Saturday, June 27, 2009

Esok Hari Ahad..

0 ♥ Comments ♥
Huhuhuu....
Nothing important.
Cuma......
Esok aku keje!
Esok ade kelas OUM!
Koperasi mesti buka...!!


Penat hari ni belum hilang lagi,
Masih berbaki....
Then, esok tambah lagi..


Pastu...


Isnin


Selasa


Rabu


Khamis


Jumaat


Sabtu???


Tak tau lagi...


Never mind la...


Ok.


Nak tido.
Risau nanti esok tak terbangun.


Lagipun esok kena jalan kaki...
Huhuhuuu......


Kepenatan berganda.


Ok.


Never mind.


p/s : Selamat Menjalankan Tugas Cik Ana! =]

Friday, June 26, 2009

So Tired, So Buzy And So Blurrr!!!!

0 ♥ Comments ♥

Sekarang bertugas di Koperasi Akademik dan masuk hari ni, dah 6 hari la aku di sana. Sebenarnya aku menggantikan tempat mira kerana dia bercuti selama sebulan or maybe lebih. Tempat aku di Koperasi Kafeteria pula digantikan oleh Syidah.


Maka, dalam seminggu ini..bermula la hari2 aku yg sangat penat, letih, lelah dan sebagainya. Mula bekerja dari jam 7 pagi sehinggalah jam 4 petang dan kebiasaanya aku akan balik sekitar jam 4.30 petang. Kalau nasib baik, bolehlah balik tumpang kereta ayah. Kalau nasib tak baik, jalan kaki saja laa..


Penat, letih, lelah hanya kerana terlalu banyak aktiviti2 mem'fotocopy' buku2, paper, I/C dan macam2 lagi la....(Koperasi Akademik lebih tertumpu kepada keje2 fotostat). Ditambah lagi dengan tugas2 lain yg sebenarnya agak remeh, tapi aku tak punya masa pun untuk siapkan semuanya. Sungguh penat. Dari pagi hingga ke petang, keje aku cuma membelai mesin fotocopy saja. Sudahlah selalu saja rosak2 sehingga melambatkan keje aku, kadang2 naik jugak darah ini. Nasib la bukan manusia, hanya sebuah mesin. Apa la aku dapat kalau nak marah2 mesin tu. Ohh..mesin fotostatku sayang, kalau ye pun nak rosak..kenapa tak rosak je terus, kan senang.... Hahaa... Jahat oo...


Macam banyak lagi nak story, tapi aku macam blurr dah. Sepertimana bingungnya aku di saat pelajar2 IPGM Kampus Tawau datang menziarahi koperasi. Di mana, ada yg nak membeli makanan / minuman / alat tulis. Ada lagi yg nak tanya harga itu dan ini. lain lagi yg nak mintak fotocopy kertas. Nak mintak tukar duit. Nak beli reload. Nak itu, nak ini. Dan semuanya dalam satu masa yg sama. Sungguh! aku sangat2 blurr di saat itu. Terasa diri ini dilayan seperti robot sahaja!


Baru nak masuk seminggu, dan aku macam dah tak sanggup lagi nak teruskan. Minggu depan mungkin lagi sibuk kerana pelajar2 KPLI yg baru sahaja mendaftar masuk baru2 ini akan mulakan pengajian mereka. Macamanala la agaknya nanti ye?? Sekarang baru la aku dapat rasa betapa kesiannya mira keje sorang2 je di sana. Dah banyak kali mira mintak di carikan seorang pembantu untuk dia, dan rasanya sampai sekarang pun belum ada lagi. Hmm.... Kenapa tidak di carikan seorang lagi pekerja???


p/s : Entah bahasa apa yg aku pakai, mungkin aku sudah tidak original terengganu lagi.. Huhuu..

Saturday, June 13, 2009

Just Waste My Time, But..Never Mind..

0 ♥ Comments ♥
Yup. Mmg buang masa je satu hari ni.. Tapi, takpe la..


Hari ni aku diarahkan buka koperasi dari jam 12 tengahari hinggalah jam 6 petang.
Malam tak payah buka, sebab cikgu2 KDC & lain2, hari ni last diorang kat sini. Maybe malam ni dah takde orang kot.


Then, start esok aku dibenarkan cuti seminggu. Huhuu..
Best! Best! Suka sangat!


Tapi kan, kat koperasi tadi..mmg boring.
Bayangkan la..tengah2 hari tu.. Mana la ade orang datang membeli.
Seingat aku la, dalam 4,5 orang je yg datang koperasi hari ni.
Yang lain tu, budak2 datang beli gula2.


Dan, budak2 tu jugak la yg temankan aku kat koperasi tadi.
Budak2 tu, anak2 yg kedai mak dia ade kat situ.


Ntah ape je yg diorang buat..
Aku layan je la...
Maklum la, dah takde kawan.
Hahaa..


Nak cite panjang2 pun aku dah malas.
Nothing interesting.


Sekadar melengkapkan cite aku ni,
aku taruk la video yg sempat aku rakam tadi.


(dah delete)


Alamak. Sorry la, tak tau macamna nak pusing ni.


p/s : Hari ni tak penting, yg penting.. Esok Cuti! (^_^)

Wednesday, June 10, 2009

No Motif..

2 ♥ Comments ♥






p/s : Agak malas nak update..

Wednesday, June 03, 2009

Apabila Ke'stress'an Melanda Diri..

1 ♥ Comments ♥
Hari ini sungguh penat, letih, lelah dan yg seangkatan lagi dengannya.


Sungguh aku tak larat. Benar2 tak larat.


Rasanya terlalu banyak hal yg memeningkan kepala aku sekarang.


Very2 pening nak settle kan. Tapi tetap jgk kena kasi settle.


Esok? Lusa? Tulat?


Bagi aku masa. Ok!!
Tensionnye.......!! Help me please?


Hari ini dah berlalu.


Esok, kena hadapi lagi.. Harap2 situasi yg sama tak berulang.


Boring! Bosan! Malas!


Marahkah aku dengan mereka???


Kenapa aku marah???


Please forgive me...


Tapi, aku dah tak tahan..


Sikap kamu, kamu, kamu dan banyak lagi kamu2....


Kenapa macam tu???


Kamu semua benar2 buat aku stress, geram & macam2 lagi........
Huhuhuu....


Kamu semua dah besar la, bukan budak2 lagi..


Kenapa mesti macam tu perangai???


p/s : Sakit ati sangat. Tapi... Ade 'korang' kesah??? p/s : 'Korang' merujuk kepada 'kamu semua yg buat aku stress', bukan korang yg kat blog ni.

Monday, June 01, 2009

Debu-Debu Berterbangan Di Ruang Peribadiku..

1 ♥ Comments ♥
Hahaa.. Ape jenis tajuk da macam tu. Sebenarnya, ari ni tiba2 je aku datang rajin. Ayat pun tunggang terbalik. Tak kisah la..korang faham gak kan? (macam la ade orang bace blog aku ni..). Rupanya aku cakap sorang2 je. Takpe la. Ok. Sambung citer tadi.


Tengahari tadi, aku tiba2 rasa nak kemas bilik. Sebelum ni kemas, tapi kemas cenggitu je. Maka, bermula la operasi aku mengemas bilik. Mane2 barang yg tak pakai, aku simpan dalam plastik. Barang2 adik aku la yg banyak aku sumbat, dia kan dah pegi matrik. Hahaa.. Jahatnye aku ni. Takpe, dia balik nanti..aku kuarkan la balik. Barang tak banyak, baru la nampak kemas ckit kan..takde la berserabut sangat.


Pastu, aku tepuk2 plak katil, bantal2, selimut supaya kuar la encik2 hama yg duk melepak kat dalam tu. Syok je dorang lepak kat situ ek. Abis la dorang berterabur, bertempiaran lari time aku tepuk2 tadi (macam la aku nampak ye..).


Then, aku lap plak mane2 barang yg dah berdebu, berhabuk. Ngan pc ni skali aku lap (monitor, cpu, takde duit lagi nak beli laptop. Mane la ayah aku nak belikan untuk aku. Utamakan adik2 dulu, dorang masih belajar. Banyak nak pakai duit).


Langkah terakhir, baru la aku vakum lantai bilik ni. Vakum, tak sapu. Kenapa?? Supaya habuk2, debu2 berterbangan dapat dikurangkan. Aku sensitif skit ngan debu2 berterbangan ni (kalau dorang diam2 je, tak bergerak, takpe). Satu lagi kenapa aku vakum? Sebab bawah katil aku banyak habuk, senang skit kalau vakum.


Penggunaan vakum ni jugak, meningkatkan lagi keyakinan aku..bahawa aku takkan kena penyakit bersin tu. Selesema. Ahahaa.. Aku kalau dah selesema, teruk. Asyik nak bersin je. Hingus plak tak reti nak duk diam, asyik nak mengalir je trus. Ok. Sambung lagi. Dan dengan penuh yakinnya, aku meneruskan keje2 menyedut habuk2 tu ke dalam vakum.


Selesai je keje2 mengemas bilik tu, ternyata sangkaan aku meleset seratus peratus! Aku tiba2 sahaja disahkan (diri sendiri yg sahkan) telah menghidapi penyakit bersin tu, beberapa minit selepas kejadian kemas-mengemas tu selesai. Huhuhuu... Makanya, teruk la aku selesema ari ni. Kat koperasi tadi pun, asyik terbersin je.. Dah tu kuar hingus plak. Adoyai... Tak tahan oo. Nasib la orang tak ramai datang. Jadi, dapatla aku tutup koperasi awal ckit tadi.


Kerana ketaktahanan menghadapi situasi sebegini.. Aku telah mengambil risiko dengan menelan dua biji panadol & dua biji ubat selesema. Dan selepas tertido akibat dos yg berlebihan tu. Akhirnya, penyakit bersin tu lenyap dengan jayanya. Syukur, alhamdulillah.


Hasilnya, dapat la aku membuang masa mengarang citer 'Debu2' ni tanpa sebarang gangguan kesihatan. Huhuhu...


p/s : Utamakan Kesihatan!