Monday, May 25, 2009

Keje Oh keje (Aku Budak Skema)..


Rutin hidup aku hari2 macam ni la. Pegi keje, balik keje. Tapi aku keje petang. Start jam 4.30. Jam 6.30 aku balik solat / makan. Jam 7 sambung balik. Abis jam 9.30 atau 10 malam. Huhu.. Lepas tu pulak direct je, takde cuti. Hari2 keje. Hari pekerja pun aku keje. Kenapa?? Sebab, tempat aku keje ni (macam aku punya je) terletak kat kafeteria berdekatan dengan Hostel Pelajar (bakal2 cikgu diorang ni). So, mmg hari2 kena bukak la. Hm..aku nak cite panjang2 pun tak boleh. Takut ade yang bosan. Lagipun aku bukan la seorang pencerita yg baik. Huhuhuu.. Tak berapa pandai nak bercerita. Sungguh. Tak tipu. Ayat yg biasa keluar dari mulut aku; Nok criter / kabo pun dok reti a.k.a (Nak cerita / bagitau pun tak pandai). Macam skema je aku taip ni. Forgive me. Cerita kat atas tu tergantung la.

Hahaa.. lucu la budak ni. Dah la masuk tak bagi salam. Tiba2 je terus story bab keje. Ntah keje ape pun tak tau. Lagi satu, ape pulak kaitan IPGM KAMPUS TAWAU ni dengan aku??

Ok. Keje aku ni takde la hebat sangat pun. Just sebagai jurujual kat Koperasi IPGM KAMPUS TAWAU ni je. Aku keje kat sini pun sementara je, daripada tak buat ape2 and lepak2 je kat rumah..baik la aku buang masa aku kat koperasi ni je kan. Huhuu. Kalau ade keje yang lebih baik nanti, aku berhenti la. Lagipun aku masih ade niat nak sambung study. Insya'allah, kalau ade rezki and kalau jadi la, bulan julai ni aku dah boleh start study. Study part time je kat Pengajian Luar Kampus UMS, cawangan Tawau.

Kaitan aku dengan IPGM ni pulak. Selain kaitan keje. Ayah aku pensyarah kat sini, ajar bidang IT. That's why la rumah aku pun kat dalam IPGM ni jugak.

Gambar kat atas ni adalah gambar yg sempat aku ambik time dalam perjalanan nak balik rumah petang kemaren. Skema sungguh budak ni bercerita.

Itu sahajalah cerita saya pada hari ini. Terima kasih kerana sudi membaca. Kalau tak suka. Minta maaf. Saya tak dapat nak memuaskan hati semua orang. Kerana saya insan biasa, punya kelemahan tersendiri.

Huhuhuu...

Sekian, terima kasih.

p/s : Aku budak skema (bersebab ok!)

No comments: