat hospital. Makcik kat pasar. Kakak kat stesen bas. Adik kat sekolah. Budak kecik kat taman. Sume aku layan. Walaupun kenal baru 5 minit. Kalo lelaki datang nak ngorat...? Erk...... Sorry la. gua bla dulu (=___=)

PEMAAF :
Ambik masa jugak la. Dan tengok jugak pada kesalahan yang dilakukan * Perempuan senang je nak maafkan sape², tapi..dia akan ingat sampai bila². Seseorang pernah mainkan perasaan aku. Aku dah maafkan dia. Dan aku masih berkawan ngan dia. Tapi, aku tak lupa ape dia buat *.

PEMARAH :
Tengok pada sebab dan situasi.

PENDIAM :
Tak. Kadang² kalo mood tak ok, aku diam la.

GEDIK :
Bagi aku, tak. Tapi tak tau la kot² ade orang rasa aku ni gedik. Ade ke??? (~___~)

PEMALAS :
Hahaa. Tak nak jawab soalan ni boleh??? Malas nak jawab (T___T)

BERANI :
Tak kot. Tapi tahun lepas masa sume balik terengganu, ayah pulak ade kursus kat Kota Kinabalu. Aku tinggal kat rumah sorang². Ade la dalam 3,4 hari kalo tak silap. Time tu nak dekat raya korban dah. Sume orang balik kampung. Kat quarters ni pulak tinggal aku je sorang². Beranikah aku??? Memberanikan diri sebenarnye. Siyes. Aku tak berani, luka sikit je aku dah lemah kepala lutut. Then nak nangis² bagai. Lebih² lagi kalo nampak darah. Selalu kena gelak ngan family. Huhuuu.

Ok. Dah la. Dah masuk pukul 2 pun. Setakat ni je la soalan. Kalo nak jawab, silakan copy dan jawab. Kalo tak nak takpe la. Mungkin aku takde bakat dalam bab² mencipta soalan ni. Hahaa. Poyo je ayat. Ok. Happy blogging (^___^)

Friday, May 07, 2010

Fotografi - Suasana Malam Di IPGM Kampus Tawau, Sabah

5 ♥ Comments ♥

Gambar : Quarters IPGM Kampus Tawau, Sabah * Tingkat 1 je ade org, yg lain kosong *
Lokasi : Dari dapur,  quarters IPGM Kampus Tawau, Sabah.
Tarikh : Sekitar April 2010
Jenis Kamera : Sony Ericsson Cyber-Shot K800i

p/s : Time snap gambar ni, baru lepas balik keje. Hari ni takde story, gambar je.

Secebis Kenangan Di Pejabat IPGM Kampus Tawau, Sabah.

2 ♥ Comments ♥


Gambar : Kenangan time keje sebagai kerani kat IPGM Kampus Tawau, Sabah.
Lokasi : Workstation Pensyarah, Tingkat 1, Pejabat IPGM Kampus Tawau, Sabah.
Tarikh : Sekitar tahun 2009
Jenis Kamera : Sony Ericsson Cyber-Shot K800i

p/s : Tetiba rindu.... (T___T) * Gambar lama, malas dah nak edit balik *

Thursday, May 06, 2010

Sila Baca Kerana Saya Dah Penat Taip. Boleh???

11 ♥ Comments ♥

Assalamualaikum. Selamat Pagi. Salam pagi khamis.

Selamat datang! Jemput masuk (^___^)Ye. Blog saya sekarang memang kaler putih kosong. Tak payah tunggu background keluar, memang takde. Baiklah. Bukan itu topik utama.

Aku sebenarnye langsung tak tau nak cakap pasal ape * Apesal entah macam blur sangat sekarang ni (T___T) *. Kali ni takde gambar. Malas nak upload. Jadi, entri ni cuma ade perkataan. PERKATAAN yang entah bermakna atau tidak bagi anda selaku pembaca yang tiba² tersesat ke sini. Tapi, takpe la..anda pun dah masuk kan. Jadi, sila baca kerana saya dah penat taip. Boleh??? Hohoo. Kejam punye tuan blog. Sekeh kepala kan. Nak?

Entri sebelum ni aku ade cakap. Ye. Mei mungkin bulan terakhir untuk aku berada di bumi Sabah ni. Lepas ni, aku nak fly pegi Kelantan. Kalo takde halangan, akhir bulan ni aku fly * Bagi anda yang tak tau, aku sebenarnye dah enam tahun lebih menetap di bumi Sabah ni. Dan sekarang, malah sejak beberapa tahun lepas lagi..aku rasa aku dah rindu tahap gaban dah nak pindah balik ke TERENGGANU TERCHENTA! Oh (T___T) Aku rindu Terengganu like crazy! *

Kata pujangga :

"...Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri..."

Sumpah. Aku tak faham sangat kenapa mesti lebih baik di negeri sendiri, padahal negeri sendiri tu hujan batu. Sedangkan negeri orang hujan emas. Anda faham??? Tak??? Oh. Anda 2 x 5 je la ngan aku ek? Heh.

Sebelum ni ayah pernah cakap, kalo nak pindah balik semenanjung..boleh. Tapi dengan syarat, sama ada aku kawen dan ikut suami tinggal di semenanjung atau aku pegi sambung belajar di semenanjung. Atau jugak, kalo aku dapat keje di semenanjung. Selagi takde komitmen yang membolehkan aku berhijrah ke semenanjung, aku akan kekal di sini * Tawau, Sabah *. Sebab, kata ayah..aku masih di bawah tanggungjawab ayah. Ayah akan lepaskan aku pergi bila aku dah punye tanggungjawab sendiri.

Jadi, bakal berhijrahnye aku ke Kelantan kerana ape? Kawenkah? Belajarkah? Kerjakah? * Aku jawab kemudian, sekarang belum masanye. Ok *.

Dalam masa sebulan ni, aku kena paksa diri untuk rajin sikit. Ye, rajinkan diri pegi IM * Institut Memandu, Tawau *. Aku kena habiskan kelas belajar memandu aku tu cepat². Cepat² jugak dapatkan lesen P. Sempatkah? Masih ade 4 jam untuk habiskan belajar drive. Then, nak ambik test JPJ lagi. Huh. Hari tu pegi IM, dapat peluang drive di jalan raya, keluar dari kawasan IM. Thanks Cikgu Leung. Sungguh, aku teruja tahap maksima! * sengal *.

Baiklah. Entri aku kali ni, sampai sini je la. Idea dah takde. Take care!

Wednesday, May 05, 2010

Fotografi - Moment At Taman Buaya, Sandakan, Sabah

1 ♥ Comments ♥

Gambar : Nak senyum tapi tak berapa nak senyum
Lokasi :  Taman Buaya, Sandakan, Sabah
Tarikh : * Lupa (T____T) tapi last year or maybe 2008*
Jenis Kamera : Digital Camera FinePix A700 ~ FujiFilm

p/s : Mei mungkin bulan terakhir untuk aku berada di bumi Sabah. Mungkin. Aku bakal berhijrah menjelang Jun. Cuma aku. Family tidak. Persinggahan seterusnya? Bumi semenanjung? Mungkin. Segalanya mungkin.

Tuesday, May 04, 2010

Fotografi - Terminal Feri Kota Kinabalu, Sabah

1 ♥ Comments ♥

Gambar : Panorama Di Terminal Feri Kota Kinabalu
Lokasi : Terminal Feri Kota Kinabalu, Sabah
Tarikh : Oktober 2009
Jenis Kamera : Sony Ericsson Cyber-Shot K800i

Monday, May 03, 2010

Saya Belum Bersedia Lagi Nak Pakai Tudung!

13 ♥ Comments ♥
* Bukan saya. Nama saya Balqis. Saya suke pakai tudung. See (^___^) *



"...Saya belum bersedia lagi nak pakai tudung!
Jangan paksa saya!
Nanti kalau saya rasa nak pakai, saya pakai la!..."

Tapi..

Jika esok malaikat maut datang ingin mengambil nyawa anda..
Kerana sudah sampai masanya untuk anda 'pergi' meninggalkan dunia..
Meninggalkan orang-orang yang anda sayang..
Dan dalam keadaan anda belum bersedia untuk 'pergi'..

Maka..

Mampukah anda untuk bersuara...

"...Saya belum bersedia lagi nak mati!
Jangan paksa saya!
Nanti kalau saya rasa nak mati, saya mati la!..."

Mampukah anda???

p/s : Sekadar renungan bersama, takde niat nak sindir sape².

Sunday, May 02, 2010

Fotografi - Suasana Senja Di IPGM Kampus Tawau, Sabah

8 ♥ Comments ♥

Gambar : Pemandangan senja dari IPGM Kampus Tawau
Lokasi : Depan Bangunan Kafeteria, IPGM Kampus Tawau
Tarikh : Petang, April 2010
Jenis Kamera : Sony Ericsson Cyber-Shot K800i