Thursday, September 17, 2009

Citer Kami..

Salam Khamis, Malam Jumaat.


Tak nak cakap banyak. Cuma nak taip je banyak2. Panjang2. Meleret-leret. Merepek tak tentu hala. Hahaa. Ok. Ok. Stop buang masa. Ni story, sedikit sebanyak tentang hari ni. 17 September 2009.


Bangun sahur sekitar jam 4 pagi. Sahur la. Banyak kari ayam lebih. Kari ayam yang mak beli kat restoran Seri Keningau malam semalam. Heh. Diorang adik2 dah tak nak makan. Mak ayah pun dah kenyang. Aku pun meng'offer'kan la diri untuk abiskan lauk 2, memandangkan sume orang kat rumah ni pose..jadi takde la orang yang nak makan esok. Sayang la kalau buang je kan. Bukan ke membazir tu amalan syaitan. Huhuu. Ok. Ok. Aku pun membelasah la lauk kari ayam tu sampai abis. Abis Ok. Btol2 abis.


Then, tengok 2 orang adik aku tu syok je menyentap durian sampai menjilat jari. Apalagi, aku pun sentap aa jugak 3 ulas. 3 Ulas je. Tak banyak. Err. Aku bukan peminat fanatik Cik Durian. Haha..


Kat opis, rasa macam tak sihat je, macam nak demam. Tekak rasa macam panas je, macam nak muntah. Mungkin sebab makan durian kot. Mak selalu cakap, kalau banyak makan durian..nanti badan jadi panas. Tapi, aku makan 3 ulas je. Tak banyak pun, kan? (T___T)


2, 3 kali ulang alik masuk tandas (tandas opis). Weh. Tekak aku btol2 rasa tak selesa. Perut pun cam memulas je. Ape hal ni? Then, kali yang keberapa ntah. Tiba2 aku termuntah jugak walau dah di tahan-tahan je dari tadi. Punye la banyak, lemah satu badan. Huhu. Batal tak pose aku ni?
Tanya mak ngan ayah, diorang cakap tak pe. Bukan sengaja. Maka aku teruskan la jugak pose aku tu.


Punca aku muntah sebenarnye adalah disebabkan kari ayam ngan durian tu. Mak tak cakap ape2 pun, jadi aku pun ingat tak de hal la makan kari ngan durian. Ok. Fine. Sebenarnye tak boleh, tak sesuai kari campur durian. Err. Aku serik. Lain kali aku tak nak ah makan lagi. Sumpah tak nak. Huh.


Lewat petang, lebih kurang sejam je lagi nak balik. Kami dapat satu berita yang besh gile ah. Hahaa. Esok cuti dah. Bukan pensyarah ngan student je, kami pun dapat cuti jugak. Maka, bersukaria la kami sebab esok dah boleh start cuti. Bersalam-salaman. Saling maaf memaafkan. Maklum je la, dah nak raye dah ni. Heh. Raye je baru kau nak mintak maaf ek (T___T)


Balik rumah, karen masih tak de lagi (takde karen dari petang tadi lagi. Orang Terengganu cakap tak de api. Orang luar pulak cakap, tak de elektrik). So hot la. Berpeluh-peluh. Ayah cakap, bersiap-siap la. Nak pegi makan kat luar. Sebenarnye agak malas la jugak nak ikut. Baru je balik, penat ah. Tapi, kang tak ikut..kau nak buka pose ngan ape? Mak cuma buat kuih onde2 je ari ni. Nak tak nak, ikut je la.


Kami tak pegi jauh, pegi kat restoran berdekatan ngan sekolah Adik Ain tu je. Tapi, sekali sampai sana..restoran tu tutup ah. Huhuuu. Ok. Takpe. Takpe. Takpe, dalam ati tuhan je la tau (T___T) Ye la, time tu ade dalam 20 minit je lagi nak buka pose. Ayah pun drive je la, nak pegi kat Soto Banjar pulak. Arap2, buka la. Korang teka ape jadi??? Astaga. Kedai tu tutup jugak ah. Weh. Malang btol nasib kami (T___T)


Ok. Fine. Dah nasib. Redha je la. Kami singgah kedai runcit berdekatan, beli air. Nak patah balik, dah nak azan dah ni. Agak2, beli air..leh aa buka pose dalam perjalanan balik nanti. Time kat kedai tu, aku tinjau2 ah gerai2 berdekatan. Huhuu. Terjumpa la satu gerai jual bakso, soto & sup2. Daripada tak de ape2 nak makan, aku pun beli aa bakso 2 bungkus, soto 2 bungkus. Tapau.


Seperti yang dijangkakan, on the way balik rumah..dah masuk waktu buka pose. Stop la kejap, minum & makan kuih onde2 yang mak bawa tadi. Stop kat tepi jalan ok, bukan singgah mana2 kedai. Then, teruskan perjalanan balik.


Tensen btol aa..sampai rumah, masih takde karen lagi. Weh. Karen, apsal kau tak de ah? Tak bleh aku nak online. Hahaa. Karen idup balik, lebih kurang dalam pukul 11 malam. Syukur Alhamdulillah (^__^)


Ok. Dah abis. Macam laju je aku story kan. Macam pulak aku kejar something. Huhuu. Ok Ah. Tu je la story ari ni.

No comments: