Friday, September 04, 2009

Mercun..

Bunyi mercun, memang sinonim dengan bulan puasa. Memang sinonim sangat ah. Sampai dah naik sakit gegendang telinga aku ni terpaksa dengar bunyi mercun tu hari2, selang 5 minit sekali kot. Maksud aku, di sekitar kawasan maktab ni. Ntah ar anak sape yang main tu. Cam nak pulas2 je telinga diorang. Hahaa. Weh, siyes ni!


Aku tak suka la. Rasanya, bukan aku sorang je. Maybe ramai lagi diorang2 yang lain yang tak suka nak dengar bunyi ni selalu. kalau slow takpe. Lantak ah korang nak main tiap saat pun. Aku tak heran. Tapi bunyi dia, mak aih..yang takde sakit jantung pun boleh kena sakit jantung tau. Dah macam zaman perang dulu2 je aku rasa.


Weh adik2 ku sayang, tak takut ke..kan terbuatnya tiba2 kena tangan ke, mata, ke hidung..bla..bla..bla.... Tak Takut ek? Nanti tak pasal2 beraya dalam keadaan tak sempurna (T_T) Huhuuu...


Cakap pasal mercun, teringat kisah time kecik2 dulu. Meh nak cite sket.


~TERENGGANU,Tahun-tahun sebelum 2004~


Dulu, nih time kecik2 ni. Zaman budak2 nakal. Heh. My big brother & adik2 laki serta sepupu sepapat termasuk pakcik2 sedara, member2 sekepala diorang selalu sangat ah main mercun. Suka Sangat la diorang nak main. Kalau larang pun diorang buat tak tau je. Terutamanya time2 bulan pose camni ar. Giat btol diorang jalankan aktiviti main mercun ni. Macam2 jenis mercun yang diorang main. Aku tak la tau sangat nama2 spesifik benda yang dipanggil mercun tu. Jahil ar bab2 mercun ni. Tapi, ade ar jugak yang tau sket2. Macam mercun bola, mercun roket, meriam buluh (mercun gak kan), mercun tin (ntah ape nama dia, nih mercun buatan sendiri. Taruk serbuk belerang kat dalam tin & bakar. then dia akan meletup), mercun yang diorang ambil dari motor 2 (plug ke ape nama dia, then ikat ngan kain & lontar tinggi2 kat jalan raya, nanti kalau jatuh kat jalan, akan terhasil la bunyi macam bom tu). Haha. Gile ar game diorang nih. Ade lagi mercun yang dibuat dari besi aluminium tu. Mercun Bawang & banyak lagi la. My memory can't remembered all of that (T_T).


Sebenarnya aku pun pernah ar jugak main, sekadar cuba try test. Berani2 takut. Hahaa. Setakat main mercun bawang je kot. Ala mercun yang kecik2 macam biji limau tu, warna putih. Bunyi dia tak kuat. Cara main pun, cuma lontar kat jalan atau simen je, nanti dia meletup ar (cukup ar sekadar nak takut2kan orang). Atas rumput tak jadi kot. Mercun bola memang tak berani ar nak try, bunyi dia kuat. Sumpah tak mau. Takut oo. Belon pecah pun aku takut. Hahaa.


Kalau setakat kami budak2 pompuan ni. Memang pompuan btol ah. Huhuu. Ok. Time tu masih budak2. Budak2, biasa ar kan. Kami cuma tau main lilin je (main di malam hari). Heh. Lilin pun kau main (T_T). Selain dari lilin, main bunga api. Time tu memang best sangat ah kalau ayah bagi main lilin. Sama ada cucuk2 tegak kat pagar rumah / simen atau letak dalam tanglung kertas , bercorak yang dibeli dari kedai, ntah ar harga berapa..dah lupa (kadang2 buat sendiri je ngan kertas A4), then jalan2 la sekitar rumah jiran sambil bawak tanglung, macam comel je (time tu sume budak2 pun main, jadi memang ramai la orang). Kadang2 buat tanglung guna tempurung kelapa, kadang2 buat pakai tin (tebuk lubang kecik2 kat tin tu, then taruk lilin kat dalam. Cantik).


Kalau ayah bagi duit & izinkan..boleh ar upgrade sket, main bunga api. Haha..best btol ar jadi budak2 (^_^).


Sekarang sudah remaja maa. Masing2 dah besar panjang. Tak main dah benda2 ni sume. Ntah ar berapa tahun dah tak main. Tapi kalau ade orang ajak main..nak jugak main. Hahaa. Tak malu. Dah besar2 pun ade hati nak main lagi (T___T).


Ok. Abis dah story tentang mercun. Tu je nak story. Kenangan terindah time kecik2 (Bukan jatuh cinta ke baru disebut kenangan terindah? Huhuu) (T___T).


Malam ni macam aman je sket. Macam takde pulak budak2 ni main mercun. A'aa. Memang ah aman. Kau tengok jam dah pukul berapa sekarang (O_O). Huh!


Agak2 la kan, bila la ko nak off pc ni & pegi tido cepat2 ye Cik Ana?


Haha. Ok2. Nak p tido la ni. Hehe.


Selamat Malam semua. Jangan lupa bangun sahur nanti ek. Selamat Sahur (~_~).

2 comments:

Syariful Bahri said...

amboi,
layout baru!!!

huhu..
ak x tergolong dlm bdk2 yg main mercun sbb ak jnis yg mendengar ckp ibu bapa..
tau2 r ayah ak gane.. haha..
tu r, 5 thn doh x raye same..
erm,k r..
nk g rmh abg sabri ni..
dia ajak buke same..
berbahagialah anda kat sane..

Nurul Farhana said...

comey dop? hahaa...

ye ke,xkan ar xprnh maen mrcun kot...
huhuu...

thun ni pun rye cni lg..boring2.. =[

k ar, slmt b'bke pose..
smg b'bahagialah jgk d sne..