Friday, September 18, 2009

Salam Aidilfitri.. (Meh la baca kejap)


create by myself, sebab itu la tak cantik. Ape2 pun, buat ini ikhlas untuk anda. Sebagai pengganti Kad Raya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin (walau ramai yg cakap maaf zahir sahaja, batin tak perlu..tapi takpe la, aku tetap jugak nak cakap). Semoga anda semua gembira selalu di samping keluarga dan insan tersayang.


Sempena menjelang hari raya aidilfitri ini, saya ingin memohon maaf di atas segala salah silap saya, keterlanjuran kata, bahasa yg mungkin kurang ajar, tingkah laku yg menyakitkan hati, layanan yg kurang mesra dan lain2 lagi (tak dapat di senaraikan sebab tak tau ape lagi, mungkin anda lebih tau).


Ok. Fine. Tak tau kenapa bila hari raya baru nak mintak maaf. Hari biasa tak boleh ke? Err. Ape2 pun maafkan saya. Saya tau banyak salah silap saya. Terutamanya kepada kawan2 yg saya tak balas sms mereka. Juga kepada kawan2 yg saya tak jawab panggilan mereka. Saya bukan membenci anda, apatah lagi nak buang anda dari hidup saya. Sumpah bukan macam tu. Anda masih sahabat saya. Dunia Akhirat. Insya'allah.


Saya harap anda faham. Bila usia kite makin meningkat dewasa, kite mungkin akan mengalami banyak perubahan yg aneh dalam idup kite (aneh? Huhuu..tak tau kenapa kena cakap aneh). Dalam masa setahun ini, saya mungkin banyak berubah. Yg paling ketara, saya tidak lagi membalas sms2 anda seperti biasa. Saya tidak lagi menjawab panggilan anda yg tak kira masa itu. Saya mula berubah jadi agresif. Macam sombong pun ade (rasanya dengan kaum Adam sahaja). Juga seakan-akan menjauhkan diri dari anda. Mungkin. Tapi, saya takde niat seperti itu. Sumpah Takde.


Dalam masa setahun ini, saya mula merasakan saya tidak perlu membalas sms anda jika ianya tidak penting. Saya rasa saya tak perlu menyeksa mata saya untuk bertahan semata-mata untuk ber'sms' di tengah2 malam (akhirnya, saya yg tidak cukup tido). Juga sehingga tergendala keje2 saya yg lain hanya kerana saya sibuk ber'sms'. Begitu juga dengan telefon, saya rasa tidak perlu la membazir masa untuk bercakap di telefon lama2 hanya untuk sesuatu hal yg tidak penting. Kadang2 sehingga berjam-jam. Cuba anda fikir, bukankah lebih baik jika anda gunakan masa yg ade itu untuk buat keje yg lebih berfaedah (mungkin cuci pakaian, kemas rumah, masak & lain2). Itu pendapat saya.


Senang cakap, semakin meningkat usia kite, semakin banyak tanggungjawab yg perlu dipikul. Banyak. Tidak boleh main2 lagi. Tidak boleh terlalu bersenang-senang sedangkan banyak keje lain yg perlu diselesaikan. Ikhlas cakap, saya rasa seperti saya sudah hilang minat terhadap telefon (guna bila perlu sahaja). Kawan2 sekalian, mungkin kelihatannya seperti kejam sangat perbuatan saya ini. Ok. Sejujurnya, saya kesal kerana saya berubah jadi jahat seperti ini. Saya kesal. Tapi inilah saya sekarang. Bolehkah terima saya yg sekarang ini???


Heh. Tak tau kenapa aku cakap skema sangat. Kejap aku, kejap saya. Apehal kau ni? Fine. Fine. 'Aku' tu kot2 kalau cakap ngan diri sendiri. 'Saya' kalau cakap ngan kawan2.


Ok la. Dah tak tau nak cakap ape lagi. Err. Sedih nak cakap, tahun ini beraya di Sabah lagi. Kali yg ke-5. Ntah bila la baru boleh raya di Terengganu. Ape2 pun, esok akan berangkat ke Labuan or maybe KK. Tujuan? Pegi lawat adik di Kolej Matrikulasi Labuan, sebab dia tak balik raya. Heh. Beginilah nasib kalau raya di perantauan. Pegi je la mana kau suka, nak raya kat rumah pun macam tak besh. Sedih oo tak dapat jumpa sanak saudara tercinta. Huhuuuu (T___T) Cry la, cry.


SELAMAT HARI RAYA SEKALI LAGI. KALAU MAKAN KUIH RAYA NANTI..INGAT2 LAH MEREKA YANG DI PERANTAUAN YE (MEREKA YG BERAYA DI LUAR NEGARA, NTAH GEMBIRAKAH MEREKA?). SEMOGA BERBAHAGIA SELALU (^___^)


p/s : Sudilah kiranya memaafkan diri yg hina, jahat lagi kejam ini (T___T)

2 comments:

Syariful Bahri said...

what..?
rah x balik beraye...?
ish3...
kesian tol...

eh, kekawan je..?
sedare..?
hehe~

Syariful Bahri said...

owh, salah baca...
post kelmarin rupenye...
haha