Sunday, October 21, 2012

MARI MEMASAK BERSAMA CHEF ANA : NASI GORENG CINA

2 ♥ Comments ♥ ♥ Links to this posts ♥


Assalamualaikum w.b.t. Salam ahad ^____~ dannn selamat petang semua.

Okey, tajuk entri hari ini ialah...Mari memasak bersama Chef Ana : Nasi Goreng Cina. Hahaa. Okey, tak payah gelak. Tajuk memang tak boleh blah. Hai semua, ini segmen baru iaitu mari memasak ^____^ Cuti-cuti ni, duduk rumah je..tunggu budak-budak balik sekolah dan ini adalah hobi baru aku, memasak untuk budak-budak. Fuh. Aku memang jarang masak sebelum ni sebab duduk hostel dah 2 tahun lebih, beli nasi bungkus then makan dalam dorm. Tapiiii, bila dah balik kampung..duduk rumah mak cik, ini la rutin harian. Practice makes perfect, okey ^____^

Ya, I know...nasi goreng cina je kot. Hee. Biar laa..nak jugak kongsi resepi kat sini :p Mana la tau kan, kot kot ade budak budak bujang yang nak masak tapi tak tau caranya. Haaa...boleh la rujuk kat sini. Masak cincai cincai je pun jadi kot. Huhuu. Here we go . .

BAHAN - BAHAN :

Nasi sejuk (lebihan nasi semalam ke, yang penting tak basi lagi. Ikut la nak buat banyak mana pun)
3 biji telur ayam (kalo nasi sikit, sebiji, dua biji pun okey dah)
Sotong
Ayam (isi ayam, potong kecik-kecik, tak pun siat-siat)
1 Kiub pati ayam
6 Lada jarum (cili yang kecik-kecik tuu, orang terengganu panggil lada jarum. tumbuk sikit sikit )
3 biji bawang putih (tumbuk sikit sikit)
Serbuk lada hitam (guna yang ori lagi okey kot)
Ajinomoto
Garam
Minyak masak

CARA - CARANYA :

Panaskan minyak, lepas tu tumis bawang putih dan lada jarum sampai lah naik bau (wangi)
Masukkan telur, biar kejap..tunggu sampai telur dah masak sikit, lepas tu kacau kacau bagi hancur.
Masukkan ayam, sotong..biarkan kejap.
Bila ayam dengan sotong dah masak sikit, masukkan nasi, kiub pati ayam..dannn garam sikit. Pandai pandai la agak. Then, kacau kacau bagi rata.
Ajinomoto jangan lupa, sebagai penambah rasa je. Dan jugakkk serbuk lada hitam.
Bila rasa dah okey semua, boleh la tutup api dan hidangkan ^____^

Haaa..senang je kan? Cuma, aku tak letak sayur..sebab time buat hari tu sayur takde. Hee. Dah boleh makan, selamat menjamu selera ^____~

Nanti next entry, aku kongsi resepi lain. okey, sekian.

Tuesday, October 16, 2012

Masih Ada Aku

1 ♥ Comments ♥ ♥ Links to this posts ♥
Harusnya diriku kini tak seperti ini
Jadikan dirimu penguasa seluruh hatiku

Meski dirimu dan dirinya telah berdua
Namun ku tak bisa lupakan kenangan kita

Bahagia ku ada di sampingmu
kan selalu ku beri yang terbaik bagimu

Jika masih ada resah di hatimu
Dan tak ada tempat untuk mengadu
Ingatlah disini masih ada aku
Yang setia berdiri hapus pedihmu

Meski dirimu dan dirinya telah berdua
Namun ku tak bisa lupakan kenangan kita

Bahagia ku ada di sampingmu
kan selalu ku beri yang terbaik bagimu

T___T

Sunday, October 14, 2012

Selamat Tinggal Semester 5

1 ♥ Comments ♥ ♥ Links to this posts ♥
Assalamualaikum w.b.t, selamat malam..

Hai everyone *bajet ade orang baca. hahaa ^___^ hee..rindu gile kat blog!

Okeyyy, sekarang ade kat rumah makcik, kat jalan orked ni. Kat Terengganu terchenta ni haa. Semester 5 dah pun berakhir dengan jayanya *praktikal+kena siapkan report VIVA tajuk vaksin, antisera and immunological+presentation VIVA+final exam, one paper only..subjek latihan klinikal. Alhamdulillah. LEGA. So..tinggal saaaatu je lagi semester iaitu semester 6 bermula awal bulan 12 ni, sebelum pegang status sebagai Penolong Pegawai Farmasi (PPF). Heh. Penolong pegawai je kot T___T

Result semester ni tak kuar lagi, masih menunggu dengan penuh debaran *berdebar la sangat. Ceh =___= Sangat sangat berharap sem ni boleh dapat 4 flat.  Dan harap harap semua student farmasi dapat 4 flat. Insyaallah. Aamiin.  Tapiii...kalo tak dapat 4 flat, diam diam sudah..takde rezeki la tuuu. Huhuu. Kena tingkatkan usaha lagi. Okey???

Cuti semester kali ni adalah hampir 2 bulan, agak panjang berbanding cuti-cuti semester sebelum sebelum ni..biasa dapat cuti lebih kurang sebulan je or sebulan lebih. Suke suke suke ^___^ alhamdulillah.

Tapiiiii......agak sedih sebab tak balik Tawau pun..wuwuwuuu. Rindu family! Sabar sabar. Satu semester je lagi..isk. 

Okeyyy. Lupakan cerita sedih tak dapat balik Tawau jumpa family terchenta. Emm..nak aku story pasal ape ni??? Maklum la, rasa macam banyak gile kot story kat dalam kepala ni, mentang-mentang la dah nak abis study tahun depan...tetibe je mood blogging yang dulu hilang entah ke mana tu..tetibe je mai balik. Hahaa.

Oh ye. Sepanjang aku pegi menuntut ilmu farmasi kat Kelantan kan, rasanye macam tak pernah lagi aku upload gambar gambar time study, kat blog ni. Huhuuu. Give me a time, nanti ade masa aku upload la gambar gambar dari semester 1 sampai la dah nak masuk semester 6 ni. Erk. Sekarang ade je masa, tapiii...kemalasan masih membelenggu diri =___= heee...

Sebenarnya, line tenet ni haa..tak berapa nak pecut sangat. Setakat jalan macam kura-kura je...aku tunggu 4 jam pun belum tentu lagi kot boleh upload gambar. Heh. Okey, tipu je. Aku memang malas nak upload sekarang =___= kbai.

Baiklah. Aku stop kat sini, insyaallah..rajin rajin nanti aku update lain. Banyakkkk story nak kongsi. Okey korang, p tido p. Jangan lupe, basuh kaki dulu. Baca doa tido, then..good night! ^___^

Okey, nah sekeping. Buat pengubat rinduu. Hihii ;p