Wednesday, May 12, 2010

Senyum Yang Cuma Aku Mengerti Apa Maksud. Dalam Hati Ada Taman???

* Senyum tanpa kata. Jangan tertipu, ini gambar tahun lepas. Sekitar september *




Assalamualaikum. Salam pagi rabu. Saya sihat. Harap anda jua sihat.

Ini kejadian dua hari lepas.


------------------------------------------------------------

Hari ini. Tersenyum aku bahagia.
Ya. Senyum yang cuma aku mengerti apa maksud.
Pagi tadi, Adik hulur sekeping kertas bersaiz A4. Dari ayah.
Aku sambut tanpa kata. Diam. Diam. Diam.

Adik berlalu. Tinggalkan aku terkebil-kebil. Bingung.
Ya. Saat itu tubuh ini baru bangkit dari tidur. Masih mamai.
Gosok kelopak mata perlahan-lahan. Celik mata luas-luas.
Kertas bersaiz A4 itu aku belek. Aku tilik dalam-dalam.
Baca aku patah demi patah perkataan. Tanpa suara.

Seminit. Dua minit. Aku senyum. Berbunga rasa hati.
Ibarat kata muda-mudi sekarang, ' Dalam hati ada taman '.
Sekarang aku yakin. Mimpi, sudah hampir aku kejar.
Kini. Tinggal aku usaha.
Bagaimana mimpi boleh aku gubah jadi realiti.
Ya. Mimpi-mimpi punya kehidupan seperti mereka yang lain.

Ayah. Jutaan terima kasih yang tak terhingga.
Terima aku peluang ini dengan hati terbuka.

Terima kasih.

------------------------------------------------------------

10 comments:

miss hav0c said...

wah aku tidak mengerti..kejadian apakah ini

fiD said...

ulalalala...

ayah sbgi perangsang.. bagus

r-mean said...

apekah?

kodok hijau the ghost writer said...

surat tu abg bagi kat ayah suruh bagi kat sayang. tapi apa isi yang tertulis dalam a4 itu . hanya kau dan aku jer yang tau.

nota tapak kaki: aku sesetia malam sayang

saya_arief said...

...

Hasrol Nizam said...

er..surat berkandungan apakah? story2 la sket..

aduka said...

surat apekah itu ek?
offer keje?
=)

Nurul Farhana said...

miss havoc - kejadian biasa² je..huhu.. ↓

fid - yup. itu yg diharapkan.. ↓

r-mean - itulah.. =] ↓

kodok - ala kodok. lu selalu kan... sekeh kepala karang. bukan di tulis pakai tangan la.. ↓

arief - sy juga blur seperti anda =] ↓

nizam - erk. jap g nak story.. =] ↓

aduka - bukan.. =] ↓

sebenarnye takde pape pun. huhu. sje je nak emo lebih. kertas A4 tu tiket air asia la. beli guna online. then print la. Tiket dah ade. sekarang tambah yakin la, mmg akan terbang pegi KL. then kelantan. Sbb pegi tu, nnt la bgtau. dan kenape dapat tiket je pun dah nak excited giler²..sbb bertahun dah duduk kat sabah ni, tetibe dpt blk semenanjung. tu je. huhuu. poyo kan? (T___T)

Q said...

igtkan surat tawaran. tiket rupanya.

Nurul Farhana said...

=] maybe 2 dlm 1...