Sunday, February 28, 2010

Edit Gambar Guna Photoscape. Entry Perasan. Bosan Lalalaa T__T

17 ♥ Comments ♥
Assalamualaikum.


Hai semua. Salam Maulidur Rasul (^___^)


Takde idea nak taip ape ni. Tapi sebab dah lama tak update, hari ni try untuk update something. Kalo ikutkan hati, nak mula buat entry ni, dari pukul 10.30 malam tadi lagi. On PC, online. Hm..still macam hari² sebelum ni. Haish. Geram betul, kenapa la line internet ni sangat² la menyakitkan hati.  Rasa cam rugi je bayar! Haish. Kenapakah??? * Celcom tolong jawab! (T____T) *. Bosan punye pasal, tunggu loading page lama sangat. Aku baring dan mula berangan. Ye..berangan sampai tertido. Heh. Bangun² je dah pukul 2 pagi. Hohoo.


Dah la mimpi seram tadi. Sebab tido tak gosok gigi, tak basuh kaki dan muka pun tak cuci. Buang air kecik pun tak. Haish. Patut ah mimpi seram. Masih dalam keadaan mamai². Bangun dan selesaikan ape yg patut, step by step. Dah cuci muka ape sume. Dah segar balik dah. Mula mengadap PC. PC pun masih on. Line internet je still macam tadi. Hmm.. (~___~).


Ok la. Sebenarnye, malas nak cakap panjang² ni. Tak tau pun nak cakap pasal ape. Selama tak update, selama aku bosan dengan line internet yang macam siput ni * serius sangat bosan! *. Aku rajin² kan diri pegi edit mana² gambar yg ade dalam PC ni. Edit guna photoscape je. Photoshop takde * Dah banyak kali dah aku cakap ayat ni sebelum ni. Huhuu. Sebab sekarang, macam takde orang yang nak guna photoscape. Nak buat macamana, photoshop lagi best, photoscape tak berapa nak best kot *. 


Lantak la. Walaupun guna photoscape je, aku tetap berpuas hati dengan hasil gambar yang di edit. Photoscape ni takde ah teruk sangat pun, walaupun tak boleh la nak lawan ngan photoshop. Tapi, Ok la. Banyak fungsi. Paling penting, senang nak guna. Ok la, tak nak cakap lagi. Korang layan gambar je la. Kalo tak nak tengok pun takpe, tak paksa pun..huhuu * Banyak gambar sendiri je ni. Bukan nak tayang muka. Cuma nak tunjuk hasil edit gambar guna phostoscape. Ye la, karang kalo tak cakap awal²..nanti ade pulak orang cakap aku ni perasan, nak tunjuk² gambar pulak (T____T). Hohoo. Jadi, harap memahami tujuan asal letak gambar² ni *. Disebabkan line celcom yang comel sangat ni, aku terpaksa kecikkan size gambar. Beberapa kali try upload..balik² failed. Benci (T___T). Ok. Kalo berminat, nak download photoscape..klik SINI.





* Gambar raya tahun lepas, time ni kat KK *
* Camera : Sony Ericsson Cyber-shot K800i *




  * Ni gambar matahari time pagi ~ dalam jam 8, 9, 10 kot. Aku lupa dah ^___^ *
* Camera : Sony Ericsson Cyber-shot K800i *



 * On the way ke bandar tawau ngan family. Cahaya matahari sangat best ^___^ *
* Camera : Sony Ericsson Cyber-shot K800i *



 * Adik sepupu, Hasya Sofia a.k.a Acha. Nih time jaga dia kat Terengganu hari tu *
* Camera : Sony Ericsson Cyber-shot K800i *



 * Gambar ni lebih kurang je cam gambar kat atas yg pakai tudung belang sama tu *
* Camera : Sony Ericsson Cyber-shot K800i *



 * Yang ni pun sama jugak. I mean, tempat, masa dan model yg sama. Hohoo *
* Camera : Sony Ericsson Cyber-shot K800i *


Sunday, February 21, 2010

Menjelang Malam, Sesudah Mahgrib, Menghampiri Isyak * Bukan Entry Seram, Ceramah Juga Bukan *

18 ♥ Comments ♥

Menjelang malam.. 
Sesudah mahgrib, 
Menghampiri isyak..

Daun pintu rumah di kuak lebar.. 
Selipar disarung kemas, 
Langkah kaki di atur perlahan. 
Bersedia menempuh satu perjalanan yang singkat.

Melalui sebatang jalan berwarna kelabu bergaris putih di tengah.. 
Berpayungkan langit malam berwarna biru gelap.. 
Dihiasi sejuta bintang berkelipan indah. 
Indah mempesona, 
Seindah kenangan lalu....

Terbuai seketika oleh perasaan, 
Lantas rasa rindu menerpa laju.. 
Serentak merubah hati jadi sayu.. 
Sayu.

Tersentak tiba-tiba... 
Lamunan mati serta merta.. 
Rindu juga terhenti. 
Sepi.

Serentak itu, 
Kepala di toleh kiri dan kanan. 
Mata melilau-lilau serata tempat. 
Pendengaran dipasang tajam. 
Mengamati bunyi yang kedengaran sebentar tadi.

Seminit dua, 
Jelas kedengaran di cuping telinga, 
Bunyi salakan anjing bertalu-talu dari belakang.. 
Bersahut-sahutan. 
Kasar dan keras.

Aliran peluh tiba-tiba berubah laju. 
Degupan jantung juga makin deras. 
Hati dipenuhi rasa cuak. 
Pelbagai lagi andaian lain memenuhi minda. 
Jiwa kacau.

Langkah kaki dipercepatkan, 
Jika perlu, 
Harus buka langkah seribu, 
Berlari sepantas mungkin.

Jiwa raga mesti diselamatkan. 
Jangan sampai jadi mangsa, 
Seksa.

Menghampiri destinasi, 
Senyuman lega menghiasi bibir. 
Jiwa kembali tenang. 
Hati senang.

Syukur.

    Wednesday, February 17, 2010

    Secret Admire Korang. Jom Usha!

    31 ♥ Comments ♥
     * Copy this picture from HERE *


    Assalamualaikum semua.

    Entry kali ni aku letak tajuk, SECRET ADMIRE. Eh. Secret admire tu ape??? Sejenis kuih kat pasar malam ke??? Yang harga dia RM1 tiga biji tu??? Yang bentuk dia segitiga kecik² tu??? Yang kaler dia..... Eh. Ok². Berhenti merepek (T___T). Heh.

    Secret admire? Takkan ah tak tau kot. Secret admire ni, dalam bahasa kite, bahasa melayu.. Maksudnya, peminat rahsia * Ye ke ni, aku maen letak je. Huhuu *. Contohnya : Macam kau minat kat sorang mamat / awek, tapi mamat / awek tu tak tau pun kau minat kat dia. Ade faham??? Ala, kalo dalam dunia blog ni...lebih kurang macam silent reader la. Diam² je. Faham? Bagus² (^___^)

    Time sekolah² dulu kan, macam best gila ah kalo dapat tau yang kite ni ade secret admire. Kan? Eleh..tak payah tipu la. Macam ah aku tak pernah jadi budak sekolah. Paling² kalo tak rasa best gila pun, mesti ade jugak rasa bangga sikit kan..kan.. Ye ah, kiranya ada jugak la orang yang syok kat kite. Walaupun sebenarnya kite ni tak kenal pun dia, ataupun kite kenal dia..tapi dia yang tak nak kite tau yang dia ni minat kat kite. Tapi kenape ek??? Apsal tak cakap je??? Dah suke, minat..cakap je la kan. Terus terang je ah. Hmm.

    kenape secret admire itu lebih suka menjadi secret admire je * Bagi surat je. Tulis ayat jiwang², cakap suka la, cinta la. Bla..bla..bla.. Tapi, takde nama. Dari sape tak dinyatakan. Rahsia. Tak pun dia tulis, ' ♥ From Your Secret Admire ♥ ' * Ok. Ni antara sebab²nya :




    ♥ SAJE JE NAK SYOK SENDIRI ♥

    Sebab pertama. Dia ni termasuk dalam golongan manusia yang suka layan jiwang sorang². Bila dia buat macam ni, dia rasa macam dia bercinta ngan korang. Saje dia je nak syok sendiri. Padahal, korang langsung pun tak kenal dia sape. Mungkin ah dia rasa seronok puja dan minat korang dari jauh. Kalo dekat kan lain hal pulak jadi nanti, kot² korang tak suka dia ke. Nanti dia jugak yang frust (T___T). Dia tak nak ah macam tu. Dia cuma nak fikir yang indah² je. Jadi, bagi dia..cukup la minat dari jauh je. Huhuu.


    ♥ ANDA STANDARD SANGAT KOT ♥

    Kedua. Mungkin dia tak berani nak usha², dekat ngan korang..sebab dia rasa dia ni tak setaraf ngan korang. Mungkin ah korang ni anak orang kaya, orang pandai, famous dan bla..bla..bla lagi la yang best tentang korang. Sedangkan dia, biasa² je. Sape la dia kalo nak dibandingkan dengan korang * Ala, lebih kurang macam ayat ni ah ~ ' Korang bintang kat langit biru nun jauh kat atas, dia..rumput kat bumi je ' (T___T) *. Jadi, dia pun rela jadi secret admire je la. Bagi surat rahsia je.


    ♥ MALU NAK MENGAKU ♥

    Ketiga. Korang ingat senang ke??? Susah tau nak luahkan kat seseorang yang kite suka dia, cinta dia, minat dia. Lebih² lagi kalo secret admire korang tu jenis yang gagap, kalut, cepat gabra tiba² bila berhadapan ngan orang yang dia suka. Nak cakap lain, lain pulak yang keluar. Haha. Parah oh. Jadi, mungkinlah cara selamat bagi dia adalah dengan bagi surat layang je kat korang. Asal korang tau, ade seseorang yang minat korang..tu pun dah cukup bagi dia.


    ♥ TAKUT KALO KENA REJECT ♥

    Keempat. Reject ye, bukan inject. Haha. Ok. Perkara yang paling tak best sekali dalam hal ni ialah penolakan / reject. Tak kira la kena reject cara lembut ke, kasar ke...memang tak best. Eh. Ke ade orang yang suka kalo dia kena reject??? Hohoo * Aku tak suka (T___T) *. Jadi, bila dia jadi secret admire je..peratus untuk kena reject ngan korang adalah kosong. Sebab, korang sendiri pun tak tau dia tu sape. Macamana nak reject? Nama pun secret admire kan. Memang secret ah..


    ♥ KURANG KEYAKINAN DIRI ♥

    Last. Mungkin secret admire korang tu jenis yang tak berapa nak yakin ngan diri dia. Tapi, dalam pada tak yakin tu..dia nak jugak cuba² bagi surat layang kat korang. Ye la, mana la tau..kot² korang pun syok jugak kat dia nanti. Mungkin bila dia tengok korang ni jenis yang boleh terima sesape je seadanya, baru ah dia berani nak pegi mengaku depan² yang dia tu secret admire korang. Kiranya, dia ade peluang la kan.

    Tu je la kot info² pasal secret admire ni. Ok. See you next entry (^___^).

    p/s : Sape secret admire saye? Cepat mengaku! Oh. Takde ek. Hahaa. Sengal.

    Tuesday, February 16, 2010

    Edisi Merepek [4] : Bunyi Macam Bagi, Tapi..Macam Tak Ikhlas Je?

    6 ♥ Comments ♥
    Assalamualaikum..

    Mata oh mata. Kenape ek kau tak mengantuk lagi? Atau aku kah yang degil masih nak online sehingga mata merajuk tak nak mengantuk? Aku keliru * Nescafe panas kaw² punye pasal la ni. Haish (T___T) Salahkan nescafe pulak *. Nak merepek ni, tapi takde idea. Oh. Capai Majalah UJANG. Belek². Then, jumpa artikel ni ha 'Bunyi Macam Bagi, Tapi Sebenarnye....'. Ok. Jom layan * Takde ah ciplak seratus peratus pun, ambik point je..ulas guna ayat sendiri *
    Intro . . .

    Korang jangan ingat setiap pertanyaan yang dilemparkan dan jawapan yang diberikan bermakna satu kerelaan. Faham? Maksudnya macam ni, korang tanya something..nak pinjam barang dia la. Orang tu jawab la. Dia bagi. Tapi..dia jawab macam tak ikhlas je, macam tak nak bagi. Huhuu. Kiranya, dia jawab sebab nak jaga hati korang je la. Karang korang kecik ati, susah pulak..kan.. Jom layan contoh kat bawah (^___^)


    "...Zan, mintak air nescafe yang kau buat tu sikit?..."
    "...Minum la... Tapi, gelas aku tu dah dua hari tak basuh. Tak pe ke???..."


    "...Yam, mintak sikit daun pandan tu..."
    "...Boleh²..anak sedara aku pun baru je call semalam, suruh bawak sikit ke rumah dia..nak buat bunga rampai pasal dia nak kawen..."


    "...Eh..tengok jap henpon baru kau ni..."
    "...Tengok la... Tapi pegang baek² sikit, nanti kan jatuh pulak!..."


    "...Maisarah, abang nak mintak izin maisarah. Abang nak kawen lagi satu!..."
    "...Kawen la bang, maisarah izinkan. Tapi sebelum tu, segala harta benda wasiatkan atas nama saya dulu..."


    "...Ayah, nak duit RM50. Orang nak order pizza ah..."
    "...Wah bestnye.. Pastu seminggu la kite makan lauk ikan masin je ek. Nak tak???..."


    "...Tok, esok kitorang nak ikut jugak atuk pegi kebun ek?..."
    "...Atuk okey je. Tapi, kalo demam terserempak harimau...tok takleh nak buat ape..."



    "...Pak Haji, boleh tak saya ambik beras dulu, hutang la...nanti ade duit baru saya bayar..."
    "...Boleh, janji kau tak lupa bayar. Karang kat padang mahsyar, payah pulak kau nak cari aku..."




    * Sumber rujukan ~ Majalah UJANG *

    Sunday, February 14, 2010

    Sorang Lagi Kawan Sekolah, Kawen * Aku Bila Lagi??? *

    8 ♥ Comments ♥
    Assalamualaikum..

    Hai hai. Selamat bercuti ek. Cina raya, kite melayu pun dapat cuti jugak..kan. Huhuu. Aku pun dengan sengajanye turut memohon cuti dua hari. Sabtu ngan ahad. Heh. Tak sengaja la, cuma ade rasa malas sikit. Ala, student pun tak ramai yang datang singgah beli barang kat koperasi. Nanti, kalo bukak jugak. Then, takde orang datang.. Aku jugak la yang tersenguk-senguk kebosanan dekat situ * Takde pun tersenguk-senguk, sebenarnye terkebil-kebil biji mata sebab asyik main brick game. Skrin dia dah kabur pun, aku masih giat jugak nak maen. Hoho. Tak pun, sibuk bace majalah UJANG atau APO?. Walaupun dah khatam banyak kali, tapi ulang dan ulang lagi bace sebab bosan tak tau ape nak buat (T___T) ~ Haish. Kalo bace quran takpe jugak, ade jugak la faedah. Erk *

    Ok. Sekarang nak cite sikit pasal hari ni. Valentine's day???  No. No. Bukan itu. Hari ni, 14 Februari 2010. Sorang lagi kawan sekolah * Sebelum ni dah ade  tiga orang * yang sama² satu kelas masa tingkatan enam 2006 dan 2007, dah kawen, sanding tadi * Eh. Pelik btol bunyi ayat aku ni. Ok fine. Sila abaikan. Aku tak pernah kawen. Macam susah pulak nak cite pasal kawen² ni. Hoho. Asal korang tau dah, kawan aku ni dah kawen. Tadi, dia punye kenduri. Lebih kurang macam tu la. Heh *

    Err..tengok gambar je la. Nak cakap pun dah tak pandai. Nama kawan, Rashidah. Suami dia nama, tak tertanya pulak tadi. Huhuu. Ade dua je gambar, sebab lupa beli bateri baru. Kamera cuma leh guna dalam masa 4, 5 minit je. Pastu, automatik akan off sendiri. Satu lagi. Kami datang lambat, dah petang. Pengantin pun dah penat, dah rehat, dah tukar baju pun, mekap je tak sempat cuci lagi. Jadi, jangan dipersoalkan kenape pengantin memakai baju tido. Hehe.


     * Selamat Pengantin Baru. Semoga Kekal Bahagia Hingga Ke Anak Cucu (^__^) *

    Dirimu Bintang, Sedangkan Aku..Cuma Rumput Di Bumi.

    12 ♥ Comments ♥



    Bintang.. 
    Ku intai dirimu di dada langit biru..

    Tapi, 

    Cuma dari jauh, jauh di bumi bayu.. 
    Jauh di dalam hitam pekat malam kelam.. 

    Samar-samar ku lihat, 
    Dirimu sudah punya teman. 
    Teman mu, si bulan cantik menawan.. 

    Oh...

    Hatiku sedikit terguris. Pedih. 
    Jiwaku terluka. Parah. 

    Namun,

    Akhirnya aku sedari.. 
    Aku cuma rumput di bumi.. 
    Mana mungkin dirimu aku miliki. 
    Jelaslah, selama ini aku cuma bermimpi.. 
    Mimpi di siang hari. Sepi. 

    Kini,

    Ku undur diri. 
    Jauh ku bawa diri. 
    Demi merawat luka di hati.

    Tiada guna ku menunggu lagi... 
    Ternyata terang lagi bersuluh, kita tak serasi. 
    Tidak di takdirkan untuk saling memiliki. 

    Dirimu bintang, sedangkan aku..cuma rumput di bumi. 
    Pasti terselit hikmah di sebalik apa yang terjadi. 
    Aku redha dengan ketentuan ilahi. 

    Doaku,
    Semoga dirimu..bahagia bersama pilihan hati. 

    Jaga diri...

      Friday, February 12, 2010

      Edisi Merepek [3] : Elak Mengantuk Ketika Memandu

      4 ♥ Comments ♥
      Assalamualaikum

      Biasa dengar dan biasa nampak tak?

      "...BERHATI-HATI di jalan raya!..."

      tipu la korang, kalo cakap tak pernah dengar. Tak pernah nampak? Lagi la tipu, kan.. Paling kurang pun, sekali seumur hidup..mesti pernah dengar dan pernah nampak patah-patah perkataan ni. Kan?

      Ok. Mula-mula masuk kereta, macam biasa ah. Kite disarankan untuk memakai tali pinggang kaledar. Demi menjamin keselamatan diri. Termasuk la jugak penumpang di belakang * Padahal, diri sendiri pun tak buat. Nampak je kelibat polis, baru la kelam kabut nak pakai. Huhuu *.

       "...Hai Encik Polis, sila saman saya kalo jumpa. Err, harap Encik Polis tak serius sangat..saya main² je ni. Takde niat pun..." (T___T)

      Isu utama yang nak diketengahkan di sini ialah MENGANTUK KETIKA MEMANDU. Mengantuk dengan stereng kereta ni kan, cukup sinonim, tak boleh dipisahkan! Bagai aur dengan tebing, bagai isi dengan kuku. Bestfriend forever! Lebih kurang macam tu la maksud dia * Heh. Pandai² je kau ek *

      Macam² teori dah yang dipraktikkan oleh para pemandu. Tapi..masalah ni tetap jugak menghantui mereka. Tak boleh blah punya la. Asal drive je, mesti mengantuk. Asal mengantuk je, mesti drive. Asal drive... * Dah. Sudah. Sekeh jugak kepala budak ni karang. Merepek je keje dia. Hohoo *

      Ok. Sila hentikan tabiat merepek secara suka² itu. Sekarang, kite MEREPEK pulak SECARA SERIUS. Hahaa. Saya serius ni! Tak main². Tengok muka saya. Serius tak? Serius tak? Ok kawan², are you ready? Bagus! Sila amalkan. Ni antara cara² elak mengantuk ketika memandu :

      1 - Pesan kat penumpang sebelah korang tu * Sama ada, awek, ayah, mak, adik², kawan² atau tak kisah la sape² pun kan. Asalkan dia tu duduk sebelah korang dah la *. Ha..pesan kat diorang agar menyekeh atau mengetuk kepala korang sebanyak lima kali pada kadar setiap tiga minit perjalanan. Haha. Ape ke motifnye nak kena sekeh, ketuk kepala segala bagai ni kan..? Motifnye di sini, korang takkan rasa mengantuk punye la! Tak sempat nak rasa mengantuk, dah kena sekeh kepala..hoho. Best tak? Sila cuba try test (^___^)

      2 - Sediakan spray air, spray pewangi kereta, spray pencuci cermin dan yang seangkatannya lagi la. Nasihatkan orang yang duduk sebelah korang tu untuk menyembur segala jenis spray tadi ke muka korang yang kacak, hensem, cun, comel pada kadar lima minit perjalanan. Spray ye, jangan tak spray. Dah kena spray, takde la nak rasa mengantuk. Kan? Hahaa.

      3 - Suruh anak-anak atau isteri atau penumpang lain yang ada, menjerit dengan sekuat hati di sebelah telinga korang setiap setengah kilometer perjalanan di lebuhraya. Tepat² di sebelah telinga ye, tempat lain tak aci. Heh. Tapi, cara ni bahaya sikit la. Peratus untuk selamat daripada mengalami kemalangan secara tiba², mungkin 20 peratus je. Ade berani ke???

      4 - Bawa ikan busuk, sampah sarap atau ape² je la yang baunya tahap longkang tak cuci setahun sebagai pengganti pewangi kereta. Motif? Bau-bauan tahap celaka ini akan menghilangkan apa jua rasa termasuk rasa mengantuk! * Rasa nak buat maksiat dalam kereta pun tak jadi kot. Hohoo . Mana ade orang yang tahan bau longkang, kan?? *

      5 - Last. Buat ape la susah² nak buat sume benda yang merepek tu. Ketuk kepala la, spray la, jerit kuat², bawa sampah bau tahap longkang. Haish. Takde maknanye sume tu. Susah² korang je. Nak senang? Upah je ah sorang pemandu peribadi. Jadi, korang nak tido sampai minggu depan dalam kereta tu pun takpe. Lantak korang lah! Kan? Hahaa. Selamat Mencuba dan Selamat Maju Jaya.

      Sumber rujukan ~ Majalah APO? - Versi Lawak Terpegun - 15 Mei 2009 - Bil. 245 - M/S 007


      Wednesday, February 10, 2010

      Edisi Merepek [2] : Adab Ketika Menggunakan Tandas

      6 ♥ Comments ♥
      Assalamualaikum.

      Selamat malam semua. Sebenarnya dah pagi, dah masuk pukul 12 pun. Huhuu. Ala, blogger memang selalu blogging time pagi² macam ni pun. Kan? Kan? (~___~) Ok. Entry kali ni, nak story pasal tandas pulak. Tajuk, macam yang kat atas tu la. Nampak kan? Bagus! * Awas! Keseluruhan entry ini mengandungi unsur² merepek! *

      Intro . . . . .


      Tandas merupakan elemen penting di dalam sesebuah komuniti. Tanpa tandas, siapa la anda. Eh. Eh. Salah. Sorry. Tanpa tandas, korang mungkin akan dikelar dengan kejam, jika korang main ikut sedap korang je buang air besar atau kecik merata-rata. Najis tu bai! Jangan ah buang merata-rata! Kotor! Jadi, tolong la ye..jaga adab dan kesusilaan ketika menggunakan tandas ( awam ). Terutamanya, kalo korang tak nak kena sula dengan makcik cleaner! Hohoo... * Ini unsur² hyperbola *. Ok. Ni antara adab²nye :

      1 - Jangan cuba-cuba try test menyamar sebagai berus dawai / berus tandas sebagai alasan untuk berada di dalam tandas wanita.

      2 - Jangan menulis esei pada pintu tandas, dinding atau lebih teruk lagi menulis sajak di muka tukang cuci tandas. * Kalo dah gian sangat nak menconteng, ni ha..buat je la blog. Then, sesuka hati..conteng la ape korang nak conteng. Takde orang nak marah pun. Bagi private lagi bagus! Huhuu *

      3 - Sila pamkan tandas selepas digunakan, supaya hidup korang lebih ceria dan aman tanpa sebarang caci-makian percuma daripada pelanggan tandas yang seterusnya. * Tolong ye kawan², nak tarik pam / flush tu bukan susah sangat pun. Tak sampai 5 minit pun *

      4 - Jauhi dari melakukan perkara² yang boleh menaikkan darah orang. Contoh : Bermain polis sentri atau menyanyi lagu rock ketika sedang buang air besar. * Langsung tidak sopan *

      5 - Tidak dibenarkan melakukan kajian ke atas jenis² najis ketika orang ramai sedang buang air di dalam tandas khususnya tandas awam * Haha.. Gile ke ape, buat kajian time orang tengah guna tandas *


      Sumber rujukan ~ Majalah APO? - Edisi Tahun Baru - 1 Januari 2010 - Bil. 264 - M/S 39 

      Tuesday, February 09, 2010

      Edisi Merepek [1] : Tips Dalam Kecemasan

      10 ♥ Comments ♥
      Assalamualaikum.


      Kadang² hari korang yang tenang tu, tiba² boleh bertukar menjadi hari yang mencemaskan dalam sekelip mata je. Macam² benda yang boleh berlaku pada diri korang, sama ada dengan sengaja ataupun tidak. Ape korang nak buat kalo terjadi perkara macam tu??? Ikuti langkah² yang diberi... 


      1 - Jika berlaku kebakaran. Jangan cepat panik, gelabah, gabra atau lain² lagi perkataan yang sama maksud. Jangan cuba memadam kebakaran dengan menggunakan air liur sendiri dan jangan ambil kesempatan untuk mengadakan parti barbeku.


      2 - Jika terperangkap di dalam pasir jerlus. Cuba tenangkan diri dan jangan bertindak kelam kabut untuk mengelakkan tubuh korang makin jerlus ke bawah. Seeloknya, korang disarankan bertaubat sebelum ape² hal.


      3 - Jika terserempak dengan binatang liar, elakkan dari menghampiri binatang tersebut. Jangan pandai² menangkap binatang itu dengan tangan kosong dan jangan sesekali menyamar sebagai binatang tersebut.


      4 - Jika berlaku banjir. Segera naik ke tempat yang lebih tinggi. Jangan bawa sekali set home theater atau barangan kemas kalo tak nak jadi statistik mangsa yang didapati hilang atau lemas.


      5 - Jika berlaku rompakan, dinasihatkan supaya korang tidak menyamar sebagai superhero yang membanteras jenayah atau lebih teruk lagi korang join sekaki merompak bersama-sama dengan perompak terbabit.


      Sumber rujukan ~ Majalah APO? - Edisi Tahun Baru - 1 Januari 2010 - Bil. 264 - M/S 109

      Monday, February 08, 2010

      Kecik², Time Sekolah Punya Story. Nak Baca, Baca La.

      2 ♥ Comments ♥
      Assalamualaikum..

      Dua hari dah kot tak update * Ala, baru dua hari. Takpe², takde sape pun kesah. Hahaa. Aku takde ah ketagih sangat ngan blog sampai hari² nak kena update. No..no..not me. Heh. Tak baek riak! *.

      Ok. Memang tak ketagih. Tapi sekarang cam gatal sangat tangan nak conteng² something. Oh. Tadi tengahari, blogwalking jap kat blog² orang. Walaupun line internet time tu memang sangat² lembab. Ah, lantak dia la. Boring punye pasal. Buat dunno je la. Then, terbace la entry tentang zaman sekolah kat salah satu blog yang aku pegi singgah² tu. I forgot dah blog mana satu. Heh. Tiba², rasa macam nak jugak la tulis² pasal zaman sekolah dulu² * 2 tahun lebih dah tinggalkan zaman sekolah. Rindu oh *.

      Start the story. Korang ade sijil tadika tak? Mesti la ade kan?? kan? Erk..aku takde pun. Hoho. Sangat mensedihkan la takde sijil tadika cam orang lain. Kenape ek aku takde sijil tu???

      Story dia macam ni. Aku dulu, sekolah kat PASTI. Maksud PASTI, aku dah tak ingat dah..lebih kurang macam sekolah yayasan islam la kot. PASTI ni tak jauh pun, dekat je ngan rumah nenek aku. Masa tu kami sekeluarga tinggal ngan nenek kat Kampung Kijing, Marang, Terengganu Darul Iman. Untuk pengetahuan anda lagi, masa daftar PASTI tu..sebenarnye umur aku baru je 5 tahun. Yang betul² sekolah kat situ, abang aku..dia 6 tahun. Kira aku ni tumpang dia la. Maklum la, time kecik² comel dulu kami ni rapat. Aku asyik nak ikut dia je. Aku agak je la. Haha..mana la aku ingat sangat. So, masa kat PASTI tu kan..ape abang aku belajar. Aku pun ikut belajar la jugak. Dia main, aku main. Dia balik, aku balik. Lebih kurang macam tu la rutin hari².

      Sampai la tamat belajar. Abang aku pun dapat la sijil. Aku tak dapat. Sebab aku kan tumpang je. Tamat PASTI, sah² la abang aku naik darjah satu pulak. Dan aku, kena la teruskan belajar lagi sekali kat PASTI tu. Kan? Yang sengalnye, boleh pulak aku tak nak pegi. Sebab dah takde kawan. I mean, my brorher la. Huhuu. Hari² nenek aku hantar pegi PASTI. Tapi, bila nenek aku balik. Aku pun ikut nak balik jugak. Menangis-nangis. Haha. Last² tak pegi langsung dah. Tu la pasal aku takde sijil PASTI, aku malas sangat, sape suruh..kan. Ke time tu aku ni pemalu? Manja? Hoho.. Tak tau. Tak tau.. (T___T)

      Ok. Selepas peristiwa aku malas pegi PASTI * Tak sekolah setahun *, aku lupa dah ape yang jadi lepas tu. Yang aku ingat, cukup umur aku 7 tahun. Elok² je aku naik darjah 1 * Sekolah kat sekolah yang sama ngan abang aku, Sekolah Kebangsaan Rhu Rendang, Marang, Terengganu *. Sekarang ni baru pulak aku terpikir-pikir, eh..takpe ke? Aku kan takde sijil PASTI. Boleh pulak naik darjah 1. Hmm. Tapi, lantak dia la kan. Buat ape la nak dipikir-pikir lagi. Yang berlalu tu, biarkan je la berlalu. Haha. Ni ha, yang akan datang ni yang nak kena pikir.

      Naik darjah 2, sempat sekolah sekejap je kot kat SKRR tu. Sebab lepas tu kami pindah ke rumah baru kat Taman Laily, Sungai Kerak. Ayah beli rumah teres, jauh sikit la dari rumah nenek. Aku ngan abang pun tukar la ke Sekolah Kebangsaan Marang, Marang, Terengganu. Time tu, ayah mengajar kat Sekolah Kebangsaan Tengku Lela Segara, Marang, Terengganu. Tak jauh mana pun sekolah ayah ngan sekolah kami. Cuma, sekolah ayah letaknye di atas bukit dan dekat sikit la ngan rumah kami kat Taman Laily tu. Kami pulak, balik sekolah je mesti jalan kaki naik bukit pegi sekolah ayah. Sebab nak balik same². Atau mungkin, saje je kot nak menyibuk. Hahaa. Budak² (~___~)

      Naik darjah 3. Sekolah sekejap kat SKM. Then, kami pindah lagi. Kali ni jauh dari rumah nenek. Memang agak jauh la. Tapi masih dalam Negeri Terengganu. Maklumlah, pekerjaan cikgu memang macam tu. Selalu je pindah². Kan?? Cikgu kan?? (^___^) Tapi, kali ni ayah aku dah tak jadi cikgu dah. Up sikit. Jadi pensyarah pulak. Mengajar kat Maktab Perguruan Batu Rakit, Kuala Terengganu. Kami pulak sekolah kat Sekolah Kebangsaan Mengabang Telipot, Kuala Terengganu. Time tu, abang darjah 4. Aku darjah 3. Adik lelaki darjah 1. Adik perempuan, Tadika. Adik lelaki bongsu, 4 tahun. Aku sekolah dan tinggal kat batu rakit tu sampai la aku darjah 5. Yang bestnye kat situ, aku ade join kumpulan nasyid. Best ah. Nyanyi² lagu nasyid.,tapi sopan ye kawan². Takde la terkinja² menari kat atas pentas tu. Takde, okeh. Nama pun nasyid kan. Huhuu.. Sempat la ikut pertandingan antara sekolah².

      Banyak sangat kenangan manis, pahit kat situ. Tapi, aku tak berapa ingat sangat dah. Sikit la yang aku ingat. Ayah aku sangat tegas berkaitan hal² sekolah. Lambat tak lambat, tetap kena pergi sekolah. Tak kira, kena pegi jugak. Kami pegi sekolah ngan basikal. Tapi, kalo dah lambat sangat..kami tak nak pegi la. Malu la datang lambat, kan? Tapi..jangan harap la nak bersenang lenang. Ayah akan hantar kami pegi sekolah jugak, then..tanggung malu sendiri sebab datang lambat. Huh. Takpe la. Takpe la, nasib masih budak² jugak (T___T) * Kalo sekarang masih sekolah, dan datang lambat. Sumpah aku malu kat kawan². Haish *.


      Pertengahan darjah 5, aku pindah lagi. satu family la, pindah balik duduk rumah kat Taman Laily. Seronok la, balik duduk rumah sendiri, kan. Tapi, ayah masih lagi mengajar kat Maktab Perguruan Batu Rakit tu. Ulang alik dari rumah pegi sane. Kami pulak, sekolah balik kat SKM. Sekolah kat situ, sampai la aku tamat darjah 6. Fuh. Darjah 6 tu kan...best sangat la. Ade banyak kenangan manis yang aku masih ingat sampai sekarang, dan ade jugak kenangan pahit yang mungkin aku dah lupa. Huhuu. Maklum la, melayu mudah lupa. Heh.


      Ok. Story seterusnya, next time la kot.. Aku tiba² cam dah takde feel dah nak story lagi. Kalo story jugak, akan jadi amat menyampah macam sampah. Eh. Aku merepek. Ni pun macam dah panjang sangat dah kan. Lepas tu pulak, macam boring je. Story direct je. Takde dah nak gelak² ke ape. Tak best. Tak best. Huh. Ok la. Aku stop kat sini je la ek. Next time aku story lagi. Kalo rajin la. Kalo tak rajin, memang takkan ade lagi dah story sekolah² ni. Huhuu.

      Friday, February 05, 2010

      Jawab Tag Curi Dengan Keizinan. Jom Jawab!

      5 ♥ Comments ♥
      Jawab tag. Ambik dari SINI. Sila sape² nak jawab. Ini first time jawab tag. Hahaa. Motif? Bosan time. Eh..bukan tido time ke??? * Sila tengok jam ye Cik Ana... *. (T____T)

      1) Where is your cell phone?
      Atas katil. Tapi off. Sebab sim card dah sumbat kat dalam broadband. Online time!

      2) Relationship?
      Akan datang (^___^)

      3) Your hair?
      Pendek dan huru hara. Last year, mintak adik potong. Sebab tak tahan, rimas panjang². Bajet adik pandai potong, last² sangat la huru hara jadinya..sampai sekarang tak repair² lagi.

      4) Work?
      Yups.. But kalo ade peluang, teringin jugak nak sambung study balik.

      5) Your sisters?
      Dua orang. Sorang kat Matrikulasi Labuan, bulan 4 ni abis study. Sorang lagi merangkap bongsu, baru darjah 3. Sangat² nakal dan hyperaktif! Jarang duduk diam, ade je benda dia nak buat.

      6) Your favorite thing?
      My Sony Ericsson Cyber-Shot. Sebab camera dia best!

      7) Your dream last night?
      Forgot la.. Maybe takde dream ape² kot.. 


      8) Your favorite drink?
      Segelas nescafe susu panas kaw²..baek punye! Tapi kalo minum luar, mintak air suam je. Air kedai tak sedap.. (~___~)

      9) Your dream car?
      Asal ade sudah. Tapi mesti yang comel² je macam tuan dia.. Hahaa.

      10) Your shoes?
      Biru gelap + putih. Beli last year, sebab nak pegi kelas driving kena pakai kasut. Tapi, sampai sekarang tak pakai² lagi. No money, no kelas driving. Huhuu.

      11) Your fears?
      Cik Lipas!

      12) What do you want to be in 10 years?
      Nak berjaya la * Tak belajar tinggi², tak semestinya tak boleh berjaya. Yang penting, usaha! *. Nak hidup bahagia disamping bla..bla..bla...

      13) Who did you hang out with last weekend?
      Dengan ayah, mak and adik ain. Pegi makan nasi lemak kat Yassin Curry House. Lawat adik kat Sekolah Menengah Teknik Tawau. Jalan² ke Merotai. Singgah restoran lupa nama ape.. Tapi, sup daging lembu dia sangat sedap!

      14) What are you not good at?
      Senaman tarian. Walaupun jari jemari lentik tapi sangat kaku + keras untuk aktiviti tari menari.

      15) One of your wish list items?
      Mintak pakwe boleh? Hahaa. Oh. Just kidding! Nak lesen drive cepat²..

      16) Where you grew up?
      Terengganu Terchenta! Then Sabah * From 2004 sampai la sekarang, 2010 * 


      17) Last thing you did?
      Masuk tandas bawa lilin. Lampu tandas rosak.

      18) What are you wearing?
      Kat rumah macam ni, pakai kain batik ngan t-shirt je la * Zaman pakai seluar track dah berakhir (=___=) *

      19) What aren’t you wearing?
      Tudung. Takkan ah kat dalam bilik pun nak pakai tudung jugak..

      20) Your pet?
      Takde. Tapi cam teringin je nak bela anak kura². Anak dia je. Mak ngan ayah dia tak nak (T____T)

      21) Your computer?
      No laptop. Cuma ade Monitor, CPU, Mouse, Keyboard, Bla...bla..bla....

      22) Your life?
      Happy! Kadang² ade gak sedih².. Normal la kan?

      23) Missing?
      Nak lepak and sembang² ngan abang, adik² sume. Sekarang tinggal mak, ayah ngan adik bongsu je kat rumah. Oh. Miss them yg jauh² tu!

      24) What are you thinking about right now?
      Dah nak masuk pukul 3 pagi dah! Bila nak tido???????

      25) Your car?
      Ade je kat kedai. Tak ambik lagi. Hahaa.. * Nanti dah kaya, baru pegi angkat satu. Okeh? * 


      26) Your kitchen?
      Kat dapur la. Hahaa (T___T)

      27) Your favorite color?
      Hitam. Putih. Taik cicak?

      28) Last time you laughed?
      Last night. Time tengok Bang Bang Boom! Lawak siot bro karl shafiq (mangsa) pujuk orang yang tak berapa siuman * Lakonan semata-mata *

      29) Last time you cried?
      Beberapa minggu lepas. After tengok bintang dari jauh, rupanya dah berteman dengan bulan. Ini merepek. Tapi ade la maksud.


      30) Love?
      Family terchenta..


      31) So who wants to share their ONEs?? How about?
      Takde! (~___~) 


      p/s : Sila², sape nak jawab. Err.. Gambar takde. Masa itu emas. Nak tido dah. Nanti esok lambat bangun, mak marah. Nanti mak merajuk. Nanti saya jadi anak derhaka. Sebab buat mak kecik ati. Nanti tuhan pun marah. Tuhan tak suka. Tuhan murka kalo anak derhaka kat mak. Oh. Tak nak!

      Thursday, February 04, 2010

      Perjalanan Hidup Yang Ibarat Roda. Kejap Kat Atas, Kejap Kat Bawah.

      7 ♥ Comments ♥
      Assalamualaikum.

      Tak jawab salam kite, dosa tau * Sambil sengih², senyum² manis. Dulu² punye taktik, budak laki² nak ngorat aweks. Huhuu. Macam la kite ni budak perempuan tak boleh jawab dalam hati. Kan? (^___^) Tapi, percubaan usha mengusha mereka² itu sungguh comel la ~ Aku tak tau la aku merepek ape ni???. Zaman sekarang dah susah nak jumpa kot budak² comel macam mereka². Hahaa ~ Sekali lagi. Sangat tidak faham sepatah haram, ape ni? Kau cakap ape ni??? (T___T) *

      Ok. Intro je. Takde kena mengena pun. Suka² nak merepek. Macam biasa la, entry ini di taip pepagi buta. Jam kat PC dah 1.28 minit pagi. Asal post entry je..mesti pagi² buta, tak pun malam kelam * Gelap gugup ~ Bahasa Terengganu yang membawa maksud..gelap yang amat. Memang gelap. Ah memang dasyat la gelap. Eh. Takde kena mengena pun. Sesuka hati je nak cakap merapu. Haish (T___T) Bila la nak berubah??? *.

      Hm.. Perjalanan hidup yang ibarat roda. Kejap kat atas, kejap kat bawah.  Abaikan peribahasa ini, suka² je nak letak dia kat situ. Sebab, memang suka la. Heh. No motif! 

      Ok. Setakat ni, dah tiga hari dah aku start keje kat koperasi balik * Koperasi Kafeteria IPGM Kampus Tawau *. Untuk kali yang ke-2 ( Kali yang pertama, 18 Januari 2009 hinggalah akhir bulan Jun 2009 ). Dengan adanya komitmen baru yang perlu di beri perhatian yang lebih * Ye la, sebelum ni sempat jugak la menganggur sebulan lebih *, maka sekarang, agak kurang la sikit jam aku untuk blogwalking sane sini. Update blog..dan bla..bla..blaa lagi. Start keje jam 4.30 petang, rehat jam 6.30 hingga 7 malam. Sambung balik 7 malam hingga la jam 10 malam. Penat oh. Sikit la. Jadi, time malam², pagi² macam ni je la kalo nak online pun. Eh.. Ok la. Nak stop. Tak nak cakap lagi. Cam takde feel la nak terus cakap dan cakap. Huh. Nanti ah next time cakap² lagi. Okeh? * Haish. Menaip la Cik Ana, bukan cakap² * Ya. Whatever la. Tataa... (~___~)

      Wednesday, February 03, 2010

      Entry Pepagi Buta. Suruh Tido Tak Nak Tido. Merepek.

      4 ♥ Comments ♥
      Assalamualaikum.

      Selamat pagi semua. Entry kali ni ringkas je ye. Sebab sekarang ini macam dah tak pandai sangat nak merepek. Oh. Lagipun, sepatutnya pegi tido dan mimpi indah² macam mimpi jalan² kat taman bunga, then jumpa ngan putera raja ke, then lagi..dia pun ajak jalan² ngan kereta kuda dia yang comel * Aiseh..kenapa tak mercedes je? Ok. Abaikan je la perkataan mercedes tu..macam salah eja je. Haha * Eh, sambung lagi mimpi, lepas tu..dia ajak jalan² tepi pantai... Kan? Kan? * Hahaa. Banyak cantik muka kau, asyik nak yang best je. Mimpi seram tak nak ke? Uh. Tak nak. Tak nak (T___T) Tak nak, okeh *. See. See. Cakap dah tak pandai nak merepek, tapi sekarang kau buat ape ek? Tak ke merepek namanya tu Cik Ana oii??? Oh. Sengal (^___^) Dah². Stop cakap yang bukan².

      Ok. Kawan² * kali ni, cakap sopan² sikit. Asyik² 'aku' je. Kali ni, guna 'saya' pulak. Okeh *. Hmm.. Bukan itu cerita yang nak disampaikan. Maksud saya, perenggan yang di atas itu. Bukan ye. Fuh. Jap lagi nak tido dah. Jadi, saya nak cakap pendek je. Kali ini, betul pendek. I mean, ringkas lah. Tak berjela-jela, tak merepek. Tak merapu. Tak.. Eh. Cukup. Cukup. Dah terlebih pulak. Nak kena betul la budak Ana ni (T___T) Huhuu. Eh. Jangan la pegi dulu. Ok². Nak cakap betul² dah ni. Tak tipu. Betul la. Tak tipu. Tengok kat bawah. Err..bukan bawah meja or bawah katil anda. Bukan. Maksud saya, perenggan yang seterusnya.




      Comel tak? Comel tak? Comel la. Kan? Kan? Haha. Perasan betul la minah ni. Ok². Saya punya avatar memang tak cantik. Tapi tetap jugak nak tayang kat sini. Huhuu. Jangan kutuk. Jangan kutuk. Excited gila ni dapat buat avatar, padahal dah banyak orang tau pasal ni. Huh. Sangat ketinggalan lah. Tapi, tetap jugak nak cakap kat sini. Hahaaa. Ok. Sebab saya dah nak tido * Macam dah dua kali ulang ayat ni. Nampak sangat mengantuk. Adei.. *. Ok. Tak nak cakap banyak² lagi, nanti akan terus merepek, dah susah nak stop.. Jadi..kalo anda pun nak buat jugak avatar mengikut kreativiti anda sendiri..macam yang saya buat kat atas ni. * Tambah info sikit. Nak buat avatar ni sangat mudah ye kawan²..pandai² la ye. Dan yang penting, free (^___^). Tak payah bayar pun. Cuma, avatar yang dah siap nanti akan di hantar melalui email. Faham? Bagus! *.

      Ok. Pegi kat sini, FACEYOURMANGA.

      Enjoy Ur Self...!!

      Monday, February 01, 2010

      Tanda² Korang Dah Ketagih Ngan Blog (Entry Agak Mengarut, Bace Je La Sampai Habis)

      5 ♥ Comments ♥
      Assalamualaikum..

      * Abang ngan adik.. Nih time adik jalan² KL *
       
      Salam Februari. Yup. Dah masuk 1 Februari 2010. Kemaren or tadi la kan 31 Januari 2010.. Sebenarnya Birthday My Bro tersayang, Mohd Syafiq * Orang banyak duit, mesti ah sayang, kan? Haha. Eh. Tak patut. Tak patut. Haish. Jap lagi, tak pasal² ade orang cop aku mata duitan (T__T) *. Ok. Bro, selamat hari lahir yang ke-23 tahun.. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu. Jaga diri baek², keje rajin². Tapi ingat, jangan lupa mak, ayah, adek² kat sini. Paling penting, jangan lupa tuhan. Karang kalo bro lupa tuhan, nanti dia tarik balik nikmat², rezeki² yang dah dia bagi. Huhu. Kami bangga ngan perkembangan hidup bro sekarang, agaknya bro dah mula sedar akan tanggungjawab bro yang akan datang. Go on. Kami support dari jauh, okeh * setakat KL - Tawau, jauh mana la sangat. Laen ah kalo kat oversea (T__T) *. Good luck! Miss you!

      Ok. Dah². Berhenti merepek ape sume. Abang aku tak bace pun blog² ape sume ni. Haha. Saje buang tebiat, padahal tadi dah wish melalui sms. Takpe la, mana ah tau kan..suatu hari nanti, tiba² je dia terperasan akan kewujudan blog aku ni. Then, bace² sume entry yang aku taip kat sini. Mesti dia rasa terharu, "...Weh, adik aku ade wish birthday aku dalam blog dia la..Huhuu...". * Imaginasi semata-mata *. Sila tinggalkan cerita ini sekarang (T__T) .

      Ok la. Dah penat merepek. Sebenarnya, aku nak story pasal ni... Tanda² korang dah ketagih sangat ngan Dunia Blog ni. Jom², bace kat bawah. Adekah anda juga salah seorang dari mereka???

      Mata dah lebam, suhu badan panas, demam-demam. Malam dah kelam, makin dalam, makin hitam. Suasana suram, seram-seram. Tapi korang??? Steady je. Cool. Masih mengadap muka blog yang tertampal di skin PC, tanpa rasa bersalah. Di temani pulak, segelas nescafe kaw² baek punye! Oh. Jam dah pukul 4, 5 pagi dah. Masih tak reti² nak pegi tido. Aduhai..penangan blog.

      Bangun je pagi². Eh..maybe dah tengahari dah kot. Maklumlah, semalam tido lewat. Mesti ah bangun lambat kan. Subuh??? Jangankan subuh, sarapan pagi pun tak merasa. Bangun² je mesti terus makan tengahari. Haha. Eh..ini realiti, jangan gelak. Mesti ade yang perangainya macam ni. Tapi, lagi dasyat. Bangun² je terus on PC. Online. Ape lagi, update blog la, "...Gua baru bangun pagi, err..sebenarnya dah tengahari. Lantak ah. Ade gua kesah? Hm..sekarang ni blom gosok gigi, blom mandi dan segalanya blom la. Haha.. Ade gua kesah? Gua cuma nak update blog je. Mana la tau kot² lu orang sume rindu ngan gua, kan? Maklumlah, gua kan femes, kacak dan bergay..! Eh. Bergaya la...". * Haha. Ini contoh, ok. Sekali lagi, jangan gelak. Ini realiti. Bukan kaum lelaki je, perempuan pun maybe ade yang macam ni *.

      Kebetulan hari itu cuti. Ape lagi, dah takde benda laen dah. Online dan mengadap blog je la 24 jam. Non-stop! Kain baju bertimbun tak basuh² lagi..mungkin dah nak masuk 2 minggu dah kot..terbiar je, tak terusik. Ape barang basuh² kaen baju ni. Baek layan blog, lagi best! Ade ke yang macam ni ek???

      Line internet tetiba buat hal. Slow macam siput.. Nak blogwalking, nak post entry² baru pun tak boleh. Then, kaki² bloggers sejati ini, pasti dengan spontan dan bergayanya akan mula memaki hamun line internet yang tak bersalah itu menggunakan patah² perkataan yang tidak sepatutnya. Contoh, "...!@##$%^&amp*_+|\=??>":~>?#$%....!!!..."

      Menulis entry selang 5 minit sekali. Ade je benda yang dia nak post. Wah. Dasyat punye orang! Ape dia post??? "...Selamat pagi. Semoga sihat² selalu. Sekian...", "...Hai. Selamat petang. Sekian...". Haha.. * Ok. Jangan gelak, mungkin ade mereka yang seperti ini. Mungkin *.

      Ok la. Aku dah malas nak tulis. Err..taip. Rasa macam aku pun tengah merepek yang bukan² ni. Baek la pegi tido, dapat jugak mimpi indah² kan (^__^) . Mungkin ape yang aku senaraikan kat atas tu nampak macam tah ape² je. Tapi cuba nilai, mana tau..sedikit sebanyak ade yang berkaitan dengan korang. Nak berblogging, boleh. No hal. Korang punye suka la kan..? Tapi..agak² la sikit. Jangan ah terlampau taksub, terlampau fanatik. Jangan ah sampai lupa tuhan. Yang wajib tu tetap wajib dilaksanakan. Sampai masa, stop la kejap. Tunaikan ape yang patut korang tunaikan, yakni...solat la.

      Ok la, aku dah ngantuk. Nak tido. Tak nak ah nanti masuk golongan yang aku senaraikan kat atas tu (~__~) Bla..bla...bla......