Wednesday, November 07, 2012

JOM MASAK : BUBUR NASI + BILIS PEDAS

Assalamu'alaikum semua.

Haii...semua sihat kan? Hujan hujan ni, asyik laparrr je. kejap kejap makan, kejap kejap makan. haih T____T dah makin gemuk dah ni haaa. Ggrrr..

Okey, ni resepi kedua aku nak kongsi ngan korang selepas nasi goreng cina hari tu. Kali ni, aku bagi resepi bubur nasi yang memang simple sangat sangat nak buat tapiii sedap! Hahaa. Angkat bakul sendiri nampak. Huhu. Sebab aku memang fanatik ngan bubur nasi, nasi air...lalalaa ^____~

Okey, aku malas nak cakap banyak. Ni gambar, and kat bawah tu resepi..okey?




BAHAN - BAHAN BUBUR NASI :

  • 1 pot beras / sukatan (basuh macam biasa, kalo nak buat banyak, buat 2 pot beras)
  • 1 kiub pati ayam (aku guna jenama maggi, kalo rasa tak cukup 1, tambah la setengah lagi)
  • 8 gelas air
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • 2 biji bawang putih (tumbuk)
  • Daun sup, daun bawang
  • Sawi jeruk (tak letak pun takpe)
  • Garam (kalau nak tambah la sikit)
  • Minyak masak lebih kurang 2 sudu besar

CARA - CARA :

  • Basuh beras macam biasa, pastu kisar dengan air sikit. kalau takde blender, tumbuk tumbuk pun boleh..bagi hancur sikit. Pastu, ketepikan dulu
  • Panaskan periuk, minyak masak. Pastu, tumis bawang besar and bawang putih sampai naik bau
  • Masukkan air 8 gelas, nak lebih lagi pun boleh je..biarkan hingga mendidih
  • Masukkan beras yang dah dikisar tadi
  • Masukkan kiub pati ayam (hancurkan dulu), kacau - kacau bagi rata.
  • Perlahankan api, guna api kecik je
  • Sentiasa kacau, tak nak bagi nasi berkerak.
  • Boleh tambah garam kalau nak. Ayam, lobak, ubi kentang pun boleh jugak kalau nak tambah. Aku buat simple je ni.
  • Dannn...tunggu la sampai nasi tu dah jadi bubur.
  • Bila dah jadi bubur, boleh tutup api. Masukkan sawi jeruk, kacau - kacau.
  • Masukkan daun sup, daun bawang. Boleh hidang. Insyaallah sedap ^____~

BAHAN - BAHAN BILIS PEDAS :

  • Ikan bilis (ikut la banyak mana korang nak)
  • Telur sebiji
  • 8 tangkai lada jarum / cili padi  (lagi banyak, lagi pedas, lagi sedap!) ^____^
  • Minyak masak

CARA - CARA :

  • Panaskan kuali, panaskan minyak. Goreng bilis macam biasa. Siap goreng, ketepikan dulu
  • Dalam kuali yang sama, guna lebih kurang 2 sudu je minyak masak. Masukkan cili padi yang dah pun korang potong kecik-kecik. Kacau kacau
  • Pastuu...masukkan bilis yang korang goreng tadi, kacau kacau bagi sebati dengan cili..tapii, jangan la sampai hangus
  • Then, masukkan telur. Kacau kacau bagi rata. Siap! Boleh angkat dan dimakan dengan bubur nasi ^____~ Fuhh. Sedap!

Sekian sahaja perkongsian resepi petang ini. Selamat mencuba! Err..tunggu la bubur tu sejuk sikit baru makan, kan tak pasal pasal melecur lidah tu..hehe..

3 comments:

obat keputihan herbal said...

thanks gan..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

~ama dop makang nasik air..bleh try masok malam ning.resepi ada doh..