Sunday, January 17, 2010

Save Your Money Again. Repair Your Sony Ericsson.

Seperti yang sume orang tau, handphone jenama sony ericsson ni, kos repair dia mahal sikit berbanding handphone nokia. Laen² handphone aku tak tau. Kalo hantar kat kedai untuk format atau program semula, paling kurang pun mesti nak kena bayar RM50 or maybe RM80. Kan? Tolong betulkan kalau aku salah.


Jadi, hari ni..aku nak kongsi la ngan korang macamana caranya nak repair sendiri handphone sony korang tu tanpa hantar kat kedai. Tapi, kalo rosak skrin / LCD, bateri, keypad tak berfungsi ke ape ke, cas tak masuk, sound tak boleh dengar..bla..bla..bla..yang tu tak dapat la nak tolong, sure kena hantar kedai. Kerosakan yang dimaksudkan kat sini......

Ok. Macam ni la, nak explain panjang lebar pun, tak berape pandai ni. Sebab ni pengalaman aku sendiri. Hari tu, sony ericsson cyber-shot aku ade probs sikit. Tiba² dia buat hal. Dapat hantar mesej, tapi tak dapat terima mesej. Faham? Maksudnye, kalo kite hantar mesej kat sape²..mesej tu sampai kepade penerima tu. Tapi, kalo penerima tu reply, mesej tu takkan sampai kat kite. Memang tak dapat punye la. Tu je masalahnye, tak dapat terima mesej.


Pening jugak la kepala aku pikir kenapa jadi macam tu. Nak kata masalah setting, semua dah betul. Aku tak de kacau ape² pun. Dan, aku dah try format sendiri..tapi still jugak macam tu. Nak kata masalah simcard, pun tak jugak. Sebab, kalo pasang simcard kat handphone laen, dia ok je.

Rujuk kawan, dia cakap aku kena programkan semula handphone tu. Tak laen tak bukan, kena hantar kedai la kan. Masalahnye, sebelum ni dah pernah jadi macam ni. Aku hantar la ke kedai dan kena bayar RM50 untuk programkan semula handphone tu. Then, bila jadi balik. Rase cam rugi pulak nak hantar lagi sekali untuk masalah yang same. Jadi, aku try la dapatkan maklumat kat internet macamana nak repair handphone sendiri. Then, aku jumpe la penyelesaiannye. Tak payah la hantar pegi kedai, bazir duit je kan.

Kat internet ni, macam² maklumat boleh dapat..yang penting, usaha je lebih sikit. Meskipun tak faham sangat bahasa inggeris * Macam aku ni la. Huhuu (T__T) *, buat² je la faham. Tak pun, belek je kamus..bukan susah. Kan? Lari dari topik sikit. Hahaa.

Ok. Bagi kerosakan laen, boleh try jugak cara ni. Contoh kerosakan :
  • Tak dapat buat panggilan atau sebaliknye
  • Selalu hang, tak pasal² dia restart sendiri
  • Tak dapat nak play MP3
  • Dan laen² yang sewaktu dengannye la (Program sahaja)
Sebelum mula. Pastikan korang ade wayar USB untuk sambung handphone korang tu ke PC, tau kan? Good (^__^). Pastikan juga, ade internet connection.

Dah sedia. Ok. Here we go. Sebenarnye, korang perlu UPDATE je handphone korang tu. Cukup simple. Tapi, makan masa sikit la. Lepas dah update, insya'allah, handphone korang akan OK balik. Tak de ape² kerosakan pun boleh update jugak. Lagi bagus. Bak kata SONY ERICSSON;

"...Updating your phone means better performance, new applications, the latest features, and less problems. It’s free and it’s our commitment to giving you the best Sony Ericsson experience. Updating is simple. Just download the free Update Service application and follow the instructions...".

Macamana nak update? Kat mana nak dapatkan aplikasi update service tu? Ok. Pegi kat website ni, SONY ERICSSON.

Langkah-langkah seterusnya :
  • Pilih jenis telefon
  • Klik Download Now
  • Save File
  • Install file yang dah download tadi ke PC
  • Dah install. Ok. Boleh mula run aplikasi tu (Sofware Update or Update Service Setup).
  • Ikut je la arahan yang dia bagi tu. Tak tau dah nak explain macamana (^__^)
  • Lupa nak cakap, pastikan korang dah backup dulu data² yang ade dalam handphone korang tu. Nanti bila dah update, semua data² yang ade dalam handphone akan hilang (Simcard ngan Memory Card tak terjejas, don't worry). 
p/s : Wish you, semoga berjaya la. Tak faham, boleh tanya. Ok. Take care..

2 comments:

Anonymous said...

perlu memeriksa:)

Anonymous said...

selepas update, masih x dapat terima mesej lah.. tau x nak wat cmne???dah x tau nak wat apa