Sunday, February 14, 2010

Sorang Lagi Kawan Sekolah, Kawen * Aku Bila Lagi??? *

Assalamualaikum..

Hai hai. Selamat bercuti ek. Cina raya, kite melayu pun dapat cuti jugak..kan. Huhuu. Aku pun dengan sengajanye turut memohon cuti dua hari. Sabtu ngan ahad. Heh. Tak sengaja la, cuma ade rasa malas sikit. Ala, student pun tak ramai yang datang singgah beli barang kat koperasi. Nanti, kalo bukak jugak. Then, takde orang datang.. Aku jugak la yang tersenguk-senguk kebosanan dekat situ * Takde pun tersenguk-senguk, sebenarnye terkebil-kebil biji mata sebab asyik main brick game. Skrin dia dah kabur pun, aku masih giat jugak nak maen. Hoho. Tak pun, sibuk bace majalah UJANG atau APO?. Walaupun dah khatam banyak kali, tapi ulang dan ulang lagi bace sebab bosan tak tau ape nak buat (T___T) ~ Haish. Kalo bace quran takpe jugak, ade jugak la faedah. Erk *

Ok. Sekarang nak cite sikit pasal hari ni. Valentine's day???  No. No. Bukan itu. Hari ni, 14 Februari 2010. Sorang lagi kawan sekolah * Sebelum ni dah ade  tiga orang * yang sama² satu kelas masa tingkatan enam 2006 dan 2007, dah kawen, sanding tadi * Eh. Pelik btol bunyi ayat aku ni. Ok fine. Sila abaikan. Aku tak pernah kawen. Macam susah pulak nak cite pasal kawen² ni. Hoho. Asal korang tau dah, kawan aku ni dah kawen. Tadi, dia punye kenduri. Lebih kurang macam tu la. Heh *

Err..tengok gambar je la. Nak cakap pun dah tak pandai. Nama kawan, Rashidah. Suami dia nama, tak tertanya pulak tadi. Huhuu. Ade dua je gambar, sebab lupa beli bateri baru. Kamera cuma leh guna dalam masa 4, 5 minit je. Pastu, automatik akan off sendiri. Satu lagi. Kami datang lambat, dah petang. Pengantin pun dah penat, dah rehat, dah tukar baju pun, mekap je tak sempat cuci lagi. Jadi, jangan dipersoalkan kenape pengantin memakai baju tido. Hehe.


 * Selamat Pengantin Baru. Semoga Kekal Bahagia Hingga Ke Anak Cucu (^__^) *

8 comments:

Anonymous said...

mujur laa pengantin masih cantik pkai bj tido .. hehehe

sabar laa yea kak .. jodoh pasti bertemu jua ^^

Irtiyah said...

salam

insyaAllah ada la nanti.. hidup ini sentiasa penuh dengan penantian.

Nurul Farhana said...

insyaAllah. amin.

sebenarnye sy suke² je cakap..huhu..

tq sudi singgah...

salam blogger.. =]

noorafzan.blogspot.com said...

haha..
tu yang pelik..
asal muka mekap cun tapi baju tidur..

ni mesti kes datang kenduri lewat nih..

Aduka said...

kawen pkai baju tido.. jimat kos..

Nurul Farhana said...

hoho...

xpe..

turn sy nnt, sy nk pakai bju tido jgk la..haha.. =]

etomyam said...

heheh...meriah n seronok kan majlis kahwin..tuan punya blog pun insya Allah tak lama lagi lah tu kan...

Nurul Farhana said...

hoho...sy lmbt lg ah..
bakal pengantin lelaki tak nampak bayang pun lg.. =p