Saturday, May 22, 2010

The Reason. Kenapa Aku Akan Berhijrah Ke Kelantan Darul Naim???

* Sekadar gambar hiasan. Quarters IPGM Kampus Tawau *


Assalamualaikum. Salam petang sabtu.

Tersangat malas mau menaip. Tapi kena paksa jugak. Lepas ni dah takde masa lagi dah nak bermanja-manja ngan blog. Haih (T____T)

Sebelum ni aku cakap nak pegi Kelantan kan. Maksud aku, berhijrah ke Kelantan. Tapi, aku tak bagitau lagi kenapa nak pegi sana * Macam dah takde negeri je, asyik² nak pegi duduk kat negeri orang. Hahaa *. Erk. Baiklah. Aku dah malas nak rahsia² lagi.

Sebenarnye aku nak pegi belajar. Bukan la nak pegi keje ke, kawen ke. Ye. Walaupun jari² aku ni dah siap berinai-inai bagai, saje je tu. Heh. Bukan sebab aku nak pegi kawen pun. Bukan, okey. Mentang² la aku pakai inai, ade je yang buat muka pelik, then tanye..

"...Eh. Dah kawen ke?..."

"...Err..Nak panggil Cik ke Puan ni???..."

"...Bila kawen?..."

Pakai je la, takkan tak boleh kot. Huhuu. Okey, sambung story lagi. Nak study kat Kelantan, kat mana??? Aku apply KIST. Tau KIST? KIST tu maksudnye, Kolej Islam Sains Dan Teknologi. Kolej swasta. KIST ade dua cawangan, satu kat Bachok. Satu lagi kat Kuala Berang, Terengganu. Aku dapat yang kat Bachok, Kelantan. Dan aku apply kos diploma pembantu farmasi. Belajar tiga tahun.

Pasal nak pegi KIST ni, kawan ayah aku yang cadangkan aku belajar kat sana. Dia terangkan macam² kat ayah. Dan ayah setuju. Turut sama menyokong adalah pakcik aku yang duduk kat Kemaman, Terengganu. Aku??? Entah. Aku sendiri pun tak pasti sama ada aku suke atau tak. I'm blur (T____T). Tapi, bab nak balik semenanjung tu memang aku suke gile² la. Haha (^____^)

Aku tak tau ape reaksi korang bila aku sebut KIST. Tapi aku nak bagitau pasal reaksi orang² sekeliling aku, bila aku bagitau aku nak pegi study kat KIST.

Pok Ariff, adik bongsu mak. Dia cakap tempat tu tempat hulu. Kawasan kampung yang jauh dari bandar. Tengah² hutan kot. Banyak kekurangan. Ade yang pegi sana, bila balik dah tak pegi² dah. Serik. Dia suruh aku belajar tempat lain je. Fine. Aku pun imagine la sikit². Walaupun aku rasa tergugat sikit ngan kenyataan dia tu. Tapi..takpe la. Aku kan nak pegi belajar, bukannye nak pegi berpoya-poya. Belajar kat kampung lagi best kot, tak banyak gangguan macam kat bandar. Insya'allah, harap² semuanye okey. Semoga aku kuat semangat.

Member aku yang study kat KIST, ade dua orang. Ziana ngan Khuzaimah. Ziana, member sekelas aku masa form 3 dulu, time tu aku masih sekolah kat Terengganu. Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Lela Segara, SMKTLS. Aku panggil dia Zie je. Zie cakap, banyak la buruk baiknye study sana. Dan kalo aku ade pilihan lain, dia harap aku pilih tempat lain je. Baiklah. Baiklah. Aku rasa macam down la jugak bila Zie cakap macam tu. Tapi, takpe la. Aku dah memang akan pegi sana. Jadi, aku kena teruskan jugak. Zie nasihatkan aku supaya kuatkan semangat nanti. Dan jaga diri baik². Dia dah dua tahun belajar, tinggal setahun je lagi.

Khuzaimah pulak member sekelas aku masa form 5 kat Sekolah Menengah Kebangsaan Balung Tawau, SMKBT. Aku panggil dia Ema je. Ema dah habis study pun. Tunggu nak keje je sekarang. Aku contact la Ema, tanya pendapat dia. Dia cakap, study okey. Tapi, bab lain mungkin kurang sikit. Dia cakap lagi, kalo pegi sana nanti harap aku tak terkejut sangat, sebab KIST lebih kurang macam sekolah.

Makcik aku pulak ade cakap yang tempat tu takde air paip, guna air telaga je. Terkejut jugak la aku dengar. Tapi, bila tanya Zie, Zie cakap kat hostel dia guna air paip. Baiklah. Terlalu banyak dugaan nampaknye. Aku pun macam dah nak tak nak je pegi. Terlalu banyak persoalan. Aku pun sibuk je asyik search kat google tentang ape² je yang berkaitan ngan KIST, and dah berpuluh-puluh maklumat yang aku baca. Banyak pasal yang buruk je. Huhuu.

Dan kesimpulannye, aku suke ke tak suke ke, memang kena pegi jugak. Sebab semua pun dah confirm. Yuran dah bayar, tiket dah beli. Persediaan pun dah ade walau tak banyak. Kain baju je yang aku tak packing lagi. Malas.

Aku tau, banyak dugaan yang aku kena hadapi lepas ni. Harap aku kuat semangat and takde sebarang masalah. Hidup ni tak semestinye nak senang je selalu, kadang² kena rasa jugak susah payah. Aku harap, aku takde ah kena kejutan budaya ke ape ke. Aku harap aku akan kekal bertudung sampai bila². Aku harap aku takde ah bukak² aurat aku kat sape². Aku harap aku boleh harungi hidup di KIST tu nanti. Sikit sebanyak aku dah tau pasal KIST, harap takde ah aku kecewa sangat nanti. Bersedia dari awal.

Baiklah. aku dah banyak merepek. Nak stop dah. Minggu depan, last aku kat bumi Tawau ni. 29 Mei, malam, aku terbang ke Low Cost Carrier Terminal, LCCT. Nanti abang datang ambik dan aku akan bermalam kat rumah Pok Awi, Pakcik sebelah ayah. 30 Mei, petang, baru bas KIST datang ambik kat LCCT. Then, direct ke Bachok, Kelantan. 1 atau 2 jun aku akan mula mendaftar di KIST. Dan lepas tu, akan bermula la kehidupan baru aku sebagai seorang pelajar jurusan pembantu farmasi di KIST.

Okey la, jumpa lagi lain entri. Tu pun kalo aku rajin nak taip la. Take care..

20 comments:

ardinihumaira said...

MasyaAllah..

KIST tak seteruk itu... dah juga KIST adalah kolej berunsurkan Islamik.. nama pon kolej Islam kan... memang dni tak belajar kat situ.. tapi dni tahu culture kelantan cmana.. dni orang kelantan... tak elok nak memburukkan tempat orang... namanya kolej swasta. mustahil guna air telaga? rite?


tak elok diskriminasi negeri.. dni sarawakian.. tinggal kat kelantan lama.. tak teruk pon. malah bahagia kat sni..


semoga anda belajar dengan aman dan berjaya... amin

YOUTHSAYS ADALAH COMPETITOR NUFFNANG ; ANDA MUNGKIN AKAN KEHILANGAN STATUS GLITTERATI JIKA MENGIKLANKANNYA

Nurul Farhana said...

thanks dni...

mgkin ayat sy tulis belit²..huhu..
sorry..takde niat lgsung nak ckp bukan² psl klntn..sbb sy pun selalu jgk pegi klntn. dulu la..

kampung sy pun kt trgnu, berjiran je ngan klntn..jd xjauh beza mana pun.

cuma tu la, bila dgr org ckp mcm tu mcm ni...tu yg rasa tergugat sikit. tp, takde ah pikir sgt...pegi pun sbb niat nk blaja..harap² boleh hadapi semua dugaan & cabaran.

trm ksh skali lg.. =]

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

best apa pegi merantau negeri orang.boleh faham budaya.kalau dapat cakap style sana lagi smart.apa pun yang penting study.yang lain itu sampingan.

Nurul Farhana said...

betul..niat mesti betul..
lgpun kalo x ckup pointer, nnt kena tendang dr KIST..huhu.. mmg kena study betul² la..

trm ksh... =]

ardinihumaira said...

no problemas dik... :)

cuma taknak la orang asyik kasi persepsi tak elok cemtu kan.. memang la bachok tu bukan bandar. tapi tak silap dni, kist punya infrastruktur yang sedang membangun.. nama pon kolej swasta kan :) kat stu dekat dengan pantai yang femes kat sni.. pantai irama... kalau nak ke bandar pun, alhamdulillah banyak gak kemudahan kolej sediakan.. dni pernah buat survey kat sana untuk bahagian pelajar... dengarnya bekas pelajarnya pun bagus2. bila kita struggle, belajar kat mana pun kita jadi bagus. asalkan kita tahu jati diri ^__^


boleh timba pengalaman kat sini dik... kalau akak ada masa, akak p lawat adik kat sana ye.. InsyaAllah.. ;)

ardinihumaira said...

opss... tapi kalau ada pilihan lain.. sure okay ke tempat lain kalau kita nak study tempat prestige.. coz kist tu kawasan pantai.. hehe... siesly.. pantai pun cuca dia cmana kan.. panas sket.. tapi berangin... mana2 pon ok.. bagi dni asal kita belajar je.. kalau dah terpergi kat satu tempat tu InsyaAllah ada hikmahnya..


haih panjang nya dni bebel kat sni.. nak lari skang... lariiiiiiiii hehe

fiD said...

lo, KIST tu agak fames pon...

btw, bagus kamu smbg situ kan,, xpelah pasal envrmt,, kan tenang...

Nurul Farhana said...

kak dni - trm ksh bnyk² kak.. sy harap org mcm akak la utk bg sy semangat..bkn jd batu supaya sy x pegi..huhuu..

takpe la, sy pun mmg dah tekad nak pegi. harap bnyk pngalaman yg sy dpt kutip nnt. dan kalo blh, sy nk ulas sikit demi sikit ttg kebaikan KIST. kalo blh. sy pun xnk org asyik pndg keburukan je...nak blja, mmg bnyk dugaan & cabaran yg nak kena hadapi. pandai² la kan bw dri.. =]

tq kak...

fid - betul...sy suke pantai... =]
suasana kurang bndr lg seronok rasanye, tp ttp kena jg diri jugak spy x terpengaruh dgn budaya² yg melalaikan..

2 thn menganggur, dan ayah mmg x bg sy bljr kolej swasta. tp kali ni snng² je dia bg..

insya'allah, harap ade la hikmah di sebalik semua ni.

tq =]

Hasrol Nizam said...

Bunyi mmg sangat mencabar. Dah kompem pergi pun kan, so all the best for u there.

hmm, Tak pernah pergi kelantan or tganu..tak prnah tgk budaya kat sana macam mana..hehe

Prie di Sampit said...

semoga sukses selalu ...

saya_arief said...

yang kat bachok aku taw..
dekat ngn umah aku..hoho..
senang2 singgah la yer..

Nurul Farhana said...

nizam - trm ksh. ade rezki nnt pegi la mkn angin kt trgnu ngn klntn =]

prie - insya'allah. trm ksh =]

arief - insya'allah..ade peluang nnt leh a jmpe kot =] dh lme sgt x pegi klntn..dulu kalo pegi, suke pegi kat pasar siti khadijah ngn pgkalan kubur..kalo x silap la..dh lpe..huhu..

Dakjaat said...

ardini.. i tak rasa dia cuba memburukkan tempat tu.. sebaliknya dia bertanya dan buat research mengenai tempat itu.. THE KILLING statement dari owner blog ni "pergi sana untuk belajar, bukan untuk berfoya2". Get it?

Hooo! :P jgn amik hati lak.. just nak tegur, baca betul2 dulu sebelum HENTAK owner blog. hehe!

mana2 institut pun fasilitinya mmg akan ada kekurangan tersendiri. Jadi tak perlulah takut utk masuk ke kolej tu. Kita skg ni terlalu mudah terpengaruh dengan bangunan2 besar, tinggi, hi technology.. tak perlulah semua tu.. dok kat kolej Kelantan tu, belajar dengan tenang.. tanpa gangguan. Kan seronok?

di samping tu, terhindar jauh dari kota2 yang banyak mengundang maksiat.. cewah! berceramah plak aku.. pendek kata, jgn takut la... :) kata pergi utk belajar, kenapa nak fikir yg negatif? Hehe!

Nurul Farhana said...

dakjaat - thanks..xpe..kak dni dh fhm la..hehe... lgpun sy tulis belit², mgkin ade org slh tafsir..

hm..fikir negatif tu perlu, mne tau kalo ia terlalu negatif..mgkin sy perlu fkir bnyk kali....

tp, kwn sy elok je bljr smpai b'jya...jd..kalo dia blh hadapi dugaan 3 thn bljr kt sne..knpe sy tak boleh plk...msti blh la kan...

insya'allah, moga dipermudahkan segala urusan..amin.

thanks bg kta² semangat... =]

Dakjaat said...

sekadar memberikan kata semangat supaya matlamat kamu pergi ke sana tak terpesong dan terbawa2 dengan pandangan negatif orang lain.. :)

Nurul Farhana said...

terima kasih... =]

Anonymous said...

hai..nk tanya ok tak belajar kat kist kelantan? bulan 11 ni insyaAllah masuk sana

Aida Shuha said...

So camne awak belajar kat sana sekarang?
Okey x?
Susah la nak cari info pasal KIST ni..
Website die pun x membantu sangat.
Huhu..tengah cari tempat belajar ni.

Mohamad Asraf said...

Sy akn stdy di kist 23.5.15 ni .. byk cerita negatif about this college .. tp tabahkn semangat .. klu ad al-ii cadangan please cntc me .. 0132501337 .. nk tahu sgt pekara terkini di c2

Mohamad Asraf said...

Sy akn stdy di kist 23.5.15 ni .. byk cerita negatif about this college .. tp tabahkn semangat .. klu ad al-ii cadangan please cntc me .. 0132501337 .. nk tahu sgt pekara terkini di c2