Sunday, May 24, 2009

Coretan Hati Seorang Insan Yang Bergelar Aku..


Aku merasakan hidup ini indah. Sangat indah. Akal fikiran ku juga mengatakan begitu. Apa kamu juga begitu???


Yupp. Hidup ni mmg indah. Sangat indah. Tapi sayang, tak selamanya indah seperti yg kite impikan. Sebab, setiap pertemuan yg terjadi kat atas muka bumi ni....satu hari nanti, pastinya akan berakhir dengan perpisahan. Sama ada kite suka atau tidak, ia tetap akan berlaku. Dan kite harus terima kenyataan itu, walau pahit. Kenapa..!!?? Mungkin kalau takde pertemuan, takde la perpisahan kan..?? Tapi, ape la maknanya hidup ni kalau takde pertemuan.....? Hidup sorang2 je kat atas muka bumi yang luas ni, sunyi dan sepi..!!!


Orang kata.. Hidup ni ibaratkan roda. Kadang2 kite kat atas, kadang2 kite kat bawah..!! Maksudnya, ade masa kite senang. Ade masa kite susah (kan dah cakap, hidup tak selamanya indah). Jadi, moral of the story... Kite tak boleh la angkuh dan sombong, nak besar diri ke. Mentang2 la kite kaya kan, senang2 je nak buli org yg susah. Tak boleh. Tak boleh macam tu...! Hidup ni mesti slalu nak kena tolong-menolong. Fikir ek, kalau kite tak nak tolong orang yg dlm kesusahan. Nanti time kite susah, sape nak tolong kite pulak??? Time tu la, baru kite sedar, insaf dan rasa menyesal sangat2 sebab sombong, tak pernah nak tolong orang dulu. Masa tu la baru sibuk nak dekatkan diri dengan TUHAN. Mengharapkan pertolongan dari-NYA. Mungkin ade hikmah di sebalik kejadian yg berlaku. Alhamdulillah. Terbuka jugak pintu hati untuk berubah. Tapi kan, ade jugak sesetengah manusia ni jenis yg tak tau nak kenang budi. Yelah, manusia ni kan bermacam-macam ragam. Hati masing2 tak sama, lain2 (Kita berkongsi DUNIA yg sama, tapi punya HATI dan PERASAAN yg berbeza). Rambut je yg sama hitam, tapi zaman sekarang ni dah tak boleh pakai lagi dah istilah tu. Pasal, rambut dah banyak yg kaler2. Merah. Biru. Kuning. Hijau. Huhuu... Takde niat nak kutuk, cuma menyatakan ape yg terlihat dek mata.


Kadang2, dalam berkawan ni, ade jugak kawan yg suka makan kawan. Suka tikam dari belakang. Hahaa.. Faham ke?? So, moral of the story... Kite kena la berhati-hati dlm berkawan. Mesti nak pandai pilih kawan. Kalau salah pilih, hidup kite jugak yg susah. Kalau la hidup ni takde kawan, mesti tak best kan? Boring! Boring tahap maksima!! Sunyi dan sepi yg amat. Hm... Moral lagi, hargailah kawan. Hargailah mereka. Kerana, merekalah yg membuatkan hidup kite yg kosong ni terasa lebih bermakna. Lebih bahagia. Lebih ceria.


Aku..?? Aku adalah aku..!! Aku tak boleh jadi orang lain. Takkan jadi pun! Aku akan tetap jadi aku sampai bila2. Aku cuma manusia biasa. Seperti juga manusia yang lain. Punya kelemahan. Punya kelebihan. Kalau orang lain pernah buat salah, aku juga begitu. Seperti kata orang, manusia takkan pernah lari daripada melakukan kesalahan. Sama ada besar atau kecil, salah tetap salah. Kerana itulah, kite kena maafkan seseorang yg dah buat salah. Tak kira la besar mana pun kesalahan dia, yg penting, dia dah minta maaf, dan kite harus maafkan dia. Kenapa??? Kerana, kite sendiri pun pasti mengharapkan agar orang lain sudi memaafkan kite, kalau kite dah buat salah.


Last skali nak cakap. Fikirkanlah. Kenapa??? Kerana kite punya otak. Punya akal fikiran yg waras. Dan otak itu fungsinya untuk berfikir. Fikirkanlah mana yg baik, mana yg buruk. Yg baik itu jadikan tauladan. Yang buruk jadikan sempadan. Masing2 dah besar panjang kan, takkan tak tau nak fikir. Ingat! Kite ni hidup cuma sekali je. Takde dua kali, takde tiga kali. Sungguh. Tak tipu. Tak percaya, try to kill yourself. Tengok, boleh hidup balik tak?? Ohh...itu kerja gila, jgn buat!! Nyawa itu sangat berharga. Jangan senang2 je nak buang! Melalut pulak. Berbalik kepada cerita tadi. Kalau dah sampai masanya untuk kite pergi meninggalkan dunia ni, meninggalkan insan2 yg kite sayang. Kite akan tetap pergi. Tak boleh dah nak mintak supaya ditangguhkan (sebab time tu dah nazak. Sementara sempat..mengucap je la. Jangan cakap yg bukan2). Atau nak mintak supaya diberi peluang kedua?? Sorry sangat2, mmg takde. Time couple boleh la. Hakikatnya, TUHAN lebih mengetahui segala-galanya tentang hidup kite.


Aku. Aku masih ingin terus bernafas seperti biasa. Biarpun kadang2 terganggu akibat demam selesema. Udara yg kotor. Asap rokok yg sangat2 ku benci. Tak mengapa, asalkan aku masih mampu untuk bernafas. Aku rela! Biarpun kadang2 seperti mahu sahaja aku mencekik mereka2 yg menghembus asap rokok sesuka hati itu. Aku benci mereka. Sangat menyakitkan hati!


YA ALLAH.. Aku bersyukur kepada-MU. Kenapa??? Kerana kite diajar untuk bersyukur. Mensyukuri nikmat-NYA. Besyukur di atas segala pemberian-NYA yg kite miliki hari ini, saat ini. Dan sesungguhnya, aku sangat bersyukur. Kerana sehingga ke hari ini, saat ini, aku masih lagi BERNYAWA.


Alhamdulillah.


Amin.


p/s : Apakah hari esok masih ada???

No comments: