Saturday, April 24, 2010

Kimia by Melda Ahmad???


* Melda Ahmad *





Tadi petang, time blogwalking...

Eh, lupa.

Assalamualaikum semua..

Dan salam sejahtera bagi yang non-muslim. Salam pagi Sabtu ( 2.27 AM )

Sambung.

Tadi petang kan, time aku tengah pura² rajin pegi jalan² blog orang...then, aku masuk la satu blog ni * Macam biasa la, sehingga ke saat ni..aku lupa dah ape name blog tu. Heh (T___T) Tak tua lagi dah selalu lupa. Kalo dah tua nanti, wallahu'alam *.

Tapi kan, ade satu benda la yang aku tak lupa pasal blog tu. Lagu dia. Yups. Lagu dia. Ye. Lagu. Berapa kali nak ulang ni??? Bagi back-hand kan. Nak??? (T___T) * Diam *.

Ok. Kenapa ngan lagu dia? * Bukan dia yang nyanyi, okey. Harap maklum. Yang aku maksudkan di sini adelah lagu yang dia pasang kat blog dia *. Biasanye, aku macam nak blah je kalo blog yang aku masuk tu tetibe keluar lagu, then buat aku terkujat seketika. Memang rasa cam nak blah je. Tapi tak jugak blah (^___^). Haish.

Lagu dari blog dia tu yang tetibe je menerjah cuping telinga aku ni... Ceh. Sastera nampak. Hahaa. Ok. Sambung lagi * Banyak merepek la kau ni, story la cepat (=___=) *. Lagu dia tu buat aku terkaku kejap. First time dengar. Eh. Sedapnye. Lagu ape ni? Tak pernah dengar pun kat mana² * Atau mungkin aku yang ketinggalan??? *. Lagu tu best! Perempuan yang nyanyi.



Agak jakun * Takde kaitan *, aku pun terus google tajuk lagu and nama penyanyi tu. Dah jumpa, aku download melalui 4shared.com. So, aku nak kongsi la ngan korang.. Kalo nak download lagu tu, Kimia by Melda Ahmad. Klik kat SINI.


* Copy this image from Here *


Ni pulak, lirik lagu dia. layan.. (^___^)




Kimia by Melda Ahmad

Aku mula jatuh hati kepadamu
Setelah kau kata cinta padaku
Masing-masing dulu punya pasangan
Akhirnya kita bersama
Pertama kali kita bersua bertentang mata
Terasa ada kimia di antara kita

Kau kucup pipiku
Kau bisikkan cintamu
Kau kata baby i love you
Kau cairkan hatiku

Bahagia
Kurasa disaat kita berdua bersama
Memandang bulan terang
Menyaksikan bintang-bintang
Kau seru akulah pelangi cintamu




2 comments:

enjelinajolipit said...

gua nak tunggu lagu fizik plak. agak2 emelda bini adlin mau nyanyikan tak?

Nurul Farhana said...

huhuu...next time dia nyanyi kot... =]

agak pelik sbb tajuk dia kimia (mungkin kelainan bagi chemistry kot)