Sunday, April 03, 2011

Mana Adab Kamu Sesama Manusia Lain??

Assalamualaikum . Salam petang ahad .

Kawan . . .

Dengar saya nak cakap ni . Kalau kita nak orang hormat kita , belajar-belajar la cara untuk hormat orang dulu . Jangan tunggu orang hormat kita , baru kita nak hormat orang . Kalau orang tu tak pernah-pernah pun bercakap kurang ajar dengan kita , kenapa la kita ni senang-senang je nak bercakap kurang ajar dengan dia . Mana adab kita sesama manusia lain? Mana?? Urmm . Mak ayah dah ajar kan semua tu time kita kecik-kecik dulu? Time dah besar ni pun , rasanya mak ayah masih nasihat dan ajar benda yang sama kan? Mak ayah mesti selalu pesan , kalau bercakap / berdepan dengan orang yang lebih tua dari kita , hormat la orang tu . Jangan tinggi suara . Jangan kurang ajar . Bukan susah pun nak hormat orang , kan? Ego tinggi sangat ye? Huh . Rendah-rendah kan la ego tu . Saya kesal la . Kesal yang amat . Kenapa la ada manusia yang jenis tak reti nak hormat orang lain , kalau bercakap . . asyik nak kurang ajar je . Cakap baik-baik tak boleh ke? Susah sangat ke??? Belajar je tinggi-tinggi tapi takde ADAB . Haih. KESAL . . . Darjat kita disisi tuhan , sama je . Takde beza . Jadi , tolong la belajar untuk menghormati orang lain . Awak , saya , dia , kamu , mereka , kita semua sama je . Semua makhluk tuhan . Takde pun yang darjat tinggi , takde pun yang darjat rendah . Jadi . . . jangan la suka-suka je nak merendah-rendahkan martabat orang lain sebab kamu rasa martabat kamu lebih tinggi dari dia. Please . Sila tanam sifat INSAN dalam diri kamu . 

Saya tak tuju kat sape-sape , tapi kot ade sape-sape yang terasa . . saya mintak maaf banyak-banyak . Pesanan ni untuk diri saya sendiri jugak . Sebagai manusia biasa , saya akui . . saya tak  sempurna . Banyak kekurangan . .

2 comments:

Nur Areefah said...

semakin lama hidup, semakin kurang adab.

manusia mudah lupa.terima kasih ataas peringatan bersama ^^

latest entry : application facebook umpama susuk (khurafat)

mIsz IdA seNGaL said...

itulah masalah sesetengah manusia pada masa kini...engt diri dah besar sangat...kalau setakat badan je yang besar..baik tak payah...hormat menghormati lah diantara satu sama lain..renung2kan dan selamat beramal...=)