Saturday, May 30, 2009

Kenangan Itu Indah (Part 2)..

0 ♥ Comments ♥
Lokasi, Pasar Batu Enam, Terengganu Darul Iman.
On the way nak pegi rumah sedara-mara sebelah ayah, singgah sini kejap.
Reaksi, Wah! Happy sangat!
Kenapa??
Dah lama tak makan kuih2 Terengganu ni, ape lagi..banyak la kami borong.. Huhuu..


Abang aku a.k.a Chips (Member2 sabah panggil dia macam tu).
Umur dah masuk 22 tahun.
Lokasi dia sekarang, kat KL. Keje.

Ain & Pikachu a.k.a Piqqa.
Hamster ke-4 yg dibela oleh budak comel tapi nakal ni.
Mana yg lain???
Mati!
Adik aku ni ganas sikit, kasar..
Sebab tu la semua hamster dia mati.

Dari kiri : Mastura, Along, Da & Zen.
Lokasi, Atas Stesen Bas Kuala Terengganu.
Disember 2008.
Situasi, Jalan2..banyak tudung cantik2 kat sini.
Aku takde dlm gambar, sbb aku yg ambik gambar ni.. Huhu..
Keluar & jalan2 ngan diorang mmg best..!

Da a.k.a Nor Hidayah Bt Mohamad.
Bestfren aku dunia akhirat.
Start kawan ngan dia dari form 1 lagi.
Walaupun jarak memisahkan..
Alhamdulillah, sampai ke hari ni pun kami still contact lagi.
Dia sekarang study kat Universiti Malaysia Terengganu (UMT)


p/s : Rindu weh lame dok jupe!

Sopiey.
Kenapa ni??
Tak sempat nak temubual time tu.. Huhuu...
Ape la motif budak ni bergambar macam ni...

Sopiey.
Lokasi, kat rumah sewa dia.
Emosi, perasan kot. Hahaa..
Aku heran la adik aku sorang ni, bukan dia je.
Adik aku Shah-A tu pun aku heran jugak la.
Kenapa??
Diorang ni, kalau bergambar..suka sangat pakai spek.
Tak tau la apsal.

Sahara dan Atiqah.
Adik2 yg selalu ada masa untuk menemani aku time di koperasi.
Baru je kenal diorang ni time Januari 2009.
Tapi macam dah lama kenal.
Sekarang ni, Atiqah dah sambung form 6.
Sahara, kurang pasti pulak.


Ok la. Setakat ni je la dulu..
Aku dah malas dah, internet slow...
Take care.. =]

Wednesday, May 27, 2009

Kenangan Itu Indah (Part 1)..

0 ♥ Comments ♥
Mak dan Ayah tersayang.
Lokasi, Sepetang di pinggiran laut, Bandar Tawau.
Raya 2008.
Situasi, Sepatutnya pegi rumah terbuka kawan ayah.
Tapi, rumah tu tak tau kat mana.
Try hubungi kawan, tak dapat.
Last2 kami makan angin saja di pinggiran laut ini.

Lokasi, Rumah, 103 Seri Ligitan, Qtrs IPGM Kampus Tawau.
Situasi, pagi raya 2008.
Reaksi, sedih (pura2 happy).
Kali ke-4 raya kat Perantauan.


p/s : Rindu nak raya kat TERENGGANU!


AKU a.k.a ANA.
Situasi, Suka2+Takde keje nak buat.
Beberapa bulan yg lalu.

K.A.M.I Budak Baik a.k.a 6 Atas Arif 2007.
Kami tak jahat, cuma nakal sikit =p

K.A.M.I a.k.a 6 Atas Arif 2007.
Lokasi, SMK Balung Tawau.
Situasi, Cikgu Suardi nak tangkap gambar untuk buletin sekolah.
Reaksi, Kami suka hati.


p/s : Rindu kalian.


Si bongsu yg manja+nakal.
Lokasi, Kundasang.
Situasi, Singgah masjid.
Dalam perjalanan balik ke Tawau.

Adik Ain tersayang.
Lokasi, Hotel Asia City, Kota Kinabalu.
Beberapa hari yg lalu.
Motif, Ayah urus temuduga KPLI. Kami tumpang bercuti.

Abang a.k.a Mohd Syafiq+Adik Lelaki Bongsu a.k.a Muhammad Shahir.
Lokasi, Terengganu (Terlupa nama pantai)
Gambar dirakam ketika balik bercuti akhir tahun lalu.

K.A.M.I
Nurul Fasihah+Nurul Ain Fahimah+Nurul Farhana.
Air yg dicincang takkan putus.
Beberapa hari yg lalu, dalam perjalanan hantar adik ke Matrik Labuan.


Adikku, Sopiey a.k.a Mohd Saufi (Study di Politeknik Dungun, Terengganu).
Gambar ini dirakam oleh abang sepupu, sebulan yg lalu.
Lokasi, Hospital Besar Kuala Terengganu.
Situasi, Dia eksiden, patah tangan.
Reaksi, Kami terperanjat dengan berita yg disampaikan.
Hanya gambar ini yg dikirim bagi mengambarkan keadaannya ketika itu.

Adik Ain ketika umurnya 3 tahun.
Comel!

Pelangi pagi yg sempat dirakam beberapa bulan lalu.
Uniknya, pelangi ini berkembar.


Sekian.


p/s : To be continue =]

Tuesday, May 26, 2009

Citer Aku Hari Ini..

0 ♥ Comments ♥
PETANG


Sebelum siap nak pegi keje. Aku masuk toilet. Tak heran, mmg dah kebiasaan. Nak gosok gigi, cuci muka. Selesai gosok gigi, aku bilas berus tu. Maybe time tu aku sibuk berangan kot. Tanpa aku sedari, berus gigi yg dah pun aku cuci bersih tu, aku taruk balik ubat gigi. Then, aku mula gosok gigi aku macam biasa. Untuk kali yg ke-2!! Hahaa.. So funny! Bila aku sedar ape yg aku buat tu, aku stop, tengok cermin. Pastu, senyum sorang2. Ape kena aku ni??


Dah siap sume, keluar and pegi keje macam biasa (biasa = selalu lambat. Luar biasa = awal). Aku mmg teruk. Dah banyak kali niat nak datang awal, tetap jgk lambat. Macamlah koperasi tu bapak aku yg punya, suka2 ati je nak datang jam berapa! Hakikatnya, itulah aku. Harap boleh berubah, Tapi esoknya macam tu jugak. Repeat kesalahan yg sama. Padahal, koperasi dengan rumah aku tu bukannya jauh sangat pun. Jalan kaki 5 minit, sampai la. Dekat. Sungguh dekat! (tau takpe).


Bilal dah laung azan Mahgrib. Tutup koperasi. Balik. Hampir sampai rumah, ternampak sekumpulan anak muda (bukan budak2, mereka dah besar panjang) tengah lepak2 kat tengah padang. Panorama yg dah biasa sangat aku tatap saban petang. Lebih tepat lagi, ketika azan Mahgrib berkumandang di udara, memenuhi segenap ruang IPGM. Manusia2 itu seronok bergelak ketawa, tanpa perasaan bersalah! Aku cuma pemerhati. Tak kuasa nak tegur. Heran. Tak dengarkah mereka seruan ilahi itu?? Kalaupun tak solat, hormatilah azan.


MALAM


Siap tugas kat rumah, terus pegi koperasi. Tak ramai singgah membeli. Tak ramai jugak yg turun makan kat kafe malam ni. Mungkin bakal2 cikgu ni, masing2 sibuk study..ulangkaji pelajaran. Maklum saja la, sekarang musim exam. Risau bercampur gembira. Mungkin itulah ayat yg sesuai bagi mengambarkan perasaan mereka sekarang. Kenapa?? Kerana, berakhir sahaja musim exam, cuti semester pula bakal menyusul. Masing2 mungkin dah tak sabar nak cuti panjang. Hmm.. Sunyi sepi la IPGM lepas ni. Tinggal kami2 sahaja yg menetap di sini.


Citer tamat..


p/s : ~ Seperti bahasa Terengganu aku sudah bercampur dengan bahasa Sabah?
p/s : ~ For all IPGM's student, Gud LUCK For Ur Examination!

Monday, May 25, 2009

Keje Oh keje (Aku Budak Skema)..

0 ♥ Comments ♥

Rutin hidup aku hari2 macam ni la. Pegi keje, balik keje. Tapi aku keje petang. Start jam 4.30. Jam 6.30 aku balik solat / makan. Jam 7 sambung balik. Abis jam 9.30 atau 10 malam. Huhu.. Lepas tu pulak direct je, takde cuti. Hari2 keje. Hari pekerja pun aku keje. Kenapa?? Sebab, tempat aku keje ni (macam aku punya je) terletak kat kafeteria berdekatan dengan Hostel Pelajar (bakal2 cikgu diorang ni). So, mmg hari2 kena bukak la. Hm..aku nak cite panjang2 pun tak boleh. Takut ade yang bosan. Lagipun aku bukan la seorang pencerita yg baik. Huhuhuu.. Tak berapa pandai nak bercerita. Sungguh. Tak tipu. Ayat yg biasa keluar dari mulut aku; Nok criter / kabo pun dok reti a.k.a (Nak cerita / bagitau pun tak pandai). Macam skema je aku taip ni. Forgive me. Cerita kat atas tu tergantung la.

Hahaa.. lucu la budak ni. Dah la masuk tak bagi salam. Tiba2 je terus story bab keje. Ntah keje ape pun tak tau. Lagi satu, ape pulak kaitan IPGM KAMPUS TAWAU ni dengan aku??

Ok. Keje aku ni takde la hebat sangat pun. Just sebagai jurujual kat Koperasi IPGM KAMPUS TAWAU ni je. Aku keje kat sini pun sementara je, daripada tak buat ape2 and lepak2 je kat rumah..baik la aku buang masa aku kat koperasi ni je kan. Huhuu. Kalau ade keje yang lebih baik nanti, aku berhenti la. Lagipun aku masih ade niat nak sambung study. Insya'allah, kalau ade rezki and kalau jadi la, bulan julai ni aku dah boleh start study. Study part time je kat Pengajian Luar Kampus UMS, cawangan Tawau.

Kaitan aku dengan IPGM ni pulak. Selain kaitan keje. Ayah aku pensyarah kat sini, ajar bidang IT. That's why la rumah aku pun kat dalam IPGM ni jugak.

Gambar kat atas ni adalah gambar yg sempat aku ambik time dalam perjalanan nak balik rumah petang kemaren. Skema sungguh budak ni bercerita.

Itu sahajalah cerita saya pada hari ini. Terima kasih kerana sudi membaca. Kalau tak suka. Minta maaf. Saya tak dapat nak memuaskan hati semua orang. Kerana saya insan biasa, punya kelemahan tersendiri.

Huhuhuu...

Sekian, terima kasih.

p/s : Aku budak skema (bersebab ok!)

Sunday, May 24, 2009

Coretan Hati Seorang Insan Yang Bergelar Aku..

0 ♥ Comments ♥

Aku merasakan hidup ini indah. Sangat indah. Akal fikiran ku juga mengatakan begitu. Apa kamu juga begitu???


Yupp. Hidup ni mmg indah. Sangat indah. Tapi sayang, tak selamanya indah seperti yg kite impikan. Sebab, setiap pertemuan yg terjadi kat atas muka bumi ni....satu hari nanti, pastinya akan berakhir dengan perpisahan. Sama ada kite suka atau tidak, ia tetap akan berlaku. Dan kite harus terima kenyataan itu, walau pahit. Kenapa..!!?? Mungkin kalau takde pertemuan, takde la perpisahan kan..?? Tapi, ape la maknanya hidup ni kalau takde pertemuan.....? Hidup sorang2 je kat atas muka bumi yang luas ni, sunyi dan sepi..!!!


Orang kata.. Hidup ni ibaratkan roda. Kadang2 kite kat atas, kadang2 kite kat bawah..!! Maksudnya, ade masa kite senang. Ade masa kite susah (kan dah cakap, hidup tak selamanya indah). Jadi, moral of the story... Kite tak boleh la angkuh dan sombong, nak besar diri ke. Mentang2 la kite kaya kan, senang2 je nak buli org yg susah. Tak boleh. Tak boleh macam tu...! Hidup ni mesti slalu nak kena tolong-menolong. Fikir ek, kalau kite tak nak tolong orang yg dlm kesusahan. Nanti time kite susah, sape nak tolong kite pulak??? Time tu la, baru kite sedar, insaf dan rasa menyesal sangat2 sebab sombong, tak pernah nak tolong orang dulu. Masa tu la baru sibuk nak dekatkan diri dengan TUHAN. Mengharapkan pertolongan dari-NYA. Mungkin ade hikmah di sebalik kejadian yg berlaku. Alhamdulillah. Terbuka jugak pintu hati untuk berubah. Tapi kan, ade jugak sesetengah manusia ni jenis yg tak tau nak kenang budi. Yelah, manusia ni kan bermacam-macam ragam. Hati masing2 tak sama, lain2 (Kita berkongsi DUNIA yg sama, tapi punya HATI dan PERASAAN yg berbeza). Rambut je yg sama hitam, tapi zaman sekarang ni dah tak boleh pakai lagi dah istilah tu. Pasal, rambut dah banyak yg kaler2. Merah. Biru. Kuning. Hijau. Huhuu... Takde niat nak kutuk, cuma menyatakan ape yg terlihat dek mata.


Kadang2, dalam berkawan ni, ade jugak kawan yg suka makan kawan. Suka tikam dari belakang. Hahaa.. Faham ke?? So, moral of the story... Kite kena la berhati-hati dlm berkawan. Mesti nak pandai pilih kawan. Kalau salah pilih, hidup kite jugak yg susah. Kalau la hidup ni takde kawan, mesti tak best kan? Boring! Boring tahap maksima!! Sunyi dan sepi yg amat. Hm... Moral lagi, hargailah kawan. Hargailah mereka. Kerana, merekalah yg membuatkan hidup kite yg kosong ni terasa lebih bermakna. Lebih bahagia. Lebih ceria.


Aku..?? Aku adalah aku..!! Aku tak boleh jadi orang lain. Takkan jadi pun! Aku akan tetap jadi aku sampai bila2. Aku cuma manusia biasa. Seperti juga manusia yang lain. Punya kelemahan. Punya kelebihan. Kalau orang lain pernah buat salah, aku juga begitu. Seperti kata orang, manusia takkan pernah lari daripada melakukan kesalahan. Sama ada besar atau kecil, salah tetap salah. Kerana itulah, kite kena maafkan seseorang yg dah buat salah. Tak kira la besar mana pun kesalahan dia, yg penting, dia dah minta maaf, dan kite harus maafkan dia. Kenapa??? Kerana, kite sendiri pun pasti mengharapkan agar orang lain sudi memaafkan kite, kalau kite dah buat salah.


Last skali nak cakap. Fikirkanlah. Kenapa??? Kerana kite punya otak. Punya akal fikiran yg waras. Dan otak itu fungsinya untuk berfikir. Fikirkanlah mana yg baik, mana yg buruk. Yg baik itu jadikan tauladan. Yang buruk jadikan sempadan. Masing2 dah besar panjang kan, takkan tak tau nak fikir. Ingat! Kite ni hidup cuma sekali je. Takde dua kali, takde tiga kali. Sungguh. Tak tipu. Tak percaya, try to kill yourself. Tengok, boleh hidup balik tak?? Ohh...itu kerja gila, jgn buat!! Nyawa itu sangat berharga. Jangan senang2 je nak buang! Melalut pulak. Berbalik kepada cerita tadi. Kalau dah sampai masanya untuk kite pergi meninggalkan dunia ni, meninggalkan insan2 yg kite sayang. Kite akan tetap pergi. Tak boleh dah nak mintak supaya ditangguhkan (sebab time tu dah nazak. Sementara sempat..mengucap je la. Jangan cakap yg bukan2). Atau nak mintak supaya diberi peluang kedua?? Sorry sangat2, mmg takde. Time couple boleh la. Hakikatnya, TUHAN lebih mengetahui segala-galanya tentang hidup kite.


Aku. Aku masih ingin terus bernafas seperti biasa. Biarpun kadang2 terganggu akibat demam selesema. Udara yg kotor. Asap rokok yg sangat2 ku benci. Tak mengapa, asalkan aku masih mampu untuk bernafas. Aku rela! Biarpun kadang2 seperti mahu sahaja aku mencekik mereka2 yg menghembus asap rokok sesuka hati itu. Aku benci mereka. Sangat menyakitkan hati!


YA ALLAH.. Aku bersyukur kepada-MU. Kenapa??? Kerana kite diajar untuk bersyukur. Mensyukuri nikmat-NYA. Besyukur di atas segala pemberian-NYA yg kite miliki hari ini, saat ini. Dan sesungguhnya, aku sangat bersyukur. Kerana sehingga ke hari ini, saat ini, aku masih lagi BERNYAWA.


Alhamdulillah.


Amin.


p/s : Apakah hari esok masih ada???

Saturday, May 23, 2009

No Boy, No Cry..

0 ♥ Comments ♥
I'm so tired of being in LOVE with the wrong 'PRINCE'.. Maybe this time I just have to take a rest, enjoying myself of being 'FREE' and being a 'SINGLE PRINCESS'..

Kala Malam Bulan Mengambang..

0 ♥ Comments ♥
Kala Malam Bulan Mengambang?? Tajuk semata-mata. Tak tau pun bulan malam ni macamana. Jam kat dinding sekarang dah lewat sangat, dah nak masuk angka 2. Tapi budak yg duduk mengadap kat depan pc ni, masih tak reti-reti nak pegi tido. Sebenarnya takde ape yg penting, cuma sibuk nak siapkan blog ni. Tak tau la ape yg best sangat. Heh.

Ok. Ni blog aku yg pertama. Sebelum ni tak pernah buat pun. Tak pernah. Tiba-tiba je rasa gian nak buat satu, dan inilah hasilnya. Boringkan..??? Huhuu... Aku dah blurr. Tak tau nak taip ape lagi ni. Aku takde la pandai sangat bab nak buat-buat ayat ni.

Kenapa aku buat blog?? Ok. Aku pun kurang pasti kenapa, just suka-suka je kot. Sekadar nak share kisah hidup aku ngan korang. Korang suka..korang baca, tak suka..takpe la, aku tak paksa. Lagipun, aku jenis yg suka tulis diari. Suka sangat. Hinggalah sampai satu masa tu, aku mula rasa malas nak tulis. Kenapa?? Sebab aku malas la.. Huhuu.. Penat la nak tulis, dah tu panjang-panjang..tambah lagi kalau tulisan buruk, tensen aku.. Yang paling tak best, kalau ade orang lain baca.. Tak suka la..

Tak suka orang lain baca?? Abis tu kenapa aku buat blog ni? Hahaa.. Berbelit-belit pulak nak jawab. Ok. Blog ni bukannya aku nak jadikan sebagai diari pun, mungkin sikit-sikit tu ade la kot. Bodoh la aku kalau nak tulis rahsia aku dalam ni kan?? Abis la orang tau nanti. Aku masih waras la. So.. Aku cuma tulis ape yg patut je. Yang tak patut, aku tak tulis la (tulis ke??).

Tema?? Ntah la..bebas kot. Tak terikat. Ape yg aku nak tulis, aku tulis je. Aku punya blog, suka ati aku la kan nak tulis ape pun.. Huhuu.. Please jangan marah aku kalau blog aku ni tak best and tahap hampeh ke.. Aku manusia biasa je, dah tentu la aku tak mampu nak puaskan ati sume orang. Abaikan je blog aku ni kalau korang tak suka.

Sape-sape yg nak komen, aku alu-alukan.. Kot-kot ade yg nak bagi pendapat ke, nak bagitau kenapa blog aku ni tak best and camna nak jadikan ianya best.. Komen la, aku tak kisah. Harap dapat membantu aku. Maklum la, aku budak baru belajar..kalau salah, tolong la ajarkan..? Arigato!

Satu lagi, kenapa aku guna ayat penuh?? Macam skema je kan.. Sebenarnya, sebelum buat blog ni, aku suka jelajah blog-blog orang lain. Nak kutip ilmu. Ade la satu blog tu, dia bagitau tips-tips kalau tak nak orang bosan @ sakit ati bila baca blog kite. Tulisan jangan tulis ringkas-ringkas, risau orang susah nak faham. Bila dah tak faham, tentu saja bosan nak teruskan pembacaan. Dia tulis lagi, kalau boleh ayat jangan meleret-leret sangat. Tulis pendek-pendek je takpe, senang orang nak faham ape yg kite nak sampaikan. Tapi, rasanya ayat aku agak meleret-leret jugak la kan.. Huhuu.. Form 6 dulu, aku ambik sastera..mungkin la ade pengaruh sikit-sikit kot.

Ok! Setakat ni je la dulu.

Ni mukadimah je (panjangnye mukadimah..), sebagai pengenalan kpd blog aku. Lagipun, kalau aku taip panjang-panjang..nanti ade plak yg tak nak baca. Kenapa?? Boring!

Next time aku taip lagi. Ok!

By the way, my name is Ana a.k.a Farhana.
Berusia 21 tahun..skrg masih 20.
Lokasi, Tawau Sabah.
Asal, Marang Terengganu Darul Iman.

Salam Perkenalan..