Wednesday, July 22, 2009

Saya Nak Kawen..!!


Eh....! Apekehalnye nak kawen?? Hahaa. Suka-suka je la taruk tajuk tu untuk entry kali ni. Sebab?? Sebab....... Tak tau nak taruk tajuk ape. Huhuu. Mungkin terpengaruh ngan entry Adeq Zati (Tun Teja) baru2 ni yg ade sebut pasal kawen =]


Ok. Berhenti fikir pasal kawen.


Saya masih belum nak kawen lagi. Bagi laluan kepada anda dulu. Ok. =p


Hmm...


Tak tau la ari ni dah masuk ari keberapa aku keje kat JPIPK. Malas nak kira. Keje makin ari, makin banyak. Tapi aku suka. Bila Banyak keje, takde masa nak fikir pasal benda lain. Benda yg kadang2 sangat menyerabutkan kotak fikiran ini.


Sekarang, kotak fikiran ini hanya nak fikir / fokus pasal keje. Fikir. Macamana nak jadi pekerja yg baik. Rajin. Disenangi oleh sume orang, disayangi oleh bos (budak ni mintak puji. Hahaa). Dapat siapkan keje secepat yg mungkin. Cepat faham ape yg bos suruh & macam2 lagi la yg nak kena fikir. Demi untuk memajukan diri sendiri. Banyak sangat yg nak kena fikir. BANYAK.


Hampir meningkat ke umur 21 tahun, rasanya bukan masa untuk main2 lagi. Bukan masa untuk enjoy saja, abiskan duit mak ayah. Sekarang masanya untuk fikir pasal kemajuan diri sendiri. Fikir pasal masa depan. Kalau tak fikir, sampai bila2 pun diri tak akan maju. Berjaya. Nak ke, jadi orang yg gagal dan terus merelakan dirinya untuk gagal seumur hidup. Tak nak kan?? Sape nak, angkat tangan. Kamu?? Tentu sekali tidak kan?


Sungguh. Bila sibuk dengan urusan keje. Kadang2, diri ini rasa sangat bahagia. Bahagia sebab, setiap hari ade saja keje yg nak kena buat / selesaikan. Masa tak sia2 macam tu je, sebab terisi dengan urusan yg lebih berfaedah. Hidup ini, rasa lebih bermakna. Dan jugak, melatih diri jadi manusia yg berguna. Hai, Angkat bakul sendiri nampak. Huhuu.


Walaupun letih sebab keje banyak, tapi berbaloi..sebab ade upah (gaji). Ye la, zaman sekarang ni mana ade orang nak bagi duit free kan. Tambah2 lagi, duit memainkan peranan yg penting dalam kehidupan seharian kite. Sume nak kena pakai duit tau. Takde duit, agak susah jgk la nak teruskan idup ni. Takkan la nak tunggu duit turun dari langit kot. Then, duduk je kat rumah sambil goyang kaki, sambil2 tambah berat badan (keje ari2 cuma makan, tido, makan, tido je. Naik la berat badan. Haha. Pandai2 je aku cakap ye). Ini bukan fakta ok. Tapi realiti kehidupan.


Pasal letih / penat / lelah. Ni lagi satu hal.
"Wahai rakyat jelata Beta sekalian, harapnya ade la barang seorang dua yg sudi tampil ke hadapan memberikan Beta jawapan. Ade ke keje, hatta apa2 pun perbuatan yg tidak mendatangkan sebarang rasa penat lelah kecuali sedang beradu, duduk2 beristirehat". Ade ke?? Takde kan?? So, fikir sendiri la. Nak seribu daya, Tak nak seribu dalih. Ade faham?? (Versi Raja2 ditamatkan serta merta, kerana adapun sahaya ini bukanlah keturunan Raja2 melainkan hamba keturunan biasa2 sahaja).


Ah sudah. Nampaknya, penulisan ini dilihat semakin mengarut-ngarut. Gaya bahasa yg entah ape2 dan penggunaan bahasa yg bercampur-campur. Entah ape kebenda yg aku karang ni, aku pun kurang pasti. Hehe. Sesuka ati 'dia' je kan... =]


Ok la. Mana yg baik itu jadikan panduan di hari2 yg akan datang. Yg tak baik, buang je ke longkang. =p


Sekarang. Mata ini sudah benar2 mengantuk. Dia cakap, "Ana, p tido la. Boring dah pc ni tengok muka ko jak dari tadi".


"Ya meh?? Ok. Nak tido la ni."


Sebenarnya, nak post entry yg pendek je tadi. Tapi, tiba2 datang idea lain.. Jadi taip saja la ape yg terlintas di fikiran. Budak ni memang macam ni. Aneh. (T_T)


Ok la. Selamat Malam Semua.


Semoga Kalian Akan Selalu Mendapat Keberkatan dan Perlindungan serta Hidayah Dari-NYA.
Amin.


Assalamualaikum.



Senarai tugas yg nak kena selesaikan. Mesti catat mana yg dah, mana yg belum settle. Nanti kalau lupa, susah tau. Tulisan sangat2 cakar ayam. Nak cepat punya pasal. Keje kan, mesti la nak kena kejar2 slalu. Ingat! Masa takkan tunggu kite. Kite yg nak kena kejar masa. Ok.


p/s : Entry yg agak berbeza dari sebelum2 ini. Tak tau kenapa. Mungkin, saya terlebih bahagia hari ni. =]

No comments: