Sunday, August 04, 2013

Update* Kek Coklat Moist Kukus / Bakar-Pun-Boleh :P

5 ♥ Comments ♥
Assalamu'alaikum w.b.t. Salam Ramadhan Al-Mubarak.

Alhamdulillah, dah hampir sebulan kite puasa..dah dekat nak raye dah. Sikittt je lagi haa. Syukur sangat-sangat sebab tahun ni aku dapat menyempurnakan ibadah puasa ni bersama-sama dengan family terchentaa. Alhamdulillah ^____^ i'm so happy!

Okeyy. Seperti tajuk kat atas tu. Today, I want to share this recipe..moist chocolate cake kukus. Eh. Tak nak kukus?? Don't worry, bakar dalam oven pun boleh. Memang asalnye kek ni bakar dalam oven pun. Tapi disebabkan aku takde oven, so..why not try something different. Kukus. Hasilnye same je, maybe yang kukus ni lagi lembap kot.

Oh. Lupa nak cakap. Resipi ni aku ambik dengan member time aku duduk maktab dulu, tahun 2007 kalo tak silap. Member aku ni suke buat kek, kekadang kalo pegi rumah dia..ade je kek ni. So, aku mintak la resepi dengan dia. Aku rasa kek ni sedap sangat..sebab tu la sampai sekarang aku still simpan resepi ni. My feveret! Moist, kurang manis. Hahaa. Sedap laa. Tapi aku buat tak tau la sedap ke tak ~____^

Huh. Banyak pulak celoteh aku ni. Okey. Ni resepi. KEK COKLAT MOIST KUKUS.






BAHAN-BAHAN ;


  • 50 gram serbuk koko / setengah cawan (jenama van houten atau apa-apa la)
  • 250 gram gula kastor / 1 cawan
  • 250 gram tepung bluekey / 2 cawan (kotak dia kaler pink, yang ade serbuk penaik)
  • 250 gram mentega / 1 cawan
  • 4 biji telur (pecahkan siap-siap dalam mangkuk)
  • 1 gelas susu segar (jenama dutch lady, fresh milk kotak kaler hijau tu)

Okey, cara-caranya..sebenarnye aku lupa. Aku cuma simpan resepi je, cara-cara ingat ingat lupa dah. Haha. Tapi...takde hal la. Ikut ni. Tapi jangan lupa, pegi panaskan periuk kukus tu dulu. Nanti senang, dah siap acuan terus boleh kukus.


CARA-CARA ;

  • Serbuk koko dengan tepung bluekey campurkan dalam satu bekas. Gaul sebati. Letak tepi dulu.
  • Campurkan gula kastor dengan marjerin (dalam bekas lain, bukan bekas serbuk koko tadi). Gaul sebati. Guna mixer.
  • Masukkan telur sikit-sikit. Gaul sebati.
  • Masukkan fresh milk, sikit-sikit sampai habis segelas. Gaul sebati.
  • Masukkan serbuk koko yang dah dicampurkan dengan tepung bluekey tadi tu. Sikit-sikit sampai habis. Gaul sampai rata, sebati.


Ni hasilnye. Acuan yang dah sebati ^____^

  • Sediakan loyang. Sapu marjerin sikit kat loyang tu, bagi rata..supaya nanti kek yang dah masak tak melekat dekat loyang.
  • Then, tuangkan acuan kek ni ke dalam loyang.
  • Sedia untuk dikukus. 45 minit je okey. Api jangan kuat sangat. sederhana je.
  • Selepas 45 minit, pegi check dah masak ke belum. Tau tak cara nak check macamana?? Ambik sebatang lidi sate, cucuk kat kek tu..kalo kek tu tak melekat kat lidi. Dah masak la tu. Boleh angkat. Api dapur gas tu jangan lupa tutup pulak. Safety first!


Yeaayy! Ini hasilnye ~____^ kat tengah tu tak berapa nak cantik, ade garisan
keliling sebab air dari penutup periuk kukus tu menitik kot..huhuu. And,

ntah la nape kek tu tak berapa nak kembang. Tapi, time bakar dalam oven dulu
elok je kembang..


Okey. Seterusnya. Bahan-bahan untuk siram kat atas kek tu. Pandai-pandai korang je la, bolehh??? ^____~ hihii. Aku takde resepi tu. And..aku tak pandai buat pun. Tapi disebabkan adik dua orang kat rumah ni beriya-iya nak suruh buat jugak. Maka aku terpaksa try and error. Haha. Takde error-nye. jadi je haa. Ambik resepi ni.


BAHAN-BAHAN ;

  • 1 sudu marjerin
  • Setengah cawan - 1 cawan serbuk koko (pandai-pandai adjust okey)
  • Setengah cawan susu pekat manis (ni pun same, pandai-pandai la adjust)
  • Susu cair (ikut la nak letak banyak mana)

CARA-CARA ;

  • Panaskan marjerin dalam periuk.
  • Masukkan susu pekat, susu cair. Kacau-kacau.
  • Masukkan serbuk koko, sikit-sikit.
  • Then, pandai-pandai la ye..adjust rasa tu. Jangan terlampau manis, jangan terlampau tawar and jangan terlampau pahit. 
  • Dah masak, boleh la tuang kat atas kek tu.


^____^ yummy


Pastu, kek yang dah siap tu..boleh laa simpan dalam peti, bukan bahagian sejuk beku okey. Tak letak dalam peti sejuk pun takpe. Tapi simpan dalam bekas bertutup la. And, aku lagi suka potong kecik-kecik. Masukkan dalam bekas / tupperware, pastu baru siram coklat cair tadi tu. Biar rata semua. Then, simpan dalam peti sejuk. Esok-esok boleh makan lagi. Tapi kann..better tak payah siram coklat cair kalo nak simpan dalam peti, tunggu nak makan baru masak and siram. Lagi satu, kalo simpan dalam peti..keluarkan awal sikit kalo nak makan. Sejam atau 2 jam sebelum makan ke. 


Hahaa. Ni potongan tak berape nak cun.


Sekian, sape-sape berminat, nak try..sila sila. Nanti hari raya, boleh hidang kat tetamu. Okeyy, Salam Aidilfitri. Maaf Zahir Batin.