Sunday, October 11, 2009

Celoteh Aku..

Lame tak merepek. Malam ni aku kepingin nak merepek (T__T) Huhu. Ntah ape2. Takde ah, aku saje je cakap camtu. Ape, ingat aku suka sangat ke merepek tak tentu pasal. Banyak lagi la keje lain yg aku boleh buat daripada merepek je. Cuma, ye la. Aku gian nak taip something ni. Hahaa.


Sebenarnye, aku ade keje nak kena buat. Tapi aku malas lagi nak buat, jap lagi la aku buat kot. Arap2 la tak ambik mase lame, just list down nama2 student KISSM JUN 2009. Senaraikan nama student ngan nama sekolah tempat diorang mengajar. Esok jabatan aku nak guna dalam mesyuarat. Heh. * Siap la kau kalau kau tak siapkan keje tu malam ni jugak. Memang nak kena ah kau esok (T__T) * (semalam aku dah buat separuh, then mata aku macam mengantuk sangat je. Memang tak boleh nak tahan. Aku stop la. Save baik2 dalam pendrive. Then aku online. Eh, elok2 pulak mata aku takde mengantuk. Hahaa. Nampak sangat keje tadi tu buat aku rasa mengantuk cam nak tido. Hampeh).


Tadi mak cakap, nanti bulan depan mak nak balik Terengganu. Lepas sekolah adik ain cuti. Maybe 25/11/2009. Nanti, bulan 12 baru balik sini lagi. Huhuu. Aku??? Sedih nak cakap, aku takde peluang nak balik. Ye la, aku kan keje. * Time kau tak keje dulu boleh la kalau kau nak balik sana sebulan pun, sekarang kau keje..jangan pulak memandai-mandai nak mintak cuti sebulan *. Jadi, nanti aku stay ngan ayah je la kat rumah. Ayah balik, tapi lepas settle keje. Kontrak aku abis 01/01/2010. Takpe la. Tunggu abis kontrak dulu baru la boleh balik Terengganu lame2. Aku plan..lepas ni nak stay sane, then cari keje kat sane je. Aku dah lame sangat kat Sabah ni, dah sampai mase aku rasa aku nak sangat pindah duduk kat Terengganu balik. Rindu ah kat kampung halaman tercinta. Hahaa. Skema gile ayat. Siyes ni, aku memang rindu sesangat nak pindah balik kat Terengganu. Huhuu. Nanti aku create entry 'kenapa aku suka Terengganu?' (T__T).


Tengok ape aku buat. See. Aku sedang merepek sekarang. Perangai memang tak boleh nak blah. Tapi, tak kisah la. Aku punye blog, aku punye suka la kan. Hahaa. Sorry. Sorry. Sorry.


Two minute. Aku pikir jap, ape aku nak merepek lagi ni.


Ok. Dah dapat. Korang nak tau??? Huhuu. Perasan best je aku ni kan. Macam la ade orang baca. Takpe. Takpe. Just nak bagitau. Aku sangat zero dalam hal2 kereta ni. Zero. Aku langsung tak tau ape2 pasal kereta. Yg biasa2 tu tau la, tapi yg luar biasa tu aku tak tau. Heh. Ntah ape je aku merepek ni. Macam ni, 2, 3 ari lepas..aku tiba2 je terpikir nak pegi daftar kelas memandu. Nak buat lesen kereta. Ye la, time ade duit ni la nak buat ape2 pun boleh..kan. Nanti time pokai susah pulak. Masalahnye. Aku macam tak berapa nak yakin je aku nak belajar drive ni. Nak tu memang la nak belajar. Tapi, macam tak berapa nak bersungguh-sungguh sangat. Takut kot. Hahaa. Selama ni aku cuma tau bawa motor je. Kereta? Haram. Nak panaskan enjin pun aku tak tau (T__T) Haih. Sebut pasal motor ni, ade satu kisah tentang motor. Nak tau? Bace kat bawah.


Tahun 2005 dulu, aku pernah eksiden motor. Nak ajar kawan bawa motor konon, bajet aku pandai sangat la ni kan. Pinjam motor abang, time tu dia tengah main bola kat padang. Abang tak bagi, aku buat muka seposen je. Lantak ah, aku nak jugak. Then, kawan duduk kat depan. Dia bawa. Aku bonceng kat belakang. Kami pusing jalan kat dalam maktab ni. Berdepan ngan hostel student. First round, ok. Dia excited. Aku bagi dia bawa 1 round lagi. Second round..ntah macamana kami tak lepas benteng jalan. Ape lagi, terlanggar la benteng jalan tu. Dah tu, bukan alang2. Dua dua terpelanting masuk longkang, dengan motor2 sekali. Tapi kan, yg aku herannye, sampai sekarang ni..memori time terpelanting nak masuk longkang tu, takde. Hilang. Macam aku takde langsung ingatan time jatuh tu. Ntah la. Dalam pada nak menyelamatkan kami ni, ade jugak kejadian yg agak lucu la bagi aku. First. Kawan kami, Syidah. Dia punye la panik berlari lari nak tengok keadaan kami..last2 dia pulak yg terjatuh longkang (longkang seberang jalan). Time tu dia pakai seluar pendek. Ape lagi, abis dia punye paha tu tercalar, luka2 kena simen longkang. Second. Abang aku hantar aku pegi hospital pakai kasut sebelah, pakai selipar sebelah. Ape punye perangai da. Hahaa. (dia main bola pakai sebelah je kasut, tu pasal la macam tu). Keadaan aku masa tu takde ah teruk sangat. Muka je bengkak yg amat. Kepala pun ade luka sikit (terima 3 jahitan, kena tahan kat hospital 1 ari). Tapi darah punye la banyak kuar, sampai ayah pun panik. Sungguh, aku nampak kasih sayang ayah. Aku nampak betapa risaunye ayah tengok keadaan aku time tu. Jadi aku tau, walau perangai aku degil macam ape pun..ayah tetap sayang aku. Huhuu. Ayah yg pangku aku time dalam kereta, on the way ke Hospital Besar Tawau. Baju ayah kaler putih. Dah tu kena darah kat kepala aku, terus baju dia berlumuran darah. Aku pulak yg panik tengok (time tu aku sedar tak sedar je. Pejam celik, pejam celik. Tak tau ape2. Tapi aku sempat dengar ayah membebel-bebel pasal aku degil, tak dengar cakap). Heh. Sorry dad. I know. Lupa nak cakap, kawan aku luka kat tangan. Ok la. Dah panjang sangat aku taip nih.


Lagi story? Takde dah kot. Aku tengok kiri kanan tadi. Ternampak la fail KISSM JUN 2009 tu. Jadi, aku terpaksa stop la sekarang. Kalau tak stop, keje KISSM tu tak sempat nak siapkan pulak nanti. Lagi satu, risau nanti aku merepek banyak sangat. Hahaa. Dah. Dah. Pegi buat keje cepat.


Ampun maaf kalau aku ade salah cakap. Ok. Selamat Malam.

2 comments:

Anonymous said...

nak stay kt ganung ke???gud2...i like..hehe

NURUL FARHANA said...

suke ek..? sape ni?