Thursday, May 13, 2010

Kisah Mula Dulu Kala. Bila Hati Jatuh Cinta. Surat Cinta Gua Buat Lu.


* Copy this picture from Uncle Google *


Assalamualaikum. Salam pagi Khamis.



---------------------------------------------


Kisah mula dulu kala.
Bila hati jatuh cinta.
Ku terkenang raut wajah.
Bila pejam mata.

---------------------------------------------



Tadi gua jalan-jalan kat laman biru.
Then, gua nampak gambar lu.
Sumpah. Gua takde niat pun nak usha life lu.
Gua pun malas ah nak gelabah-gelabah melulu.
Jadi, gua tengok je la gambar lu sambil lalu.

Tapi, bila gua tengok gambar lu.
Gua jadi haru biru.
Tak pasal-pasal, gua teringat zaman kite sekolah dulu-dulu.
Zaman gua pergi sekolah pakai baju putih kain biru.
Zaman gua dengan lu bila jumpa malu-malu.
Zaman lu bagi kat gua surat cinta tulis guna pen dakwat biru.
Zaman lu suke je nak say kat gua 'i miss you'.
Dan jugak zaman lu pernah say kat gua 'i love you'.

Oh. Gua rindu la ngan lu.
Gua rindu ngan lu yang dulu.
Sumpah, gua rindu.

Hati gua sayu.
Gua rasa pilu.
Ngilu.

Tapi gua tau.
Cuma gua sorang je yang rindu kat lu.
Lu tak. Gua tau.

Dulu.
Saat lu nak pergi. Lu cakap nak putus. Gua kaku. Lidah gua kelu.
Gua rasa macam kepala gua kena hempap dengan batu.
Lu tau? gua masih sayang lu.
Sebab lu satu dalam seribu.

Tapi, demi lu..gua akur. Gua terpaksa setuju.
Gua tak nak nangis rayu-rayu.
Gua sape nak halang-halang lu.
Gua tak mampu.
Lu punye hak. Ikut suke hati lu.
Pergilah. Gua doa baik-baik buat lu.
Gua tak marah lu.
Gua cuma nak cakap terima kasih banyak-banyak sebab pernah say 'i love you'.
Gua hargai. Thank you.

Bila lu dah berlalu dari hidup gua. Suasana tukar bisu.
Gua pun cuba la jugak untuk berlalu dari hidup lu.
Gua cuba lupa kenangan lalu.
Kenangan time gua dengan lu.
Gua cuba buang rasa sayang gua kat lu.
Gua cuba. Cuba. Cuba. Dan terus cuba. Gua cuba selalu-selalu.
Walaupun kadang-kadang gua nampak lu je satu-satu.
Gua tengok orang lain pun dah macam muka lu.

Takpe. Gua cuba lagi. Gua harus harus harus jugak lupa lu.
Sebab gua pun dah takde dah dalam hati lu.
Gua tau. Lu tak cakap pun gua tau.

Baiklah. Itu cerita dulu.
Gua dah malas nak ingat-ingat selalu.
Gua nak bina hidup baru.
Yang dah berlalu tu, biar je la berlalu.

Sekarang. Gua dah lupa lu. Tak tipu.
Tapi, hati gua dah beku.
Ada orang ketuk hati gua punye pintu.
Gua boleh buat tak tau.
Gua rasa gua dah tak macam dulu.
Agaknye, hati gua dah keras macam batu.
Ntah. Gua bingung. Gua tak tau.

Tapi, takpe. Gua sudi tunggu.
Gua harap ada orang sudi datang lagi dan lagi. Then, ketuk pintu hati gua selalu².
Gua tunggu.

Buat lu, gua cuma nak cakap satu.
gua masih sayang lu.
Tapi. Sayang sebagai kawan. Tak lebih dari tu.
Gua doa lu bahagia dengan orang baru.

Dan gua harap jugak satu dari lu.
Doakan baik-baik buat gua. Doakan gua cepat dapat pengganti lu.
Gua dah penat tunggu.
Ntah bila la hati gua ni nak hilang beku.

Lupa. Nak cakap lagi satu.
Cuma nak bagitau.
Sikit masa lagi, gua nak seberang laut biru.
Gua dah nak tinggal bumi bayu.
Gua nak balik Terengganu.


p/s : No hard feeling. Sekadar entri.

26 comments:

AISHA SAAD said...

SMARTT GILAA ouhhh!
buat sendiri ehh??
kagum ya amat!
masuk jek kan hujung2 tuhhh.
hebat2!!

Nurul Farhana said...

hye aisha...

thanks..
tibe² semalam dpt idea (lps nmpk gmbr dia)..terus karang sikit². yg hujung tu mmg sengaja nk bg same.

mmg adaptasi dari kisah sendiri..tp no hard feeling la. sekadar suke².

si bunga said...

memang best la...
berbakat...hehe..:)

Nurul Farhana said...

thanks bunga =]
suke² je tu.
dulu ambik sastera mse form 6..tu pasal pengaruh sikit² kot.

aduka said...

two thumbs up!
=)

Nurul Farhana said...

tq! =]

areleaf said...

ok sumpah gua suke..gua syak mgkin sebab lu guna gua lu kot..

Nurul Farhana said...

haha...gua saje je...

kalo sy awak macam orang geli plk nak baca.. =]

saya_arief said...

haha...da gune gua skarang..canggih2..

kodok hijau the ghost writer said...

AH tak sanggup membaca terasa jiwaku disimbah bara panas dan sakit,.,

jeles nii... :)

hakimfaridzul said...

OMG!!!

like like like this so much!!!

agagagaga

nice la sis!!!

mohamadfbi said...

uiikkkkks...huhuuhuhuuhu,

nak say i like u

enjelinajolipit said...

gua dari form 1 sampai form 5 usha lu,
dari lu pendek sampai tinggi macam org urdu,
tapi gua tak larat tunggu,
gua cari pakwe bila masuk u,
tapi smpai skang gua tengok lu mcm tu,
single n masih hensem selalu.....

Q said...

style! semua rhyme.

.sweet-ants. said...

best la surat cinte lu..
hahaha

Nurul Farhana said...

arief - xde ah.. entri ni je kot..

kodok - lu ape hal? hehe..

hakim - thanks =]

fbi - ok. gua say, thank you =]

enjelina - huhu..best². blh jd geng =]

q - ye. tp merepek² je.. =]

sweet-ants - thanks =]

Lt. fDanialz said...

heh menarik juga eh..

tak sangka sekarang ko dah pandai wat entry bes2..

tahniah2 AF~

=]


Entry best : Mengingati Allah Hati Akan Menjadi Tenang

Nurul Farhana said...

huhu..suke² je la. ikut suke je tulis tu..merepek pun ade. btw, tq.

jane said...

bestnye surat cinta ni???
kau ke tulis?

weeeeeee~

jom bercinta!

>.<

Lt. fDanialz said...

hebat la ko ni AF..

anyways, aku suka la komen ko kat entry aku tu.. setuju kadang2 kita patut bersyukur sebab putus cinta.. Allah lebih mengetahui apa yang lebih baik untuk kita sebenarnya.. apa yang paling penting sentiasa la bersangka baik dengan Allah, Insya Allah akan memberi apa yang kita sangka kan tu

=]


Entry best : Mengingati Allah itu hati menjadi tenang

cik bunbun said...

Suka sukaaaaa!!! haha. bes bes. buat byk2 lagi. HAHAHA >.<

Nurul Farhana said...

jane - yup. suke² je la..tp mmg kisah sendiri pun. kenangan lalu =]

jom! hahaa..

Mr. FD - eh. tak la. biase je. huhu..

yup..itulah yg sebaiknye.. mcm kisah ni la. kalo ikutkan mmg syg sgt² la kt dia..tp dh xde jodoh. xpe la. mula² mmg la sedih. tp fikir positif je la..lgpun, tgk gf baru dia..comel sgt..sejuk je mata tgk. dia pun dah makin bnyk berubah ke arah positif. ok la. tumpang bahagia untuk dia. mgkin jodoh sy ngn org lain. =]

'mencintai tak semestinye memiliki'

adik bunbun - tq. insya'allah.. =]

McFLuRry_MaNIaC said...

nice~!style~!comel~!

penah gk putus cinta..bile bace entry ni trigt kisah lame..n agk betul, once broken consider sold.eh eh bukan.hee.once our heart broken, hati ni jd keras cket..sbb penah rse cm2..

skng ni die da epi ngn org len n saya pun epi ngn org len.sme2 epi.nice la kn?^_^

Dakjaat said...

bahasa gua lu ni .. buat pening aku je.. hahahaha! :D pape pon.... teruskan blogging... :P

Nurul Farhana said...

mcflurry - nak lupakan seseorg tu bkn senang, tp kuatkan semangat je la kan.. =]

dakjaat - hehe...kalo sy awak, kot ade yg geli² nk baca.. =]

Anonymous said...

I deem this is a outlook. I quite habitually cooperate with people who instead state scarcely what they make believe people around them plan to hear. Fine and efficiently built! I shall grow back to your web site absolutely!

In conclusion , let me thank you for your understanding with my English as (I'm confident you have become aware this at this time ,), English is not my chief language so I am using Google Translate to form out how to jot down what I genuinely mean to state.