Thursday, October 29, 2009

Penganggur Sejati Tawau. Mungkin. Sila Ambil Perhatian..

Ok. Aku malas nak explain, malas nak cakap banyak2 * Heh. Banyak la kau punye cakap. Taip daa (^__^) *. Whatever la. Bace tulisan2 kat bawah ni, ok * Lagi sekali. Taip la Cik Ana, bukan tulis (T__T) *.


Khas untuk makluman Penganggur2 Sejati Tawau. Tak sejati pun boleh jugak. Heh (^__^) Sila bace dengan teliti. Then, kalo berminat. Sila ambil tindakan segera, ok. Kalo berminat la. Aku cuma nak share je.



JEMPUTAN KE PROGRAM PENEMPATAN PEKERJAAN (3P)


Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Tenaga Kerja Sabah, Kementerian Sumber Manusia akan menganjurkan Program Penempatan Pekerjaan (3P) pada ketetapan berikut :


Tarikh : 31 OKTOBER - 1 NOVEMBER 2009 (SABTU DAN AHAD)


Masa : 8.00 PAGI - 5.00 PETANG


Tempat : DEWAN MASYARAKAT TAWAU, SABAH


Antara aktiviti yang dijalankan adalah temuduga terbuka dengan sekurang-kurangnya 1,460 jawatan kosong untuk pelbagai kategori dan peringkat, ceramah kerjaya, pameran dari jabatan-jabatan dan agensi-agensi berkaitan, pendaftaran dan pengemaskinian pencari kerja, pameran kerjaya dan khidmat nasihat kerjaya.


Pihak tuan adalah dijemput hadir beramai-ramai dengan membawa dokumen asal dan salinan sijil-sijil akademik dan resume. Sila berpakaian kemas untuk menghadiri sesi temuduga yang dijalankan serta-merta pada program tersebut.


Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 089-761695 (Untuk Perhatian : Encik Abdul Halim Abdullah / Encik Mohd. Redha / Encik Mohd. Razif).


Sekian, terima kasih.


Unit Perkhidmatan Pekerjaan, PTK Tawau

No comments: