Thursday, April 22, 2010

Tentang Mereka. Mereka Ini Kesayangan Saya


* Sekadar gambar hiasan *


Assalamualaikum.

Aku agak malas nak update sekarang kan? Huhuu. Kelas memandu pun dah 2 minggu aku tak pegi. Hohoo. Apsal ntah budak ni malas sangat.. (~___~)

Dah lewat sangat sekarang ni, dah nak masuk pukul 2 pagi dah..tapi mata tak mengantuk lagi. Ni pun baru je habis layan cite Akasia Adamaya kat SINI. Aku suke giler cite ni. Tapi tu la, tak dapat tengok petang, aku kan keje. Balik rumah pun sempat tengok dalam 15 minit je. Lepas tu pegi solat mahgrib, selesai solat bergegas pegi bukak koperasi balik. Ye, rehat cuma setengah jam je. Nasib la rumah ngan koperasi tak jauh.

Cakap malas nak update kan? Habis tu, sekarang kenapa tetiba je conteng² kat sini? Gian nak blog ek? Hahaa. Tak boleh blah. Kalau dah name blogger tu, blogger jugak la (^___^) Hmm. Banyak nak cakap ni. Ape???

Ok. Dah masuk 22 April 2010 kan? So, Selamat Hari Lahir Ain. Ye, Adik bongsu aku, NURUL AIN FAHIMAH dah masuk umur 9 tahun dah. Dik, dah besar dah. Jangan nakal² ek. Belajar rajin² ok. Semoga panjang umur dan murah rezeki selalu. Kak Na sayang Ain!


* Ain *

9 April hari tu, Hari Lahir Mak, ZAINUN..yang ke-47 tahun. Selamat Hari Lahir Mak. I love you! Semoga panjang umur dan murah rezeki selalu. Insya'allah (^___^) Saje je tunggu birthday Ain, baru nak wish sekali. Huhuu.


* Mak, gambar Disember 2008 *

11 April pulak, Hari Ulang Tahun Perkahwinan Mak (ZAINUN) ngan Ayah (MOHD HANAFIAH) yang ke-24 tahun. Sayang Mak ngan Ayah selalu. Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Amin.


* Ain, Ayah dan Mak *

Untuk adik yang baru habis study kat Kolej Matrikulasi Labuan, NURUL FASIHAH. Tahniah dik, sebab layak untuk ambil ujian MEdSI dan jugak MUnSyI 24 April ni. Walaupun baru permulaan, dan dah lepas ujian nanti belum tentu lagi dapat ke tak sambung belajar. Tapi, insya'allah la. Pasti boleh. I know you! Yakin ngan kemampuan diri ok, do your best! Wish you good luck! (^___^)


* Adik, yang tengah² tu dia. Masa kat Matrik, dia aktif aktiviti surau *

Dan for my bro, MOHD SYAFIQ. Gua respek lu bro! Hahaa. Tetiba. Ok. Aku memang respek ngan abang aku sorang ni * Ceh, macam pulak kau ade banyak abang. Abang kau memang sorang je pun. Huhuu *. Balik kepada story. Kenapa respek? Ok, mari aku story sikit tentang abang aku ni.

Umur abang aku dah pun masuk 23 tahun..tua setahun je dari aku. Abang aku ni kan, memang citarasa dia agak tinggi sikit. Tinggi macamana tu, aku tak pasti la pulak. Cuma yang aku tau, kalo dia nak something..dia akan usaha sampai dapat * Ade kaitan ke? Huhuu *. Mungkin bab pelajaran tu, tak la. Sebab dia memang jenis yang tak berapa minat belajar. Habis SPM 2004, then dia menganggur setahun. 2006, dia masuk Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) kat Kinarut Kota Kinabalu, Sabah. Kat sana, dia ambik kos penyamanan udara.

Habis belajar, 2007 dia start keje kat Kemaman, Terengganu. Keje sebagai juruteknik kat syarikat aircond. Sebab tu je kemahiran yang dia ade. Tapi, aku kira dia ni agak beruntung sebab kemahiran tu la yang banyak bantu dia untuk berjaya keje dengan baik walaupun pelajaran dia tak sehebat mana. Dan dia agak beruntung sebab dia tau lebih dari kawan dia, jadi bos pun sayang dia banyak la. Maksud aku, ade keje yang kawan dia tak boleh buat, tapi dia boleh buat. Sebab tu bos sayang dia.

2008, abang aku tukar keje sebab nak up gaji..dia dapat keje kat Hotel Cherating, Pahang. Tapi tak lama la. 2009, dia balik sini * Tawau *. Dia nak cuba nasib kat sini, dapat la keje kejap kat Universiti Malaysia Sabah (UMS). Dan tak lama lepas tu, dia terbang pulak ke KL. Dapat keje baru, ape name tempat tu aku lupa dah. Dia apply keje tu melalui Jobs Malaysia. Tu pun tak lama jugak la. Sebab lepas tu dia dapat lagi keje baru. Kat KL jugak. Masih jugak pegang jawatan juruteknik, tapi kali ni dalam kem tentera kalo tak silap.

Eh, kejap. Aku tak tau dah jalan cerita aku ni bawa kite ke mana. Hohoo. Apsal ntah aku bantai story panjang² ni? Haish. Sebenarnye macam ni. Sejak keje kat KL, abang aku dapat la beli motor sebijik guna duit hasil titik peluh dia sendiri * Boleh ke sebut sebijik? (T___T) * Tau je la kat KL tu macamana, takde kenderaan..susah jugak la nak bergerak ke sana ke mari. Tapi, kesian kat dia. Bulan 11 tahun lepas, sehari sebelum balik Terengganu, motor dia tu kena curi. Dah la dia penat keje, kumpul duit nak beli kereta lagi, tup tup motor pulak kena curi.

Bengang. Tapi, dia takde ah frust sangat kot. Elok² je lepas tu dia beli motor lagi sebijik. Dan yang terbaru, baru je tadi aku dapat tau. Dia dah beli kereta dah. Wah! Tahniah bro, tercapai jugak hajat nak beli kereta ye. Dan paling aku tak sangka, dia angkat PROTON WAJA bai. Aku ingat kan, dia beli la kancil ke, myvi ke, proton wira ke, saga ke, biasa² punye kereta la. Haish. Dasyat lu bro. Sebab tu la aku cakap dia ni citarasa tinggi. Kan? * Lepas ni bro, jimat² la sikit belanja ye. RM500++ sebulan nak bayar kereta. Jangan buat² lupa pulak (^___^) *.

Kebanyakan barang² yang dia ade sekarang, semuanya hasil titik peluh dia sendiri. Dia nak, dia usaha sampai dapat. Dia nak motor, Iphone, kasut, baju, dia beli pakai duit dia. Macam tu jugak la kereta. Sebab tu la aku respek kat dia. Ayah pun turut rasa bangga. Sebab dia dah buktikan pada ayah yang dia boleh berjaya walaupun bukan dalam pelajaran. Dia dah buktikan yang dia boleh hidup berdikari, boleh dapat ape yang dia nak tanpa harapkan bantuan ayah. Sebab dulu ayah pernah cabar dia * Ayah tak nak dia terlalu bergantung dengan ayah, dia kena usaha sendiri kalo nak sesuatu *.

Bro, selamat maju jaya! Jaga diri baik². Jangan lupa diri, jangan lupa family. Dah ade kereta, jaga kereta baik². Jangan layan sangat perempuan gedik, boleh? Hohoo. * Orang cakap, perempuan sekarang pandang lelaki yang ade kereta. Dan aku mula risaukan abang aku! (~___~) Fuh. Lagipun dia cakap, time dia bawa motor..takde orang nak pandang! *


* 1 ~ Gambar dia tahun lepas, 2 ~ Gambar terbaru, 3 ~ Kereta dia *

Ok. Setakat ni je la. Aku dah membebel terlalu panjang. Take care!

5 comments:

pijoe said...

pic sy takde pun??huhu

Nurul Farhana said...

huhuu...tak kenal lagi, takde la.. =]

Anonymous said...

test comment

Nur Adawiyah said...

suka tgk gmbr :) jealous :/

Nurul Farhana said...

tq..huhuu... ala, gambar biase² je tu..