Tuesday, August 04, 2009

Al-kisah Pukul 1 Tengahari..

Hari ini. Lokasi, di pejabat. Di meja sendiri. Jam, mungkin hampir pukul 12. Eh. Mungkin dah nak masuk pukul 1. Aku tak tengok jam, agak2 je. Ye la, dah ramai pensyarah balik. Dah masuk pukul 1 la tu.


Hm.. Aku buat ape time2 macam ni?? Nothing. Just conteng2 buku. Motif?? Tadi tengah key-in data kat pc, lepas tu Kak Siti pinjam jap nak guna. Sementara Kak Siti guna tu pc, aku pun membuang masa la menconteng-conteng buku. Buku nota. Di meja sendiri. Hobi yg sungguh tidak sihat. Eh. Tak, aku bukan conteng sembarangan. Aku conteng sesuatu yg aku suka. Nukilan hati.


Takde ape yg penting nak di 'nukilan' kan. Mungkin lame tak update blog, jadi aku agak gian nak mengarang cite karut marut. Oleh itu, nukilan aku kali ini di beri tajuk.. Al-kisah Pukul 1 Tengahari. (T_T) (walaupun tak berapa sure, sebenarnye pukul berapa ketika itu).


Ok. Aku bosan ni. Eh. Tak. Tak boleh cakap macam tu. Aku tak boleh bosan. Keje aku best. Aku banyak belajar benda baru. Belajar itu, belajar ini. Jadi, isu bosan tak boleh timbul. Ok. Aku tak bosan. Aku suka. Sangat suka. Cuma sekarang ini, hanya duduk2 di kerusi. Jadi agak bosan sikit. sikit je, ok.


Ah sudah. Perut aku lapar la pulak. Tadi dah makan. Kenapa sekarang perut aku lapar lagi ni?? Aduh perut, kenapa kau lapar lagi??? Aku dah malas nak makan ni. Nanti tambah gemuk. Malas lagi nak turun pegi makan di Medan. Duit pun ade 2 ringgit saja ni. Hahaa.


"Ana, sekarang ni ko tak gemuk pun. Pandai2 cakap nanti tambah gemuk".

Ok. Aku tak gemuk. Cuma, muka aku ni montel sikit kan? Tu pasal la nampak macam gemuk kan....? Hahaa. Whatever la.


Ok. Tak nak cakap pasal gemuk lagi, nanti btol2 rasa diri ini dah gemuk. Sekarang, teruskan usaha mengarang cite karut marut versi tengahari ini. Ntah ape2 la.


Aku rasa, macam aku nak release tension la sekarang ni (btol ke ejaan macam tu??). Tapi persoalannye, adakah aku sedang dilanda perasaan tension itu? Eh. Tak. Tak la. Aku ok je ni. Duduk santai kat atas kerusi besar yang boleh pusing2 berwarna biru damai, sambil minum nescafe panas 3 dalam 1, sambil karang cite lagi.. Takkan la tension pulak kan. Huhu...


Ana. ape ko mengarut ni?


"Aku punya suka la, aku punya blog.."


Cik Ana, hari ni sihat ke?? Semalam tido mimpi ape?


"Semalam tak ingat mimpi ape. Mungkin mimpi jadi Ultraman. Huhu. Hari ni sihat je. Alhamdulillah. Mungkin ade wayar yg terputus sehingga menyebabkan aku berkelakuan sedikit aneh. (T_T) ".


Tolong la siyes sikit. Boleh??


Oh. Ok. Sekarang aku nak tulis pasal tarikh 14 Ogos 2009 yg akan datang. Tak lama lagi dah. Kenapa dengan tarikh tu?? Just nothing. Cuma, tarikh itu penting bagi aku dan aku mesti ingat. Mesti. Ok.


Menjelang tarikh itu.


My wish. (Don't ask me why ade wish segala. Aku punya suka la)
  • Bertambah rajin buat keje (Sebelum ni tak berapa nak rajin)
  • Tak dapat ape2 pun takpe, asal ade org ingat (T_T)
  • Most important! Sangat2 tidak mahu melibatkan diri dalam dunia percintaan! Cinta monyet, kerbau, lembu atau ape2 saja. Buat masa sekarang, sangat2 tidak mahu, ok. Siyes ni. Don't ask me why. Sebab, saya takde jawapan untuk pertanyaan itu. Jadi. Tolonglah, sesiapa sahaja di luar sana yg bergelar lelaki. Tolong jangan ajak saya kapel, bertunang apatah lagi kawen. Saya tak nak! Siapa2 pun. Saya sangat2 tidak berminat untuk menamatkan status bujang ini sekarang. Remind This!! * Saya dah normal sekarang. Abaikan je la patah2 perkataan kaler biru ni. Tq (^__^) *.
  • Nak gembira selalu. Walaupun tak punya sebab yg kukuh kenapa aku mesti gembira. Hidup mesti mau happy, baru ati tenang =]
  • Bebas dari segala jenis masalah.
  • Bertambah maju dalam hidup. Teruskan usaha untuk terus berjaya. Walaupun tak dapat sambung belajar (T_T)
  • Simpan duit untuk kegunaan hari susah. Jangan boros!
  • Mungkin aku perlu menangis?? Yup!
  • Kena belajar berdikari lagi. Sebab sekarang belum cukup berdiri di atas kaki sendiri lagi!
  • Ape2 pun masalah yg aku hadapi. Jangan libatkan orang lain. Belajar untuk settlekan sendiri. Ok.
Sekarang macam bukan sudah wish. Tapi lebih kepada peringatan, pesanan kepada diri sendiri. Huhuu. Bagus tamatkan sahaja di sini. (T_T)


p/s : Cite ini dikarang tengahari tadi tapi di'blog'kan pada tengah malam ini.

No comments: