Sunday, October 21, 2012

MARI MEMASAK BERSAMA CHEF ANA : NASI GORENG CINA



Assalamualaikum w.b.t. Salam ahad ^____~ dannn selamat petang semua.

Okey, tajuk entri hari ini ialah...Mari memasak bersama Chef Ana : Nasi Goreng Cina. Hahaa. Okey, tak payah gelak. Tajuk memang tak boleh blah. Hai semua, ini segmen baru iaitu mari memasak ^____^ Cuti-cuti ni, duduk rumah je..tunggu budak-budak balik sekolah dan ini adalah hobi baru aku, memasak untuk budak-budak. Fuh. Aku memang jarang masak sebelum ni sebab duduk hostel dah 2 tahun lebih, beli nasi bungkus then makan dalam dorm. Tapiiii, bila dah balik kampung..duduk rumah mak cik, ini la rutin harian. Practice makes perfect, okey ^____^

Ya, I know...nasi goreng cina je kot. Hee. Biar laa..nak jugak kongsi resepi kat sini :p Mana la tau kan, kot kot ade budak budak bujang yang nak masak tapi tak tau caranya. Haaa...boleh la rujuk kat sini. Masak cincai cincai je pun jadi kot. Huhuu. Here we go . .

BAHAN - BAHAN :

Nasi sejuk (lebihan nasi semalam ke, yang penting tak basi lagi. Ikut la nak buat banyak mana pun)
3 biji telur ayam (kalo nasi sikit, sebiji, dua biji pun okey dah)
Sotong
Ayam (isi ayam, potong kecik-kecik, tak pun siat-siat)
1 Kiub pati ayam
6 Lada jarum (cili yang kecik-kecik tuu, orang terengganu panggil lada jarum. tumbuk sikit sikit )
3 biji bawang putih (tumbuk sikit sikit)
Serbuk lada hitam (guna yang ori lagi okey kot)
Ajinomoto
Garam
Minyak masak

CARA - CARANYA :

Panaskan minyak, lepas tu tumis bawang putih dan lada jarum sampai lah naik bau (wangi)
Masukkan telur, biar kejap..tunggu sampai telur dah masak sikit, lepas tu kacau kacau bagi hancur.
Masukkan ayam, sotong..biarkan kejap.
Bila ayam dengan sotong dah masak sikit, masukkan nasi, kiub pati ayam..dannn garam sikit. Pandai pandai la agak. Then, kacau kacau bagi rata.
Ajinomoto jangan lupa, sebagai penambah rasa je. Dan jugakkk serbuk lada hitam.
Bila rasa dah okey semua, boleh la tutup api dan hidangkan ^____^

Haaa..senang je kan? Cuma, aku tak letak sayur..sebab time buat hari tu sayur takde. Hee. Dah boleh makan, selamat menjamu selera ^____~

Nanti next entry, aku kongsi resepi lain. okey, sekian.

2 comments:

kindergartenlibrary said...

nyum2 ... bagus2 . mesty pandai masak . :)

Nurul Farhana said...

haha...tak pandai pun. tapii..suatu hari nanti nak kena masak untuk suami, anak-anak... so, kite kena la praktis dari sekarang...insyaallah, lama lama mahir laa..kan? :)

thanks nelly sudi singgah.. :)