Tuesday, May 26, 2009

Citer Aku Hari Ini..

PETANG


Sebelum siap nak pegi keje. Aku masuk toilet. Tak heran, mmg dah kebiasaan. Nak gosok gigi, cuci muka. Selesai gosok gigi, aku bilas berus tu. Maybe time tu aku sibuk berangan kot. Tanpa aku sedari, berus gigi yg dah pun aku cuci bersih tu, aku taruk balik ubat gigi. Then, aku mula gosok gigi aku macam biasa. Untuk kali yg ke-2!! Hahaa.. So funny! Bila aku sedar ape yg aku buat tu, aku stop, tengok cermin. Pastu, senyum sorang2. Ape kena aku ni??


Dah siap sume, keluar and pegi keje macam biasa (biasa = selalu lambat. Luar biasa = awal). Aku mmg teruk. Dah banyak kali niat nak datang awal, tetap jgk lambat. Macamlah koperasi tu bapak aku yg punya, suka2 ati je nak datang jam berapa! Hakikatnya, itulah aku. Harap boleh berubah, Tapi esoknya macam tu jugak. Repeat kesalahan yg sama. Padahal, koperasi dengan rumah aku tu bukannya jauh sangat pun. Jalan kaki 5 minit, sampai la. Dekat. Sungguh dekat! (tau takpe).


Bilal dah laung azan Mahgrib. Tutup koperasi. Balik. Hampir sampai rumah, ternampak sekumpulan anak muda (bukan budak2, mereka dah besar panjang) tengah lepak2 kat tengah padang. Panorama yg dah biasa sangat aku tatap saban petang. Lebih tepat lagi, ketika azan Mahgrib berkumandang di udara, memenuhi segenap ruang IPGM. Manusia2 itu seronok bergelak ketawa, tanpa perasaan bersalah! Aku cuma pemerhati. Tak kuasa nak tegur. Heran. Tak dengarkah mereka seruan ilahi itu?? Kalaupun tak solat, hormatilah azan.


MALAM


Siap tugas kat rumah, terus pegi koperasi. Tak ramai singgah membeli. Tak ramai jugak yg turun makan kat kafe malam ni. Mungkin bakal2 cikgu ni, masing2 sibuk study..ulangkaji pelajaran. Maklum saja la, sekarang musim exam. Risau bercampur gembira. Mungkin itulah ayat yg sesuai bagi mengambarkan perasaan mereka sekarang. Kenapa?? Kerana, berakhir sahaja musim exam, cuti semester pula bakal menyusul. Masing2 mungkin dah tak sabar nak cuti panjang. Hmm.. Sunyi sepi la IPGM lepas ni. Tinggal kami2 sahaja yg menetap di sini.


Citer tamat..


p/s : ~ Seperti bahasa Terengganu aku sudah bercampur dengan bahasa Sabah?
p/s : ~ For all IPGM's student, Gud LUCK For Ur Examination!

No comments: