Monday, June 01, 2009

Debu-Debu Berterbangan Di Ruang Peribadiku..

Hahaa.. Ape jenis tajuk da macam tu. Sebenarnya, ari ni tiba2 je aku datang rajin. Ayat pun tunggang terbalik. Tak kisah la..korang faham gak kan? (macam la ade orang bace blog aku ni..). Rupanya aku cakap sorang2 je. Takpe la. Ok. Sambung citer tadi.


Tengahari tadi, aku tiba2 rasa nak kemas bilik. Sebelum ni kemas, tapi kemas cenggitu je. Maka, bermula la operasi aku mengemas bilik. Mane2 barang yg tak pakai, aku simpan dalam plastik. Barang2 adik aku la yg banyak aku sumbat, dia kan dah pegi matrik. Hahaa.. Jahatnye aku ni. Takpe, dia balik nanti..aku kuarkan la balik. Barang tak banyak, baru la nampak kemas ckit kan..takde la berserabut sangat.


Pastu, aku tepuk2 plak katil, bantal2, selimut supaya kuar la encik2 hama yg duk melepak kat dalam tu. Syok je dorang lepak kat situ ek. Abis la dorang berterabur, bertempiaran lari time aku tepuk2 tadi (macam la aku nampak ye..).


Then, aku lap plak mane2 barang yg dah berdebu, berhabuk. Ngan pc ni skali aku lap (monitor, cpu, takde duit lagi nak beli laptop. Mane la ayah aku nak belikan untuk aku. Utamakan adik2 dulu, dorang masih belajar. Banyak nak pakai duit).


Langkah terakhir, baru la aku vakum lantai bilik ni. Vakum, tak sapu. Kenapa?? Supaya habuk2, debu2 berterbangan dapat dikurangkan. Aku sensitif skit ngan debu2 berterbangan ni (kalau dorang diam2 je, tak bergerak, takpe). Satu lagi kenapa aku vakum? Sebab bawah katil aku banyak habuk, senang skit kalau vakum.


Penggunaan vakum ni jugak, meningkatkan lagi keyakinan aku..bahawa aku takkan kena penyakit bersin tu. Selesema. Ahahaa.. Aku kalau dah selesema, teruk. Asyik nak bersin je. Hingus plak tak reti nak duk diam, asyik nak mengalir je trus. Ok. Sambung lagi. Dan dengan penuh yakinnya, aku meneruskan keje2 menyedut habuk2 tu ke dalam vakum.


Selesai je keje2 mengemas bilik tu, ternyata sangkaan aku meleset seratus peratus! Aku tiba2 sahaja disahkan (diri sendiri yg sahkan) telah menghidapi penyakit bersin tu, beberapa minit selepas kejadian kemas-mengemas tu selesai. Huhuhuu... Makanya, teruk la aku selesema ari ni. Kat koperasi tadi pun, asyik terbersin je.. Dah tu kuar hingus plak. Adoyai... Tak tahan oo. Nasib la orang tak ramai datang. Jadi, dapatla aku tutup koperasi awal ckit tadi.


Kerana ketaktahanan menghadapi situasi sebegini.. Aku telah mengambil risiko dengan menelan dua biji panadol & dua biji ubat selesema. Dan selepas tertido akibat dos yg berlebihan tu. Akhirnya, penyakit bersin tu lenyap dengan jayanya. Syukur, alhamdulillah.


Hasilnya, dapat la aku membuang masa mengarang citer 'Debu2' ni tanpa sebarang gangguan kesihatan. Huhuhu...


p/s : Utamakan Kesihatan!

1 comment:

anaklaut said...

salam....singgh,


tak patut telan ubat lebih dos ni.. apapun tq sudi singgah n jadi follower saya