Tuesday, April 06, 2010

Langsung Takde Motif, Just For Fun




Assalamualaikum.

Tadi selongkar laci cari surat KWSP, tapi terjumpa pulak artikel yang dulu copy dari internet dan print. Dah print setahun yang lepas kot, dah lupa dah. Copy dari mana pun tak ingat dah. Huhuu. Nak tau artikel ape? Tengok gambar kat atas. Haha. Meh sini baca * Sekadar tulisan, ubah guna tulisan sendiri ~ ayat berbelit-belit *. Langsung takde motif, just for fun.

Intro . . .

Pernahkah anda digilai seseorang yang begitu teruja dengan diri anda? Si dia yang mencintai anda itu mungkin benar² ikhlas, namun anda tidak pernah memberinya peluang. Apabila segalanya sudah berakhir, menyesal pun dah tak guna dah. Bukan seperti sebuah drama, segalanya berakhir dengan kebahagiaan. Namun, dalam dunia nyata..tidak semuanya berakhir penuh kebaikan. Mengakhiri episod sebuah percintaan yang malap, penuh kesayuan dan kepedihan membuatkan anda merana selamanya. Biarpun pernah menderita, cuba selidiki kenangan yang pernah anda cipta bersama si dia. Mana tahu anda mampu mengubah pandangan anda kepadanya.

  • Orang yang mencintai anda tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai anda. Yang dia tahu, di hati dan matanya hanya anda satu-satunya orang yang dicintai.
  • Walaupun anda sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli. Baginya yang penting anda bahagia dan tetap menjadi impiannya.
  • Orang yang mencintai anda selalu menerima seadanya, di hati dan matanya anda selalu yang tercantik walaupun mungkin anda berasa berat badan sudah bertambah.
  • Orang yang mencintai anda selalu ingin tahu apa saja yang dilalui anda sepanjang hari.
  • Orang yang mencintai anda akan mengirimkan sistem pesanan ringkas ( SMS ) seperti selamat pagi, selamat hari minggu, selamat tidur dan seumpamanya walaupun anda tidak membalas SMSnya.
  • Menerusi kiriman SMS itulah, dia menyatakan cintanya dalam cara yang berbeza. Bukan 'aku CINTA padamu' tetapi berselindung di sebalik ayat selain kata cinta itu.
  • Jika anda menyambut ulang tahun hari lahir dan anda tidak mengundangnya ke majlis yang di adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon atau mengirim SMS untuk mengucapkan selamat hari lahir.
  • Orang yang mencintai anda akan selalu mengingati setiap kejadian yang dia lalui bersama anda, bahkan mungkin kejadian yang anda sendiri sudah melupakannya. Kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga baginya.
  • Orang yang mencintai anda selalu mengingati setiap kata-kata yang pernah anda ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang anda sendiri lupa pernah mengungkapkannya.
  • Orang yang mencintai anda akan belajar menggemari lagu kegemaran anda, bahkan mungkin akan meminjam cakera padat milik anda kerana dia ingin tahu apa lagu kegemaran anda.
  • Jika anda kurang sihat kali terakhir bertemu, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan anda.
  • Orang yang mencintai anda akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin bagi anda, sekadar sesuatu yang biasa.
  • Orang yang mencintai anda akan terdiam sesaat ketika sedang bercakap di telefon dengan anda, sehingga anda menjadi bingung. Sebenarnya, saat itu dia merasa sangat gugup kerana anda sudah menggegarkan dunianya.
  • Orang yang mencintai anda bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  • Orang yang mencintai anda kadangkala merindukan anda dan melakukan perkara yang membuatkan anda pening kepala. Namun, dia cepat meminta maaf jika tindakannya itu menganggu anda.
  • Kalau melihat telefon bimbitnya, nama anda akan menghiasai sebahagian besar ruang pesanannya. Dia masih menyimpan SMS anda walaupun ia sudah dikirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun lalu.
  • Jika satu hari nanti anda merindukannya dan ingin memberinya kesempatan, dia akan sedia menunggu kerana sebenarnya dia tidak pernah mencari orang lain.....!

12 comments:

jan.naimah said...

betol tu.sgt suke dgn kenyataan awk :D

Nurul Farhana said...

copy-paste je ni...tp dah lupa copy kat mana. sbb dulu copy, pastu print. ni kira taip balik je la.. =]

Hasrol Nizam said...

"Orang yang mencintai anda bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih."

tak paham lak point ni..hehe

hmm...macam pernah jumpa je org macam dalam post ni..

Nurul Farhana said...

maksudnye..tingkahlaku dia tu macam adik beradik la, ambik berat..kalo kekasih lain kot layanan...ntah la..huhu..

erk..mcm pernah jmpa sy ke??

Nurul Farhana said...

oh..atau mksud awk, prnh jmpa org yg mcm dlm entry ni ek..

Luffy said...

aku x pandai nak jadi
'orang yg mencintai anda'
hehe

laGenDA KodOk HijAU said...

aku ada tanda tanda itu..sebab itu selalu sgt baca blog awak. itu maknanya ada cinta..

cinta seekorg haiwan dan manusia.

mampukah itu berlaku?

hans said...

rasa2nya pernah dan banyak kali ia berlaku
hahaa

Nurul Farhana said...

luffy ~ takpe. jadilah org yg m'cntai Dia.. =]

kodok ~ erk. tak boleh. tak boleh =p

hans ~ wah. gelak jahat nampak..haha..

Hasrol Nizam said...

pernah jumpa orang macam dalam entry ni le..
bila masa pula jumpa ana, dah kata kat sabah, jauh tu ngn johor ni..haha

Nurul Farhana said...

ye tak ye..haha.. =]

Hasrol Nizam said...

dah dekat sebulan baru nak reply komen.. lama benar..haha