Saturday, May 08, 2010

Bosan??? Sila Copy Dan Jawab Ni. Sila².

* Sekadar hiasan semata-mata *




Assalamualaikum. Salam pagi sabtu. Salam satu MALAYSIA.

Malam sepi. Hitam gelap. Aku disini. Belum terlelap. Heh. Bunyi macam pantun je. Bosan ke??? Hohoo. Sebenarnye esok pagi² lagi dah nak kena bangun, sebab pukul 7 dah nak pegi IM * Institut Memandu Tawau *. Aku excited nak pegi sebab hari tu dapat drive kat jalan raya. Esok? Entah la. Tertunggu-tunggu..bila la cikgu nak ajar aku cara parking ngan reverse ni. Haish.

Baiklah. Sebelum aku tido-dan-bermimpi-kawen-ngan-anak-raja. Jom, ikut aku merepek dulu. Suke² je aku buat ni. Kalo korang bosan, takde story nak cite dalam blog. Ok. Copy je soalan poyo kat bawah ni dan jawab. Jangan gelak. Aku memang memandai je buat soalan poyo ni. Entah ape² je, aku pun tak faham. Haha. Jawab je la kalo nak * Soalan berkaitan diri korang *. Soalan ringkas, tapi hentam je la korang nak jawab ape pun, asal ade kaitan sudah. Soalan yang huruf besar tu ye.

MELOMPAT :
Tak pernah kot. Eh. Masa kecik rasa cam selalu je terlompat-lompat bila ayah dah balik keje (T___T)

TERBANG :
Kalo aku cakap, memang korang tak percaya. Mana ade manusia yang boleh terbang. Kan? Mustahil. Tapi, aku pernah terbang. Sila percaya sekarang. Ye. Aku terbabas motor langgar benteng jalan, dan aku terbang masuk longkang * Heran. Sampai sekarang aku langsung tak ingat detik² time terbang tu. Memori terbang tu hilang *.

BERLARI :
Kadang² kalo dah terdesak sangat. Tapi usha dulu kiri kanan, ade lelaki ke tak. Haha. Kontrol cun la katakan. Haish * Masalahnye, cun ke? Haha *.

BERJALAN :
Tak tau nak jawab ape. Apsal soalan macam haram je ni?

MAKAN :
Suke makan maggi kuah sikit tapi kacau pekat². Perghhh. Sodap!

MINUM :
Melalui mulut * Ade ke orang minum guna hidung??? *

TIDO :
Sejak terbang masuk longkang, aku tido tak pernah tutup lampu (T___T)

BOSAN :
Bergolek-golek di atas katil sampai tertido * Kes takde letrik. Then, dah bosan sangat tak tau nak buat ape *.

SENYUM :
Dah sebati ngan jiwa. See (^___^) Masalah tolak tepi. Hidup mau happy. Tapi, jangan lupa mati!

MISTERI :
Tak. Tak. Tapi sesetengah orang fikir macam tu.

JAHAT :
Ye. Aku memang jahat. Aku suke bunuh lipas!

PERASAN :
Hahaa. Sekali sekala perasan takkan tak boleh? Normal la tu.. (^___^)

BAIK :
Aku tak cakap. Tapi, orang lain yang cakap. "...Eh. Budak Ana ni baik la...". * Perasan *

PEMALU :
Tak kot. Tapi kalo baru kenal..maybe la malu² kucing sikit. Hohoo..

PERAMAH :
Mungkin, ye. Bagi je aku sape²...aku takde hal pun nak sembang. Pakcik kat hospital. Makcik kat pasar. Kakak kat stesen bas. Adik kat sekolah. Budak kecik kat taman. Sume aku layan. Walaupun kenal baru 5 minit. Kalo lelaki datang nak ngorat...? Erk...... Sorry la. gua bla dulu (=___=)

PEMAAF :
Ambik masa jugak la. Dan tengok jugak pada kesalahan yang dilakukan * Perempuan senang je nak maafkan sape², tapi..dia akan ingat sampai bila². Seseorang pernah mainkan perasaan aku. Aku dah maafkan dia. Dan aku masih berkawan ngan dia. Tapi, aku tak lupa ape dia buat *.

PEMARAH :
Tengok pada sebab dan situasi.

PENDIAM :
Tak. Kadang² kalo mood tak ok, aku diam la.

GEDIK :
Bagi aku, tak. Tapi tak tau la kot² ade orang rasa aku ni gedik. Ade ke??? (~___~)

PEMALAS :
Hahaa. Tak nak jawab soalan ni boleh??? Malas nak jawab (T___T)

BERANI :
Tak kot. Tapi tahun lepas masa sume balik terengganu, ayah pulak ade kursus kat Kota Kinabalu. Aku tinggal kat rumah sorang². Ade la dalam 3,4 hari kalo tak silap. Time tu nak dekat raya korban dah. Sume orang balik kampung. Kat quarters ni pulak tinggal aku je sorang². Beranikah aku??? Memberanikan diri sebenarnye. Siyes. Aku tak berani, luka sikit je aku dah lemah kepala lutut. Then nak nangis² bagai. Lebih² lagi kalo nampak darah. Selalu kena gelak ngan family. Huhuuu.

Ok. Dah la. Dah masuk pukul 2 pun. Setakat ni je la soalan. Kalo nak jawab, silakan copy dan jawab. Kalo tak nak takpe la. Mungkin aku takde bakat dalam bab² mencipta soalan ni. Hahaa. Poyo je ayat. Ok. Happy blogging (^___^)

7 comments:

amar haziq said...

selamat pagiiii
salam ziarah..=>

jenguk2 lah blog sy k..
http://amarhaziq-ceritasaya.blogspot.com/

mie said...

rasanya ada kot yg minum guna hidung..
hahhahaaaa

pago" said...

meh jawabkan:

BERJALAN :
memang penat, rasa nak suruh org dukung selalu.. haha.

aduka said...

penah minum air ikot idong time kecik2 dlu.. haha..

Nurul Farhana said...

amar - tq =]

mie - ade..ade..tengok komen aduka tu..huhuu..

pago - huhuu..time kecik leh la..

aduka - respek la..minum air ikot hidung..huhu..

saya_arief said...

nk jawab ke x ea...
ade upah x..?
eskrem ker..

Nurul Farhana said...

haha...jawab la. kalo rajin.
takde upah..huhuu =p