Friday, February 12, 2010

Edisi Merepek [3] : Elak Mengantuk Ketika Memandu

Assalamualaikum

Biasa dengar dan biasa nampak tak?

"...BERHATI-HATI di jalan raya!..."

tipu la korang, kalo cakap tak pernah dengar. Tak pernah nampak? Lagi la tipu, kan.. Paling kurang pun, sekali seumur hidup..mesti pernah dengar dan pernah nampak patah-patah perkataan ni. Kan?

Ok. Mula-mula masuk kereta, macam biasa ah. Kite disarankan untuk memakai tali pinggang kaledar. Demi menjamin keselamatan diri. Termasuk la jugak penumpang di belakang * Padahal, diri sendiri pun tak buat. Nampak je kelibat polis, baru la kelam kabut nak pakai. Huhuu *.

 "...Hai Encik Polis, sila saman saya kalo jumpa. Err, harap Encik Polis tak serius sangat..saya main² je ni. Takde niat pun..." (T___T)

Isu utama yang nak diketengahkan di sini ialah MENGANTUK KETIKA MEMANDU. Mengantuk dengan stereng kereta ni kan, cukup sinonim, tak boleh dipisahkan! Bagai aur dengan tebing, bagai isi dengan kuku. Bestfriend forever! Lebih kurang macam tu la maksud dia * Heh. Pandai² je kau ek *

Macam² teori dah yang dipraktikkan oleh para pemandu. Tapi..masalah ni tetap jugak menghantui mereka. Tak boleh blah punya la. Asal drive je, mesti mengantuk. Asal mengantuk je, mesti drive. Asal drive... * Dah. Sudah. Sekeh jugak kepala budak ni karang. Merepek je keje dia. Hohoo *

Ok. Sila hentikan tabiat merepek secara suka² itu. Sekarang, kite MEREPEK pulak SECARA SERIUS. Hahaa. Saya serius ni! Tak main². Tengok muka saya. Serius tak? Serius tak? Ok kawan², are you ready? Bagus! Sila amalkan. Ni antara cara² elak mengantuk ketika memandu :

1 - Pesan kat penumpang sebelah korang tu * Sama ada, awek, ayah, mak, adik², kawan² atau tak kisah la sape² pun kan. Asalkan dia tu duduk sebelah korang dah la *. Ha..pesan kat diorang agar menyekeh atau mengetuk kepala korang sebanyak lima kali pada kadar setiap tiga minit perjalanan. Haha. Ape ke motifnye nak kena sekeh, ketuk kepala segala bagai ni kan..? Motifnye di sini, korang takkan rasa mengantuk punye la! Tak sempat nak rasa mengantuk, dah kena sekeh kepala..hoho. Best tak? Sila cuba try test (^___^)

2 - Sediakan spray air, spray pewangi kereta, spray pencuci cermin dan yang seangkatannya lagi la. Nasihatkan orang yang duduk sebelah korang tu untuk menyembur segala jenis spray tadi ke muka korang yang kacak, hensem, cun, comel pada kadar lima minit perjalanan. Spray ye, jangan tak spray. Dah kena spray, takde la nak rasa mengantuk. Kan? Hahaa.

3 - Suruh anak-anak atau isteri atau penumpang lain yang ada, menjerit dengan sekuat hati di sebelah telinga korang setiap setengah kilometer perjalanan di lebuhraya. Tepat² di sebelah telinga ye, tempat lain tak aci. Heh. Tapi, cara ni bahaya sikit la. Peratus untuk selamat daripada mengalami kemalangan secara tiba², mungkin 20 peratus je. Ade berani ke???

4 - Bawa ikan busuk, sampah sarap atau ape² je la yang baunya tahap longkang tak cuci setahun sebagai pengganti pewangi kereta. Motif? Bau-bauan tahap celaka ini akan menghilangkan apa jua rasa termasuk rasa mengantuk! * Rasa nak buat maksiat dalam kereta pun tak jadi kot. Hohoo . Mana ade orang yang tahan bau longkang, kan?? *

5 - Last. Buat ape la susah² nak buat sume benda yang merepek tu. Ketuk kepala la, spray la, jerit kuat², bawa sampah bau tahap longkang. Haish. Takde maknanye sume tu. Susah² korang je. Nak senang? Upah je ah sorang pemandu peribadi. Jadi, korang nak tido sampai minggu depan dalam kereta tu pun takpe. Lantak korang lah! Kan? Hahaa. Selamat Mencuba dan Selamat Maju Jaya.

Sumber rujukan ~ Majalah APO? - Versi Lawak Terpegun - 15 Mei 2009 - Bil. 245 - M/S 007


4 comments:

Lt. fDanialz said...

huu patut la cam pena bace, dari apo rupenye..

per2 pon, nice entri ana~

Nurul Farhana said...

tq.. =]

1tomyam said...

hehe, yg no 5 tu best....setuju sangat

Nurul Farhana said...

huhuu...

ye, tp duit nak kena bnyk la..
nk upah pemandu peribadi bukan murah..

kan.. =]