Thursday, May 06, 2010

Sila Baca Kerana Saya Dah Penat Taip. Boleh???


Assalamualaikum. Selamat Pagi. Salam pagi khamis.

Selamat datang! Jemput masuk (^___^)Ye. Blog saya sekarang memang kaler putih kosong. Tak payah tunggu background keluar, memang takde. Baiklah. Bukan itu topik utama.

Aku sebenarnye langsung tak tau nak cakap pasal ape * Apesal entah macam blur sangat sekarang ni (T___T) *. Kali ni takde gambar. Malas nak upload. Jadi, entri ni cuma ade perkataan. PERKATAAN yang entah bermakna atau tidak bagi anda selaku pembaca yang tiba² tersesat ke sini. Tapi, takpe la..anda pun dah masuk kan. Jadi, sila baca kerana saya dah penat taip. Boleh??? Hohoo. Kejam punye tuan blog. Sekeh kepala kan. Nak?

Entri sebelum ni aku ade cakap. Ye. Mei mungkin bulan terakhir untuk aku berada di bumi Sabah ni. Lepas ni, aku nak fly pegi Kelantan. Kalo takde halangan, akhir bulan ni aku fly * Bagi anda yang tak tau, aku sebenarnye dah enam tahun lebih menetap di bumi Sabah ni. Dan sekarang, malah sejak beberapa tahun lepas lagi..aku rasa aku dah rindu tahap gaban dah nak pindah balik ke TERENGGANU TERCHENTA! Oh (T___T) Aku rindu Terengganu like crazy! *

Kata pujangga :

"...Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri..."

Sumpah. Aku tak faham sangat kenapa mesti lebih baik di negeri sendiri, padahal negeri sendiri tu hujan batu. Sedangkan negeri orang hujan emas. Anda faham??? Tak??? Oh. Anda 2 x 5 je la ngan aku ek? Heh.

Sebelum ni ayah pernah cakap, kalo nak pindah balik semenanjung..boleh. Tapi dengan syarat, sama ada aku kawen dan ikut suami tinggal di semenanjung atau aku pegi sambung belajar di semenanjung. Atau jugak, kalo aku dapat keje di semenanjung. Selagi takde komitmen yang membolehkan aku berhijrah ke semenanjung, aku akan kekal di sini * Tawau, Sabah *. Sebab, kata ayah..aku masih di bawah tanggungjawab ayah. Ayah akan lepaskan aku pergi bila aku dah punye tanggungjawab sendiri.

Jadi, bakal berhijrahnye aku ke Kelantan kerana ape? Kawenkah? Belajarkah? Kerjakah? * Aku jawab kemudian, sekarang belum masanye. Ok *.

Dalam masa sebulan ni, aku kena paksa diri untuk rajin sikit. Ye, rajinkan diri pegi IM * Institut Memandu, Tawau *. Aku kena habiskan kelas belajar memandu aku tu cepat². Cepat² jugak dapatkan lesen P. Sempatkah? Masih ade 4 jam untuk habiskan belajar drive. Then, nak ambik test JPJ lagi. Huh. Hari tu pegi IM, dapat peluang drive di jalan raya, keluar dari kawasan IM. Thanks Cikgu Leung. Sungguh, aku teruja tahap maksima! * sengal *.

Baiklah. Entri aku kali ni, sampai sini je la. Idea dah takde. Take care!

11 comments:

cik bunbun said...

uh putih. haha:D

hanis aleeya said...

Ok.. Dah baca.. Untuk tak menghampakan tuan blog.. Hehe..

Alynn Notnot said...

wowowowow! sabah tu. gila dah lama. kalau aku dah meroyan nak balik semenanjung balik T^T

Kapten said...

maksudnya ko kat sana sebab ikut family ler yer


kg aku tawau tu... kat tg batu tengah

Q said...

msti sbb kerja. kalau kawen tak payah belajar drive pon takpe. suami boleh bawakan. haha (memandai je)

Roxy zai said...

wewittt..salam dari labuan~mesti dah cukup pro cakap sabah ni kan??gud2!!..;)

Nurul Farhana said...

bunbun - hye bunbun.. =] ntah, dah bosan blog ade conteng², jadi kkak padam guna pemadam ajaib..tu pasal la sekarang kaler dia putih je..huhu..

hanis aleeya - terima kasih. sy terharu (T___T) hohoo..

alynn - sabah best..! cuma, rindu kg halaman tu yg tak tahan-tapi-terpaksa-tahan-jugak =]

kapten - yup. sbb masa pindah dulu awal 2004, baru tingkatan 4..family sume pindah. kena ikut jugak, ayah tak nak tinggalkan anak² dia kat kg...dia cakap nanti takde org tgk, tak bljr la..ape la...

btw, ayah selalu p tg. batu laut...dia suka mancing kat sana...

q - sy lbh suke drive sendiri..sbb kalo lelaki ni, asyik nak cepat je kalo pegi mane²...huhu...

roxy zai - auk. banar =] huhuu..boleh la.. kadang² kalo cakap bhsa sendiri pun macam dah campur² ngan bhsa sabah..hehe..

* salam blogger semua *

MrSup said...

waa..sabah..bile la aku bleh pegi sabah.. ndak ada duit baa..huhu

farra8979 said...

owh, siannye... blk la ganu...

serol said...

owh. kena tunggu entry akan datang la ni nak tau jawabnya..ok2..

Nurul Farhana said...

mrsup - ndak pa ba..nanti ada sudah duit, datang la jalan² sini.. =]

farra - insya'allah.. =]

serol - hehe...yups.. =]