Saturday, October 31, 2009

Patah Hati..

2 ♥ Comments ♥

HariItu+HatiJatuh+SeseorangKutipDanBawaIapergiBersama+
TapiSemalam+DiaPulangkan+DahTakSempurna+HatiPatah+
TerkilanSikit+TerkejutMungkin+SedihSayu+MenangisTidak+
CumaSedih+Sedih+Sedih+Sedih (T__T)

* Sebelum ni pun dah pernah patah berkali-kali, ape la sangat kalo patah lagi sekali. Esok-esok baik la balik. Kalo patah lagi pun, ape boleh buat. Terima je la. Hati memang keras. Tapi, setakat mane sangat la keras hati perempuan *





Ok. Tinggalkan cerita di atas. Tidak faham langsung jalan cerita (T__T)

Hari ni, aku pegi bandar * Ceh. Pegi bandar pun bagitau, macam la tak biasa pegi (T__T) *. Ok. Ok. Hari ni, aku pegi jawab test komputer (drive). Bersame same menjawab test, adelah Sis Esni dan Sis Misa serta Bro Sabri. Tapi aku lambat datang, jadi terpakse tunggu lame sikit memandangkan banyak btol manusia2 laen yg datang jawab test ari ni. Sis Esni lulus. Sis Misa, terpaksa mengulang * Sebenarnye dia nak tangguhkan ke minggu depan, tapi ntah la ape hal diorang yg jage kaunter tu tak bagi. Nak tak nak, dia terpaksa jawab jugak. Takpe Kak, usaha lagi ok. Gud Luck *. Bro Sabri pun lulus jugak. Aku? Semestinye la. Hahaa. Ok. Ok. Tak baik riak. Syukurlah lulus, aku memang malas nak ulang balik. Step seterusnye, masuk bengkel. Tapi, tunggu gaji dulu la..huhuu (^__^) . Nak kena bayar RM 200 lebih kalo tak silap * Haish. Mane nak cekau duit ni? *


Abis test, Bro Sabri belanje makan * Sebenarnye time tu, memang tinggal aku ngan dia je pun. Kak Misa ngan Kak Esni dah balik *. Lepas makan, dia ikut haluan dia. Aku ikut haluan aku. Kalo ikutkan, dia tak kisah pun nak temankan aku pegi bank. Then pegi beli barang. Tapi, aku pulak yg kisah. Sebabnye. Ntah la. Aku lebih suke nak jalan sendiri. Berdua memang lebih baik. Mungkin la. Tapi, aku lebih selesa sendiri. Err..kalo ramai2, ok kot. Heh.


Pegi bank, kuarkan duit sikit * Kalo banyak pun, takkan ah aku nak cakap. Diam2 sudah (^__^) *. Then, singgah kedai ape ntah. Rembat tudung dua helai * Perkataan rembat tu memang bunyi macam kasar. Beli la *. Singgah lagi kedai jahit yg dekat ngan Kedai Kain Emandira tu. Kedai Jahit Cahaya kot name dia, kalo tak silap la. Aku memang selalu pegi kedai tu. Dah biasa. Jahitan dia cantik. Kemas. Harga, boleh la kot. RM 30, baju kurung biasa (tradisional). RM 35, baju kurung riau atau perkataan laennye pahang * Promote (^__^) *. Laen2 fesyen, tak payah tanye..aku tak tau. Heh. Aku singgah sebab nak ambik baju yg hantar 2 minggu lepas. Then, blah. Menapak lagi ke Parkwell. Beli barang yg mak pesan. Selesai. Malas ah nak pegi merayau ntah mane2. Terus aku pegi Stesen Bas. Terserempak ngan jiran kat atas rumah. Rina ngan Bro dia, Felix. Balik same2.


Ok la, setakat ni je. Nak stop dah. Selamat Malam Semua.

Thursday, October 29, 2009

Penganggur Sejati Tawau. Mungkin. Sila Ambil Perhatian..

0 ♥ Comments ♥
Ok. Aku malas nak explain, malas nak cakap banyak2 * Heh. Banyak la kau punye cakap. Taip daa (^__^) *. Whatever la. Bace tulisan2 kat bawah ni, ok * Lagi sekali. Taip la Cik Ana, bukan tulis (T__T) *.


Khas untuk makluman Penganggur2 Sejati Tawau. Tak sejati pun boleh jugak. Heh (^__^) Sila bace dengan teliti. Then, kalo berminat. Sila ambil tindakan segera, ok. Kalo berminat la. Aku cuma nak share je.



JEMPUTAN KE PROGRAM PENEMPATAN PEKERJAAN (3P)


Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Tenaga Kerja Sabah, Kementerian Sumber Manusia akan menganjurkan Program Penempatan Pekerjaan (3P) pada ketetapan berikut :


Tarikh : 31 OKTOBER - 1 NOVEMBER 2009 (SABTU DAN AHAD)


Masa : 8.00 PAGI - 5.00 PETANG


Tempat : DEWAN MASYARAKAT TAWAU, SABAH


Antara aktiviti yang dijalankan adalah temuduga terbuka dengan sekurang-kurangnya 1,460 jawatan kosong untuk pelbagai kategori dan peringkat, ceramah kerjaya, pameran dari jabatan-jabatan dan agensi-agensi berkaitan, pendaftaran dan pengemaskinian pencari kerja, pameran kerjaya dan khidmat nasihat kerjaya.


Pihak tuan adalah dijemput hadir beramai-ramai dengan membawa dokumen asal dan salinan sijil-sijil akademik dan resume. Sila berpakaian kemas untuk menghadiri sesi temuduga yang dijalankan serta-merta pada program tersebut.


Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 089-761695 (Untuk Perhatian : Encik Abdul Halim Abdullah / Encik Mohd. Redha / Encik Mohd. Razif).


Sekian, terima kasih.


Unit Perkhidmatan Pekerjaan, PTK Tawau

Wednesday, October 28, 2009

Ok. I Need A Boyfriend..

3 ♥ Comments ♥
?????

Saturday, October 24, 2009

Ini Hali Punya Celita..

0 ♥ Comments ♥


Ok. Fine. Saje je. Takde ape yg penting pun nak cakap. Boring ah. Ari ni macam biasa, keje. Tapi..memang busy gile. Busy. Bukan gile (^__^) Dari awal pagi sampai la ke petang. Banyak sangat keje nak kasi settle. Last2 nak balik tu pun masih lagi kelam kabut siapkan keje. Sekarang, lega. Agak senang ati. Esok cuti. Boleh la nak rehat2 sikit.


Aku ade mintak ayah ajar aku drive kereta ayah. Banyak kali dah. Tapi ayah busy. Lagi satu, dia cakap..kereta dia besar. Mungkin susah aku nak drive. Heh. Belum cuba belum tau. Huhuu. Aku macam dah gian sikit nak belajar sekarang. Dulu time abang aku ade kat sini, aku tak pulak nak belajar ngan dia. Sekarang dia takde, nak pulak aku belajar. Kalau dia ade, boleh la dia ajar. Tak payah susah2 aku nak mintak ayah ajar. Bro..! Balik sekarang! (T__T) * Adik aku yg study kat Matrik ade balik rumah, semalam baru sampai. Aku 21. Dia 18. Sekurang kurangnye, dia tau drive dan pernah drive. Aku? Haram! Dua lagi adik lelaki aku, sorang 19. Sorang 16. Senang cakap, sume adik2 aku tau drive. Aku je ni yg tak tau. Memang ketinggalan btol. Adik ain tak termasuk *.


Minggu ni takde kelas drive. Rabu ari tu aku baru daftar untuk ujian komputer. Rm 77. Daftar je dulu. Then, sabtu depan baru pegi jawab ujian. Mintak2 la boleh jawab dengan baik ujian tu nanti. Malas ah kalau kena ulang2. Bukan free. Bayar lagi rm 30. * Macam ah duit aku banyak sangat. Huhuu *. Lepas settle ujian komputer. Baru masuk bengkel. Kalau tak silap aku la. Cam tak sabar je nak cepat2 dapat lesen (^__^)


Ok la. Tak tau pun nak story ape lagi ni. Next time ah lagi. Gud Nite'z.

Monday, October 19, 2009

Celcom Broadband???

0 ♥ Comments ♥
Sekarang bukan siang, yg cahayanye terang memancar. Panas. Tak hujan. Tak ribut. Sekarang malam, yg di langit bintangnye tak kelihatan * Ok. Aku tipu je. Takde pun aku pegi check ni malam di langit ade bintang ke tak *. Sambung. Sekarang mood aku macam nak marah2 orang je, tapi saje buat2 cool. Buat2 best. Buat muka baik dan comel. Haha. Tapi dalam ati. Aku rase cam nak je aku tampar2 manje pc ni. Nak tengok orang yg bertanggungjawab dalam hal ni ngan mata yg besar, bulat dan tajam. Pandangan seperti orang lapar yg amat, macam nak makan je dia idup2. Pandangan yg membunuh * Pandangan je, aku tak belajar lagi cam mane nak kill someone. Erk. Agak2 nak rase menginap dalam penjare, buat la. Best ape, makan pun free. Tak payah bayar sewa, bil air, api ape sume. Sume free. Tinggal kau duduk je diam2, try jadi budak baik. Nak?? *.


Ok. Aku saje cakap lebih2. Ayat2 di atas adelah sekadar perkataan semata-mata. Hahaa.


Fine. Fine. Fine. Aku geram ni. Geram btol. Apsal weh, line internet ni makin ari makin buat aku rasa cam nak makan2 je dia. Lambat sesangat. Line ok. Full. Abis, apsal nak bukak satu2 page..lambat yg amat. Lembab. Macam kura2. Kadang2 langsung tak boleh nak bukak. Macam nak cakap je kat celcom broadband aku neh, " Ko ape hal cari gaduh ngan aku neh, dah puas idup ke??? ". Huhuu. Apsal ah?


Aku bayar ah celcom broadband ni, bukannye tak bayar. Siap bayar lebih lagi. Jadi kenape layanan seburuk ini yg aku dapat (T__T) Ceh. Emo lelebih. Huhuuu. Salah sape ni? Aku ke? Ape hal lak salah aku, ape yg aku buat? No. No. No.


Ok ah. Dah tak tau nak cakap ape lagi. Bosan nak cakap banyak2 * Heh. Kau cakap ke, kau taip ni? Lantak ah. Ade aku kesah *. Cakap beribu perkataan pun tak guna. Macam ah line ni akan ok. Takde maknenye. Tido lagi baik.


Selamat malam sume. Don't forget, basuh kaki dulu. Bace doa. Ok, dah boleh tido. Tido baik2. Semoga mimpi indah2.

Sunday, October 18, 2009

Langkah Baru..

0 ♥ Comments ♥
Hari ni, aku mulakan 1 lagi langkah baru dalam idup aku. Melangkah dengan penuh semangat yg membara bak bara api. Berkobar-kobar dan berkibar-kibar macam kain bendera MALAYSIA bila di tiup angin sepoi sepoi bahasa. Heh. Macam penting sangat je bunyinye kan..? Hahaa. Saspen. Takde la, don't be so serious. Hari ni aku mula mendaftarkan diri dalam kelas memandu. Daftar di Institut Memandu Tawau, berhampiran kem tentera (kalau tak silap la).


Maka, pagi2 lagi aku dah mula bersiap. Ayah hantar. Sebabnye, seawal jam 7 sepatutnye dah tercegat kat sane. Tapi, disebabkan rumah aku ngan bandar jauh. Jadi, jam 7.30 pagi baru sampai. Sampai2 je, terus daftar. RM 170 sebagai permulaan. Kumpul dulu ngan member seangkatan, then masuk kelas. Kelas for what? Dengar ceramah la, 5 or 6 jam. Huhuu. Bahasa Inggeris yg aku taip tunggang langgang. Sorry. Penulis memang K.O sikit BI (T__T) Paling membencikan, aku asyik tersengguk-sengguk je time dengar ceramah tu. Masuk telinga kanan, kuar telinga kiri. Ilmu tak lekat. Melayang ntah ke mana. Aduhai, pe hal la mengantuk sangat tadi. *Aku rasa, aku salahkan aircond dalam bilik tu sebab sejuk sangat sehingga terasa ke tulang sum-sum. Aku salahkan cahaya lampu dalam bilik tu yg terang sangat sehingga mata aku silau silau. Aku salahkan.. Err..aku salahkan diri sendiri. Sebab semalam tido lewat, sape suruh..kan? Hahaa*.


Antara bebudak maktab yg join jugak buat lesen ni, Kak Esniyarah, Kak Misa, Kak Asriah, Kak Jamiah, Yuslee, Zaida, Fazlan, Bilal & Sabri (kalau tak silap aku la). Heh. Ntah la apehal tetibe je ramai pulak budak maktab buat lesen. Kami tak rancang pun. *Masing2 dah ade kesedaran nak memajukan diri sendiri. Mungkin*.


Ok la. Tadi aku memang semangat gile nak create entry ni. Memang. Tapi sekarang, aku mengantuk ah. Mengantuk sangat. Lagipun, esok keje. So. Aku stop dulu la. Next time kalo rajin, nanti aku cite lagi.


Take Care. Selamat Malam.

Wednesday, October 14, 2009

Jamuan Raya..

0 ♥ Comments ♥
Sesi bergambar sebelum makan. Sebenarnye orang lain tak sampai lagi,
kami dah lapar ni (T__T)

5 dara pinggitan (no 1 ngan no 2 dah kawen, harap maklum). Huhuu.
Tunggu time makan lambat lagi..


Me & Kak Asriah. Apehal posing aku sume same je? Hahaa..

Sis Ana & Sis Aimi.

Nasi beriani (feveret pengarah)

Ayam masak kurma. Kurma takde pun? Huhuu.


Tu je gambar2 nak kongsi. Tak banyak pun, kan? Huhu. Ni jamuan kemaren, pukul 1 sampai pukul 2 tengahari. Anjuran pengarah, Puan Hajah Masni binti Madat. Sebenarnye, ade lagi lauk2 lain. Tapi aku malas nak snap, nanti kan tak pasal2 kena cop 'tak sabar nak makan'. Hahaa. Tapi, memang ye pun. Dari pagi aku tunggu, sebabnye..perut dah lapar sangat, takde makan ape2 (T__T). Time bergambar ni, masih ramai staf yg belum datang. Ok la. Malas nak cakap banyak. Macam takde mood je. Ari ni, keje banyak btol. Ade lagi, esok sambung. Huhuuu. Penat ah. Selamat malam.

Tuesday, October 13, 2009

Moment..

0 ♥ Comments ♥
Adik Ain ngan Aku. Ayah snap.


Mak ngan Ayah terchenta..!


Suka sangat kacau aku time nak snap picture..huhuu.


Sebenarnye, takde ape pun nak cakap. Ni gambar2 tadi, kami pegi bandar jap beli barang2 dapur. Then, singgah makan kat Restoran Sri Pantai ni.

Sunday, October 11, 2009

Celoteh Aku..

2 ♥ Comments ♥
Lame tak merepek. Malam ni aku kepingin nak merepek (T__T) Huhu. Ntah ape2. Takde ah, aku saje je cakap camtu. Ape, ingat aku suka sangat ke merepek tak tentu pasal. Banyak lagi la keje lain yg aku boleh buat daripada merepek je. Cuma, ye la. Aku gian nak taip something ni. Hahaa.


Sebenarnye, aku ade keje nak kena buat. Tapi aku malas lagi nak buat, jap lagi la aku buat kot. Arap2 la tak ambik mase lame, just list down nama2 student KISSM JUN 2009. Senaraikan nama student ngan nama sekolah tempat diorang mengajar. Esok jabatan aku nak guna dalam mesyuarat. Heh. * Siap la kau kalau kau tak siapkan keje tu malam ni jugak. Memang nak kena ah kau esok (T__T) * (semalam aku dah buat separuh, then mata aku macam mengantuk sangat je. Memang tak boleh nak tahan. Aku stop la. Save baik2 dalam pendrive. Then aku online. Eh, elok2 pulak mata aku takde mengantuk. Hahaa. Nampak sangat keje tadi tu buat aku rasa mengantuk cam nak tido. Hampeh).


Tadi mak cakap, nanti bulan depan mak nak balik Terengganu. Lepas sekolah adik ain cuti. Maybe 25/11/2009. Nanti, bulan 12 baru balik sini lagi. Huhuu. Aku??? Sedih nak cakap, aku takde peluang nak balik. Ye la, aku kan keje. * Time kau tak keje dulu boleh la kalau kau nak balik sana sebulan pun, sekarang kau keje..jangan pulak memandai-mandai nak mintak cuti sebulan *. Jadi, nanti aku stay ngan ayah je la kat rumah. Ayah balik, tapi lepas settle keje. Kontrak aku abis 01/01/2010. Takpe la. Tunggu abis kontrak dulu baru la boleh balik Terengganu lame2. Aku plan..lepas ni nak stay sane, then cari keje kat sane je. Aku dah lame sangat kat Sabah ni, dah sampai mase aku rasa aku nak sangat pindah duduk kat Terengganu balik. Rindu ah kat kampung halaman tercinta. Hahaa. Skema gile ayat. Siyes ni, aku memang rindu sesangat nak pindah balik kat Terengganu. Huhuu. Nanti aku create entry 'kenapa aku suka Terengganu?' (T__T).


Tengok ape aku buat. See. Aku sedang merepek sekarang. Perangai memang tak boleh nak blah. Tapi, tak kisah la. Aku punye blog, aku punye suka la kan. Hahaa. Sorry. Sorry. Sorry.


Two minute. Aku pikir jap, ape aku nak merepek lagi ni.


Ok. Dah dapat. Korang nak tau??? Huhuu. Perasan best je aku ni kan. Macam la ade orang baca. Takpe. Takpe. Just nak bagitau. Aku sangat zero dalam hal2 kereta ni. Zero. Aku langsung tak tau ape2 pasal kereta. Yg biasa2 tu tau la, tapi yg luar biasa tu aku tak tau. Heh. Ntah ape je aku merepek ni. Macam ni, 2, 3 ari lepas..aku tiba2 je terpikir nak pegi daftar kelas memandu. Nak buat lesen kereta. Ye la, time ade duit ni la nak buat ape2 pun boleh..kan. Nanti time pokai susah pulak. Masalahnye. Aku macam tak berapa nak yakin je aku nak belajar drive ni. Nak tu memang la nak belajar. Tapi, macam tak berapa nak bersungguh-sungguh sangat. Takut kot. Hahaa. Selama ni aku cuma tau bawa motor je. Kereta? Haram. Nak panaskan enjin pun aku tak tau (T__T) Haih. Sebut pasal motor ni, ade satu kisah tentang motor. Nak tau? Bace kat bawah.


Tahun 2005 dulu, aku pernah eksiden motor. Nak ajar kawan bawa motor konon, bajet aku pandai sangat la ni kan. Pinjam motor abang, time tu dia tengah main bola kat padang. Abang tak bagi, aku buat muka seposen je. Lantak ah, aku nak jugak. Then, kawan duduk kat depan. Dia bawa. Aku bonceng kat belakang. Kami pusing jalan kat dalam maktab ni. Berdepan ngan hostel student. First round, ok. Dia excited. Aku bagi dia bawa 1 round lagi. Second round..ntah macamana kami tak lepas benteng jalan. Ape lagi, terlanggar la benteng jalan tu. Dah tu, bukan alang2. Dua dua terpelanting masuk longkang, dengan motor2 sekali. Tapi kan, yg aku herannye, sampai sekarang ni..memori time terpelanting nak masuk longkang tu, takde. Hilang. Macam aku takde langsung ingatan time jatuh tu. Ntah la. Dalam pada nak menyelamatkan kami ni, ade jugak kejadian yg agak lucu la bagi aku. First. Kawan kami, Syidah. Dia punye la panik berlari lari nak tengok keadaan kami..last2 dia pulak yg terjatuh longkang (longkang seberang jalan). Time tu dia pakai seluar pendek. Ape lagi, abis dia punye paha tu tercalar, luka2 kena simen longkang. Second. Abang aku hantar aku pegi hospital pakai kasut sebelah, pakai selipar sebelah. Ape punye perangai da. Hahaa. (dia main bola pakai sebelah je kasut, tu pasal la macam tu). Keadaan aku masa tu takde ah teruk sangat. Muka je bengkak yg amat. Kepala pun ade luka sikit (terima 3 jahitan, kena tahan kat hospital 1 ari). Tapi darah punye la banyak kuar, sampai ayah pun panik. Sungguh, aku nampak kasih sayang ayah. Aku nampak betapa risaunye ayah tengok keadaan aku time tu. Jadi aku tau, walau perangai aku degil macam ape pun..ayah tetap sayang aku. Huhuu. Ayah yg pangku aku time dalam kereta, on the way ke Hospital Besar Tawau. Baju ayah kaler putih. Dah tu kena darah kat kepala aku, terus baju dia berlumuran darah. Aku pulak yg panik tengok (time tu aku sedar tak sedar je. Pejam celik, pejam celik. Tak tau ape2. Tapi aku sempat dengar ayah membebel-bebel pasal aku degil, tak dengar cakap). Heh. Sorry dad. I know. Lupa nak cakap, kawan aku luka kat tangan. Ok la. Dah panjang sangat aku taip nih.


Lagi story? Takde dah kot. Aku tengok kiri kanan tadi. Ternampak la fail KISSM JUN 2009 tu. Jadi, aku terpaksa stop la sekarang. Kalau tak stop, keje KISSM tu tak sempat nak siapkan pulak nanti. Lagi satu, risau nanti aku merepek banyak sangat. Hahaa. Dah. Dah. Pegi buat keje cepat.


Ampun maaf kalau aku ade salah cakap. Ok. Selamat Malam.

Monday, October 05, 2009

Aku, IPGM Kampus Tawau Punya Story..

0 ♥ Comments ♥
Huh. Cakap emo, nih apesal senyum2 pulak ni??

Salam Isnin.


Hari ni, tiba2 je aku selesema. Ntah la ape pasal, tak tau. Agaknya sebab kurang mandi kot? Hahaaa. Siyes la. Rasa sungguh tak selesa. Asyik sedut hingus je dari tadi (kalau siput sedut takpe la jugak, sedap. Hahaa). Tadi aku dah telan dua biji panadol. First sebiji je. Abis, hingus masih kuar jugak. Then, aku telan la sebiji lagi. Weh. No respon la. Frust btol. Apesal la hingus aku ni masih nak kuar ek?? Tak reti nak duduk diam2 je ke kat dalam tu?? Benci ah.


Aku tak tau kalau aku silap, tapi rasanya dah masuk 6 hari dah maktab ni takde air. Bosan btol dengan masalah takde air ni. Kalau jarang berlaku takpe. Ni dah banyak kali berlaku, kerap sangat. Apehal? Tak la aku tau. Tapi, pendapat aku la..walau ape pun sebabnya..pihak yang bertanggungjawab sepatutnye try la sedaya upaya untuk settlekan probs ni secepat yg mungkin. Jangan la sampai berminggu-minggu (sebab dulu pernah berlaku, sebulan lebih takde air..time cuti pulak tu..bayangkan la nasib kami yg kampung jauh ni, kalau kampung dekat..leh la balik stay rumah nenek).


Lagi satu, kami kat IPGM Kampus Tawau ni..bukan sorang dua je tau. Tapi, beratus-ratus orang. Ke beribu-ribu? Ntah ah, not sure pulak. Kalau setakat kami yang tinggal kat quarters ni, mungkin tak kisah sangat la sebab air kat tangki bawah sekurang-kurangnya boleh la tahan untuk 3 minggu or lebih. Jadi, takde la susah sangat hidup. Turun bawah, angkat je air bawa naik ke atas (rumah aku tingkat 1). Tapi, macamana pulak nasib student2 yg tinggal kat hostel IPGM Kampus Tawau ni? Tak ke kesian kat diorang, nak kongsi air ramai2..dah tu sekejap je guna, dah pun abis. Tunggu lori hantar, nak kena beratur lagi baru boleh dapat air. Student yg dah lame stay sini, aku rasa no hal la. Sebab diorang dah biasa lalui saat2 macam ni. Dah terbiasa sangat. Dah lali. Mungkin diorang dah ade simpanan awal2. Tapi, aku terfikir.. Macam mana la reaksi student2 baru yg baru je menghuni IPGM Kampus Tawau ni nak menghadapi situasi takde air ni? Bersediakah diorang dengan situasi seperti ini??? Insya'allah, harap2 semua ok la. Takde masalah. Harap2, semua cekal dan tabah hadapi situasi ni.


Erk. Aku selesema ni, mungkin sebab masalah takde air ni la kan? Abis, air takde. Terpaksa la jimat2. Mandi pun ala kadar je, asal mandi sudah. Huhuuu.


Satu hal lagi yang buat aku emo la sikit. Dah la takde air, aircond kat pejabat pun tak leh nak jalan sebab takde air ni la. Kalau la pejabat tu macam rumah, ade tingkap banyak, then semua boleh bukak. Ok la kan, ade jugak angin masuk. Sejuk jugak ati aku. Takde ah panas menyengat sangat. Ni tak, tingkap 2, 3 je yg boleh bukak. Tak semua. Tau2 la kan, kalau tempat tertutup ni, panasnye lain macam la sikit. Maka, kau panas tak panas, kau stay jugak situ, buat keje sampai siap. Tak boleh nak blah. Keje punye pasal, ape boleh buat. Terima je la seadanye (T__T)


Well. Aku story probs ni, bukan sebab nak merunggut sangat. Cuma, aku takde modal nak story ape.. (tapi tangan gian nak menaip) Jadi aku story la pasal probs ni. Ni semua berlaku, ade la hikmahnye tu. Ujian dari Tuhan. Mungkin. Ayat2 hiperbola yg aku taip tu sengaja di tambah untuk menyedapkan cerita. Sengaja kasi gempak sikit. Hahaa.


Penipuan yg aku ade2 kan dalam story ni..(ini yg sebetulnye)
  • Pengeluaran hingus aku takde ah teruk sangat pun..sebelah je.
  • Aku tak susah2 pun angkat air dari tangki bawah, sebab rumah aku guna pam untuk sedut air dari bawah naik ke atas. Cuma sediakan baldi, besen, tong dan lain2 untuk tadah / simpan air tu dari dapur.
  • Walaupun takde aircond, tapi meja keje aku ade kipas. Jadi takde ah panas sangat. Aku saje je cakap emo2 tadi. Huhuu. Tapi, ye la.. Dingin dan sejuk aircond kan lebih best dari angin kipas.
  • Aku takde ah stay kat meja keje aku je sepanjang ari tadi, ade jugak aku lari, jalan2 kat bawah, stay kat bawah sejam lebih sebab mintak tolong Kak Ema telefon pelajar2 KISSM, pegi kantin beli air, pegi tandas kat bawah sebab kat atas takde stok air... Eh, takkan la semua benda aku nak story. Huhuu.
  • Tu je..... (^__^)


Ok. Selamat malam. Have A Sweet Dreamzz!

Sunday, October 04, 2009

Benar - Benar By Adam

0 ♥ Comments ♥
Sayang, ku benar-benar cinta…

Semalaman ku tak kering mata

Didukung kekabu melapik pilu
Mengharap esok bisa menjanjikan sebuah lembaran baru

Sejak kita berdua berpisah

Aku tak habis-habis gelisah
Apakah itu tandanya bahawa…

Ku benar-benar cinta

Ku benar-benar sayang
Tak terjawab bila hati bertanya ke mana kau hilang

Ku benar-benar cinta

Ku benar-benar sayang
Suluhkan gelita kalbuku terang

Semalaman lagi bersendiri

Parahnya diseksa sunyi sepi
Beginikah perasaan pabila kita disisih cinta

Ku sangka ku tabah berdikari

Rupanya rapuh untuk berdiri
Kembalilah kau kepada ku kerana…

Ku benar-benar cinta

Ku benar-benar sayang
Tak terjawab bila hati bertanya ke mana kau hilang

Ku benar-benar cinta

Ku benar-benar sayang
Suluhkan gelita kalbuku terang

p/s : Saje nak post, tak bleh ke??

Saturday, October 03, 2009

Aku..

0 ♥ Comments ♥
Tak tau la kenapa aku kena taip entry tadi tu. Rase cam tak de makne je. Masalahnye, sekarang aku lupa dia. Esok2 nanti, aku ingat dia balik. Tu yg aku bengang tu. Kalau macam ni, sampai bila2 pun masalah ni takkan selesai. Salah sape? Salah diri sendiri (-__-)

B.E.N.G.A.N.G

0 ♥ Comments ♥
Aku rasa aku nak taip something, tapi tak tau ape. Jap aku fikir (biasanye kalau aku dah taip sikit, nanti datang ah idea nak taip ape).


Perasaan sekarang macam2 ade. Tapi yang paling kuat, mungkin perasaan BENGANG (Er..ni melibatkan perasaan aku, korang tak baca pun tak pe. Aku suka2 nak tulis, nak lepas geram kat diri sendiri). Seperti yg aku cakap tadi, aku rasa BENGANG sangat sekarang ni.


Aku malas nak story pasal benda ni banyak kali. Tapi setiap kalinya, perasaan tu datang jugak tanpa rasa bersalah. Dah tentu la aku bengang. Aku bengang, kenapa aku masih ingat dia. Eh, cukup2 ah. Sampai bila kau nak macam ni? Lagi bengang, bila aku rasa aku rindu dia. Eh, apehal kau nak rindu2 dia. Apehal??? Tak payah nak feeling2. Dah banyak kali aku cakap, just forget about him. Takde gunanye kau nak ingat2 dia, nak rindu2 dia. Takde gunanye.


Kau nak ape? Banyak lagi lelaki kat dunia ni la, apehal kau masih nak ingat2 dia lagi. Apehal??? Aku bosan la nak cakap pasal benda ni, benda yg sama. Berulang-ulang.


Aku tau aku tak kuat. Aku tau. Tapi aku cuba sedaya upaya aku untuk lupa dia. Jadi, tolong la..jangan sia2kan usaha aku ni. Aku dah tak larat. Sampai bila aku nak terus berperasaan macam ni? Lupa dia sekejap. Then, tak lama nanti..ingat dia lagi. Eh, sampai bila ah kau nak macam ni. Dah lupa tu, lupa je la terus. Tak payah nak ingat2 lagi. Ape, kau ingat..dia masih ingat kat kau. Eh sorry la. Kau, dah takde dah dalam kamus idup dia. Dah takde. Faham???


Ape susah sangat. Kau bercinta dengan dia, sekejap je. Bukannye lame sangat pun. Jadi, apehal kau punye susah sangat nak lupa dia ni?? Apehal??? Kau punye la dah jauh macam ni, dah bertahun-tahun tak jumpe dia..kau masih nak ingat dia lagi. Kau apehal???


Mungkin la sebab kau dah lame gila kenal dia. Mungkin la dia dulu besfren kau time form 2, form 3. Baik sangat2. Then masing2 ade hati. Tapi tak pernah kapel. Main tarik tali je. Diam, tak berani nak cakap ke ape ntah. Sampai kau pindah sini. Tapi masing2 still simpan perasaan. Kau tunggu dia cakap. Dia tunggu kau cakap. Then, tahun lepas (after 6 year)..akhirnya kau kapel jugak dengan dia, tu pun lepas dah bermacam-macam dugaan dan rintangan kau harungi. Percintaan jarak jauh. Tak jumpa, tak ape2..then kapel je melalui sms. Time tu, kau happy gila. Macam dunia ni kau yg punye. Memang perasaan penuh bunga2 cinta la. Macam lagu saleem nyanyi tu, "Bertahun sudah ku menunggu dirimu, akhirnya kau menjadi milikku". Tapi sayang, tak lame. Sekejap je. Baru je kau nak bahagia, then dia mintak break. Putus. Tu pun melalui sms jugak. Fine la, dah dia nak macam tu. Kau rela dalam terpaksa. Yang bermula, pasti akan berakhir. Cuma tak sangka, cepat sangat. Sedangkan kau dah letak harapan terlalu tinggi. Sebab, dia yg kau tunggu selama ni. Dia.


Kau menangis. Kau kecewa. Hati hancur. Jiwa luluh. Rasa macam percaya tak percaya je. Last2 percaya je lah. Dah memang takde ape2 dah. Takde jodoh. Panas yg disangka sampai ke petang, rupa-rupanye hujan di tengahari. Betul la kata orang, nak jatuh cinta tu makan masa satu ari je. Tapi nak lupakan seseorang tu mungkin makan masa bertahun-tahun. Lepas break ngan dia, kau dah mula tawar hati nak bercinta lagi. Pintu hati, kau tutup rapat2. Siapa2 try masuk, kau tak bagi. Susah sangat kau nak terima siapa2 dalam hidup kau, sebab dalam ati kau masih ade dia.


Salah satu sebab kau susah sangat nak lupa dia, mungkin la sebab kau dah kenal dia lame..dah 10 tahun dah. Mungkin sebab banyak sangat kenangan kau ngan dia time sekolah dulu. Mungkin sebab dia nice sangat. Comel. Mungkin jugak sebab kau rasa dia first love kau, sebab first time jumpe dia kau dah suka dia (darjah 6). Mungkin sebab kau rasa dia terlalu baik. Biarpun dia dah terlalu banyak berubah sekarang, kau tetap rasa dia baik. Kau tetap rasa dia masih dia yg dulu. Mungkin kau masih ade rasa sayang kat dia. Mungkin.


Ok. Aku rasa macam aku nak nangis je ni. Kenapa aku kena tulis ni semua. Bukan ke aku semakin mengingati dia. Aku selalu macam ni. Selalu buat benda bodoh. Huhuuu. Ade orang ajak aku bercinta, aku tak nak. Sebab tu la aku jadi macam ni. Asyik ingat dia. Aku sendiri yg sakit. Sengaja susahkan diri sendiri. Tapi berlagak, macam takde ape2 yg berlaku. Berlagak macam aku ok je. Senyum macam aku happy sangat. Tapi, aku memang happy pun. Bila sibuk dengan keje, aku tak ingat dia pun. Cuma, bila sepi, sendiri2, aku ingat dia, saat itulah aku rasa sedih sangat. Aku ingat aku dah lupa dia. Rupanya masih ade dalam ati.


Ok. Stop. Aku nak lupa dia. Bukan nak ingat dia.


Walau ape pun yg berlaku, aku tak salahkan dia. Aku tak pernah benci dia. Kalaupun aku ade cakap aku salahkan dia, aku benci dia, dia jahat ke ape ke..tu sebab aku nak tenangkan diri aku sendiri. Supaya aku boleh rasa lega, jadi aku cakap la benda2 negatif tu. Yang patut dipersalahkan, diri aku sendiri. Sebab tak pandai nak menangani masalah ni. Ataupun sebab hati tak cukup kental, kejap lupa dia, kejap ingat dia. Jadi, salah aku sendiri. Salah aku, mungkin aku tak sepenuh ati lupakan dia. Mungkin aku tak sepenuh ati lepaskan dia. Sedangkan aku dah banyak kali cakap ngan diri sendiri yg aku dah redha dengan ape yg berlaku ni. Aku terima dengan hati yg terbuka. Aku doakan dia bahagia dengan insan pilihan ati dia. Aku nak dia bahagia. Then, aku tumpang bahagia.


Jadi, aku harus lupakan dia. Walau ape pun yg berlaku, jangan putus asa. Teruskan berusaha. Usaha kan tangga kejayaan. Ok. Aku dah ok sekarang. Aku dah rasa lega sikit.


p/s : Tak tau la kalau ape yg aku taip ni tunggang langgang. Lantak ah. Orang bengang memang macam tu.