Thursday, September 24, 2009

Ceritera Aidilfitri..

Salam Aidilfitri.


Semoga senang hati selalu. Berat badan dah naik?? Takpe. Bukan selalu pun. Menjelang hari raye je. Nanti turun la balik tu. Eh. Bukan cakap pasal diri sendiri. Semua orang lah. Hari raye kan makan lebih sikit, tentu ah berat badan pun up sikit kan. Hehee..


Hari ni dah masuk hari raye yg kelima. Seronok dengar khabar kawan2 yg enjoy, happy dengan raye kali ni. Tumpang happy. Ye. Saya tumpang happy. Mesti besh kan dapat makan ketupat, rendang, nasi minyak, nasi dagang, nasi beriani & macam2 lagi juadah yg jarang jumpa time hari biasa. Setahun sekali je. Mesti besh kan dapat jumpa saudara mara yg dah lame tak jumpa. Dapat salam, mintak maaf. Dapat duit raye..mesti besh kan. Huhuuu.


Raye kali ni. Tak tau nak gambarkan perasaan ni macam mane. Terus terang cakap, biasa2 je. Dan, saya tak berapa nak happy pun. Ape2 pun, sangat2 bersyukur sebab masih berpeluang beraye ngan family walau kurang anggota 2 orang (abang ngan adik no 3, diorang beraye kat kampung).


Baju raye?? Masih dalam almari, tak pakai pun lagi tapi dah iron siap2..ntah la bila baru nak pakai. Walau hati tak berapa nak happy, tetap jugak berpeluang makan rendang ayam sebanyak 2 kali (mak masak, malam raye ngan hari ni). Sempat jugak merasa lemang time hari raye ke-2 (beli kat pinggir jalan time on the way ke menumbok). Lain2 juadah, belum rasa lagi. Nasi ayam beli kat kedai ade la. Huhuuu.


Ok. Jangan nak ngade2 Ana, ade lagi orang yg lebih susah tau. Baju pun tak berganti, makan ala kadar je. Maka, bersyukur je dengan ape yg ade (T__T)


Sekarang nak story pasal hari raye. Macam sedih je nak story. Huhuu. Nak cite panjang lebar ni, kalo boring, blah je. Ok.


Last puasa, petang (19 September 2009). Lebih kurang jam 5 petang. Kami sekeluarga mula bertolak ke Kota Kinabalu (KK). Azan mahgrib, maksudnye dah buka puasa la. Time tu dah sampai Kunak. Stop. Buka puasa ngan nasi lauk rendang ayam. Bekal dari rumah, tak makan kat kedai. Makan bekal tu pun dalam kereta. Then, singgah Masjid Kunak. Solat. Teruskan perjalanan.


Sampai KK pagi raye, time subuh kot (20 September 2009). Tak berape sedar, sebab asyik tertido je. Ayah drive direct, tak stop mane2. Sangat2 letih, semalaman dalam kereta. Cari hotel. Menginap di Hotel Asia City, KK. Pagi raye yg syahdu. Salam mak ayah, mintak ampun, mintak maaf. Then, makan lebihan bekal semalam. Kejadian selepas itu, kami semua tido. Letih. Sangat letih. Bangun. Tengok tv. Petang, keluar cari kedai makan. Susah btol. Semua kedai tutup. Last2, jumpa kedai nasi ayam. Alhamdulillah. Err. Ni kisah hari raye pertama (T__T)


Hari raye kedua (21 September 2009). Pagi2, bersiap (nak pegi ambik adik kat menumbok, dia naik speed bot dari Labuan). Nak pegi sane, ambik mase 2 jam kot, not sure. On the way, jumpa kedai jual lemang. Singgah. Beli. Makan. Sedap. Sedap sangat. Tapi, makan kosong je. Takde rendang. Adat orang merantau, terima je seadenye. Kat rumah boleh ah nak masak. Ni dalam kereta, nak masak macam mane.


Sampai menumbok, tunggu sekejap, lebih kurang setengah jam kot. Adik sampai. Balik lagi ke pusat bandar, KK. Letih. Cari hotel. Kali ni, menginap di Hotel Lembaga Tabung Haji. Rehat. Petang, keluar pegi makan. Jalan2. Then Balik bilik, tengok tv. Tido.


Hari raye ketiga (22 September 2009). Keluar, beli tiket feri adik nak ke labuan esok. Naik feri dari KK je, tak pegi menumbok. Jauh sangat. Ayah letih nak ulang alik. Then, cari kedai makan. Masing2 perut dah lapar gile. Kali ni makan nasi ayam lagi, tapi lain kedai. Singapore Chicken Rice. Sedap sangat. Ayah makan 2 kali. Hehee. Try ah next time. Jalan2 kat Centre Point KK. Beli kasut adik, kasut dia dah nazak sangat dah..tunggu masa je nak wish gud bye. Abis jalan2, balik bilik. Rehat. Tengok Tv. Tido.


Hari raye keempat (23 September 2009). Bangun awal, bersiap. Tiket adik jam 8 pagi. Jam 7.30 pagi, bertolak ke terminal feri (aku hentam je, sebenarnye disebut ape..ntah la). Hantar adik naik feri. Then, kami pegi makan. Percutian hari raye tamat. Ape lagi, terus balik Tawau. Singgah Masjid Kundasang, sejuk giler (air). Singgah Ranau kejap. Singgah Masjid Lahad Datu, Solat. Rehat. Pegi makan. Teruskan perjalanan. Sampai rumah malam, sekitar jam 8 malam.


Story abis. Tu la kisah aidilfitri tahun ni. Tak tau la besh ke tak. Hari ni, duduk rumah je. Tak pegi mane2. Kemas rumah, cuci baju. Esok??? Ntah la.


Gambar??? Nanti la esok2 ke. Sekarang takde mood lagi nak upload (T___T)


Selamat Malam Semua. Sorry, story panjang sangat..

1 comment:

Syariful Bahri said...

sadisnye cite raye mu na...
kitorang kt cni happy je..
cume apiq kete dia asyik rosok...

skjp ngat cuti rah..