Friday, April 09, 2010

Psst..Psst.. Malam Jumaat!

Assalamualaikum.

Psst..psst...malam jumaat! Haha. Erk. Sorry²..terpengaruh dengan iklan TV yang berbunyi seperti itu. Salam jumaat semua. Dah solat jumaat? Lelaki beragama islam only. Dah ek. Bagus. Semoga diberkati Allah selalu. Yang tak pegi solat jumaat, sebab sibuk mengerjakan benda lain..semoga Allah mengampuni dosa² kamu.

Ok. Entri kali ni..aku tak nak merepek. Aku nak story tentang Gejala Sosial. Mungkin lebih kepada isu gejala sosial yang melibatkan golongan remaja. Remaja yang beragama islam, mungkin. Dan peringatan di sini, aku menulis sesuka hati..dari hati, takde kena mengena dengan mana² pihak. Sekadar pendapat aku sendiri. Dan kalo ade salah silap bicara, sila maafkan aku. Aku akui, aku hanya seorang blogger yang kekurangan ilmu-tapi-sibuk-jugak-nak-beri-pendapat. Sangat kurang.

Gejala sosial bagi aku, tapi..mungkin jugak bukan gejala sosial bagi korang. Jadi, sila labelkan aku sebagai seorang yang berfikiran sempit jika mahu * Kite memang berkongsi dunia yang sama. Tapi sebenarnya, tak. Dunia aku dan kamu berbeza. Sangat berbeza *

Seperti yang kite semua tau, golongan remaja hari ni, macam dah bebas sangat dah hidup diorang. Nak buat ape pun, buat je..sebab, takde orang kisah kot. Diorang dah tak fikir halal haram sesuatu perkara tu. Buat kalo suke dan stop kalo dah insaf. Ok. Fine, ayat aku berbelit-belit. Dan korang masih tak faham ape yg aku cuba nak sampaikan?

Gejala sosial. Gejala sosial ni maksudnya pergaulan diluar batasan yang mengikut rentak gaya seseorang itu. Hidup bebas dan terbabas. Ye, tak naik bas pun boleh terbabas. Harap maklum.

Antara gejala sosial, mungkin cuma pada pandangan mata aku. Lain orang, lain pandangan. Dan ape yang aku nak tulis ni mungkin lebih kepada perempuan.

Kau bertudung. Sebab kau islam. Dan orang islam, perempuan, wajib menutup aurat. Dan bertudung itu, menutup aurat la kan. Bagus. Tengok pulak dari segi pakaian yang kau pakai, pun menutup aurat. Bagus. Aku gembira, sejuk je mata tengok, sebab kau sangat menutup aurat. Sangat. Tapi, kenapa..tergamak melakukan maksiat, zina sehingga melahirkan anak luar nikah? Kemudian buang ke dalam longkang ibarat sampah. Kenapa boleh terjebak sejauh itu? Salah diri sendiri kah yang tak kuat iman sehingga tergadai maruah. Atau salah sang jantan durjana yang memujuk merayu supaya menyerahkan diri untuk ditambah dosa.

Lagi sekali. Kau bertudung. Sebab kau islam. Dan orang islam, perempuan, wajib menutup aurat. Dan bertudung itu, menutup aurat la kan. Bagus. Tengok pulak dari segi pakaian yang kau pakai, pun menutup aurat. Bagus. Kau sangat menutup aurat, aku respek. Tapi kenapa ye, bila singgah kat facebook / myspace / friendster / blog kau..eh, ade gambar kau tak bertudung la. Pakai baju pun tak cukup kain, nampak pusat, nampak lurah dendam, nampak segala bagai yang mengghairahkan. Gosok² mata, kot² salah orang. Tapi tak salah, memang kau pun. Agak terkejut, ingatkan kau memang full time bertudung, memang ade rasa malu gile la kalo nak tayang gambar tak bertudung, pakai baju tak cukup kain. Rupanya, tak malu pun..tak kisah. Jadi, soalannye di sini..untuk apekah tudung itu di pakai? Sebagai penutup kepala kah, supaya kepala tak kena panas?

Diulang lagi. Kau bertudung. Sebab kau islam. Dan orang islam, perempuan, wajib menutup aurat. Dan bertudung itu, menutup aurat la kan. Bagus. Tengok pulak dari segi pakaian yang kau pakai, pun menutup aurat. Bagus. Ini menandakan kau seorang yang beriman, bagi aku. Tapi, aku jadi hairan lagi. Bila mana aku lihat, kau punya seorang lelaki yang kau gelar boyfriend. Bukan suami. Baru boyfriend. Dan kamu berdua yang aku gelar couple ni, sesuka hati je berpeluk-peluk jika mau, ibarat suami isteri yang sah. Sedangkan langsung tak sah. Raba sana sini, bersentuhan kulit maksud aku. Dan aku cuma melihat dari gambar. Jadi, yang di luar gambar itu tak tau la pulak macamana. Mungkin lagi dasyat kot. Jadi, sekali lagi..kenapa boleh jadi sebegitu murah? Sorry to say. Sedih melihat perlakuan kamu yang sebegitu. Islam hanya di bibir, hanya di IC (T___T)

Itu gejala sosial yang melibatkan perempuan bertudung. Bagaimana pula dengan perempuan yang tak bertudung. Memang full time free hair, free body * Ntah la betul ke tak istilah ni *. Sedangkan tuhan tak pernah bagi free pun, tuhan bagi pinjam je..sampai masa nanti Dia ambik la balik. Mungkin kite lupa, sepanjang tempoh Dia bagi pinjam ni..ape yang kite buat dengan harta pinjaman Dia ni akan dicatat. Ye, manusia mudah lupa..termasuk la penulis yang naif ni. Sebab tu la kite kena selalu saling ingat mengingati, terutamanya tentang dosa dan pahala.

Gejala sosial seterusnye, sambung lain kali boleh tak? Huhuu. Dah tak banyak masa dah ni, pukul 4.30 nak pegi bukak koperasi dah. Rasa macam banyak lagi nak tulis, tapi..tak berapa pandai sangat macamana nak tulis supaya orang dapat faham dengan mudah. So, next time la aku sambung lagi. Ok.

Kawan², ape yang aku tulis kali ni, bukan nak tuding jari kat siapa² * aku sedar, diri aku pun tak de ah sempurna mana pun *. Lagipun sume ni hanya dari pemerhatian aku je. Cuma sekadar renungan bersama. Fikir²kan lah. Kalo ade yang terasa, aku mintak maaf banyak²... Ye, siapa yang makan cili..dia la yang terasa pedas. Take care.

7 comments:

Meow said...

saya setuju part blogger yg dedah sana sini kat blog dia...

bagus entry kamu...saya sokong

sophie said...

setuju entry nie..tapi x semua yang x pakai tudung jaart,tunjuk body and everything..

Insyaallah akan pakai tudung bila dibukakan hati.. Amin=)

areev19 said...

setuju!! especeli kat fb,fs dan yg sewaktu dgnny..

pakai tudung, tp skali tgk dlm photo album bsepah gambar free hair n yg bla2.. baek xyah pkai trus jer tdung tu..ish2

Hasrol Nizam said...

Setuju, tapi tajuk tu mmg catch the eye lar..hehe

dulu pernah tegur direct kawan sekolah sebab 1st time nampak dia tak bertudung dalam friendster. Nasib baik tak lama lepas tu dia dah tak letak gamba bukak aurat tu..

Tp still sekarang ramai perempuan suka letak gambar cam "camwhore" dalam fs, fb etc.. boleh tergugat iman..ish3..

Nurul Farhana said...

meow ~ tq..

sophie ~ insya'allah. sy tak mksudkan semua...cuma terkilan dgn sesetengah girl islam yg kdg² terlampau seksi..sprti bukan islam..

areev ~ bnyk sgt, tp nak tegur tak mampu.. =[

nizam ~ kebetulan hari jumaat =]
bagus tindakan tu, cuma nak diorang sedar yg tndkan diorg tu slh..kalo dah pakai tudung, knp nak tayang gambar tak pakai tudung plk...tak faham.

uNIqIKA said...

seb baek model iklan mlm jumaat tu hnsem. wakakaka....
kita yg pkai tdg tp xbersalah ni plak rse malu kan?!

Nurul Farhana said...

uniqika ~ betul²...sedih rasenye kdg² tgk artis pakai baju tak cukup kain, sangat tak cukup kain. dan ramai pulak masyrakat kite yg beragama islam ni nak tiru..terutamanye golongan remaja...dan ade lagi yang perfect tutup aurat, tp dlm masa yg sama slumber je peluk² ngn boyfriend..cium² pipi la, ape la..mcm bnda tu tak salah lgsung..hairan...