Sunday, July 26, 2009

Share A Memoryzz..

Hari itu, 23 Julai 2009. Kakak2 kat pejabat termasuk Kak Helma ngan Kak Esni ajak aku untuk pegi Majlis Makan Malam bersama Pak Lah dan Datin Seri Jeanne. Sebenarnya agak malas nak pegi sebab bila dah balik keje, mesti penat & rasa macam nak tido je terus. Tapi atas desakan diorang sekadar untuk memenuhi jemputan, maka aku pegi la jugak. Ketika itu, aku fikir. Ok. Pegi makan sahaja, then balik. Boleh la. Langsung tidak excited sebab nak jumpa Pak Lah. Aku cuma tahu pegi makan sahaja. (T_T)


Maka, malam itu aku bersama staf2 sokongan yang lain pun sama2 la menaiki bas IPGM Kampus Tawau untuk ke sana. Pensyarah2 dan pelajar2 pun ade jugak pegi. Ke sana? Ok. Sumpah. Aku langsung tak tau tempat di adakan majlis itu di mana. Yang aku tau tempat itu di hotel. Ape nama hotel itu, sungguh aku langsung tau tau. Malas nak ambik tau. Sehingga ke hari ini, aku langsung tak tau ape nama hotel itu. Huhuu. Kejam. Cuma yang ade di fikiran aku, hotel itu berada di atas Eastern Plaza yang berdekatan dengan Pasar Takada. Itu sahaja.


Tempat itu cantik (walaupun cuma masuk Dewan Makan & Tandas sahaja), makanan pun sedap. Tak rugi la jugak datang. Huhuu. Dan aku memang tak rasa excited pun nak jumpa Pak Lah (mungkin sebab dah biasa tengok kat TV).


Tapi, lain pulak perasaan ini bila first time nampak Pak Lah ngan Datin Seri Jeanne depan mata. Hahaa... Tiba2 rasa excited. Wah, ini rupanya Pak Lah. Hmm.. Begini rupanya perasaan bila jumpa dengan orang yang tak pernah jumpa pun sebelum ni walaupun biasa tengok kat TV.


So, di kesempatan itu, sempat jugak la aku snap gambar Pak Lah dan Datin Seri Jeanne secara dekat (walaupun cuma sipi2 sahaja dan kualiti gambar yang agak blur). Dan sedikit kenangan manis untuk dikenang, dapat la jugak aku bersalam dengan mereka. Hmm.. So sweet la.








Bercuti di Sandakan, awal bulan Julai.








Adik Ain ngan kawan2 dia, Mieza & Rashidah.


p/s : Can't forget dot..dot..dot... =p

2 comments:

Unknown said...

amboiii jumpa mantan pm lagi. bestnya.

Nurul Farhana said...

jmpa skjp je..huhu..