Tuesday, February 09, 2010

Edisi Merepek [1] : Tips Dalam Kecemasan

Assalamualaikum.


Kadang² hari korang yang tenang tu, tiba² boleh bertukar menjadi hari yang mencemaskan dalam sekelip mata je. Macam² benda yang boleh berlaku pada diri korang, sama ada dengan sengaja ataupun tidak. Ape korang nak buat kalo terjadi perkara macam tu??? Ikuti langkah² yang diberi... 


1 - Jika berlaku kebakaran. Jangan cepat panik, gelabah, gabra atau lain² lagi perkataan yang sama maksud. Jangan cuba memadam kebakaran dengan menggunakan air liur sendiri dan jangan ambil kesempatan untuk mengadakan parti barbeku.


2 - Jika terperangkap di dalam pasir jerlus. Cuba tenangkan diri dan jangan bertindak kelam kabut untuk mengelakkan tubuh korang makin jerlus ke bawah. Seeloknya, korang disarankan bertaubat sebelum ape² hal.


3 - Jika terserempak dengan binatang liar, elakkan dari menghampiri binatang tersebut. Jangan pandai² menangkap binatang itu dengan tangan kosong dan jangan sesekali menyamar sebagai binatang tersebut.


4 - Jika berlaku banjir. Segera naik ke tempat yang lebih tinggi. Jangan bawa sekali set home theater atau barangan kemas kalo tak nak jadi statistik mangsa yang didapati hilang atau lemas.


5 - Jika berlaku rompakan, dinasihatkan supaya korang tidak menyamar sebagai superhero yang membanteras jenayah atau lebih teruk lagi korang join sekaki merompak bersama-sama dengan perompak terbabit.


Sumber rujukan ~ Majalah APO? - Edisi Tahun Baru - 1 Januari 2010 - Bil. 264 - M/S 109

10 comments:

Unknown said...

hahaha...lawak dowh...mmg apo? lah...kukukukui

Nurul Farhana said...

tq..visit my blog... =]

bilis said...

3rd
hehehe..

Nurul Farhana said...

tq.. =]

kuyam said...

hahahaha!ptut rasa mcm pelik aja tips2 ni.kih3.sumber dr majalah APO rupenya :DDD

Nurul Farhana said...

huhu...

tapi, ade betul jugak kan.. =]

sila amalkan..hehe..

MiD0ri said...

ngeeee.. nk nyibuk jgkk.. pelik sungguh tip2 kamu ni.. ngeee..

anyway best gak.. hahaha

Nurul Farhana said...

sila²... =]

pawaka19 said...

ada jugak org nyanyi lagu rock masa nak berak...lawak betol

Nurul Farhana said...

haha..contoh je la..

tp, dlm dunia ni..takde yg mustahil la..huhuu..

minat serizawa ek???

haish. kiut btol la dia..hohoo..