Friday, June 26, 2009

So Tired, So Buzy And So Blurrr!!!!


Sekarang bertugas di Koperasi Akademik dan masuk hari ni, dah 6 hari la aku di sana. Sebenarnya aku menggantikan tempat mira kerana dia bercuti selama sebulan or maybe lebih. Tempat aku di Koperasi Kafeteria pula digantikan oleh Syidah.


Maka, dalam seminggu ini..bermula la hari2 aku yg sangat penat, letih, lelah dan sebagainya. Mula bekerja dari jam 7 pagi sehinggalah jam 4 petang dan kebiasaanya aku akan balik sekitar jam 4.30 petang. Kalau nasib baik, bolehlah balik tumpang kereta ayah. Kalau nasib tak baik, jalan kaki saja laa..


Penat, letih, lelah hanya kerana terlalu banyak aktiviti2 mem'fotocopy' buku2, paper, I/C dan macam2 lagi la....(Koperasi Akademik lebih tertumpu kepada keje2 fotostat). Ditambah lagi dengan tugas2 lain yg sebenarnya agak remeh, tapi aku tak punya masa pun untuk siapkan semuanya. Sungguh penat. Dari pagi hingga ke petang, keje aku cuma membelai mesin fotocopy saja. Sudahlah selalu saja rosak2 sehingga melambatkan keje aku, kadang2 naik jugak darah ini. Nasib la bukan manusia, hanya sebuah mesin. Apa la aku dapat kalau nak marah2 mesin tu. Ohh..mesin fotostatku sayang, kalau ye pun nak rosak..kenapa tak rosak je terus, kan senang.... Hahaa... Jahat oo...


Macam banyak lagi nak story, tapi aku macam blurr dah. Sepertimana bingungnya aku di saat pelajar2 IPGM Kampus Tawau datang menziarahi koperasi. Di mana, ada yg nak membeli makanan / minuman / alat tulis. Ada lagi yg nak tanya harga itu dan ini. lain lagi yg nak mintak fotocopy kertas. Nak mintak tukar duit. Nak beli reload. Nak itu, nak ini. Dan semuanya dalam satu masa yg sama. Sungguh! aku sangat2 blurr di saat itu. Terasa diri ini dilayan seperti robot sahaja!


Baru nak masuk seminggu, dan aku macam dah tak sanggup lagi nak teruskan. Minggu depan mungkin lagi sibuk kerana pelajar2 KPLI yg baru sahaja mendaftar masuk baru2 ini akan mulakan pengajian mereka. Macamanala la agaknya nanti ye?? Sekarang baru la aku dapat rasa betapa kesiannya mira keje sorang2 je di sana. Dah banyak kali mira mintak di carikan seorang pembantu untuk dia, dan rasanya sampai sekarang pun belum ada lagi. Hmm.... Kenapa tidak di carikan seorang lagi pekerja???


p/s : Entah bahasa apa yg aku pakai, mungkin aku sudah tidak original terengganu lagi.. Huhuu..

No comments: