Saturday, April 03, 2010

Ini Bukan Cerita Lucah. Bukan.

Assalamualaikum..

Dah cakap dah, bukan cerita lucah. Yang korang excited sangat tu kenapa? Ececeh. Suke sangat la bab² lucah ni kan? Saje je tajuk nak gempak. Sebab tak tau dah ape jenis tajuk lagi nak letak. Btw, aku tak tipu korang. Jadi, jangan sentap. Aku dah cakap dah ni bukan cite lucah, korang tu je yang fikir bukan-bukan. Jadi, dalam hal ni..korang yang bersalah. Not me. Haha. Sengal + kejam (>___<)

Mula menaip. Makin hari, makin tak-berapa-nak-rajin. Makin dan makin. Dah la sekarang makin-tak-berapa-nak-kurus. Asyik nak makan je. Huh. Seluar jeans yang selalu pakai, sekarang dah tak boleh nak zip. Erk. Oh. Seluar jeans tu dah makin kecik kot. Hahaa. Sengal betul budak ni (T___T) * Sila kurangkan aktiviti makan kalo tak nak gemuk. Boleh? *

Macam biasa, tadi aku pegi IM ( Institut Memandu ). Belajar drive untuk kali yang ke-2. Hoyyeh. Seronok ah bawa kereta * Ayah, bila nak bagi saya main² ngan kereta ayah tu??? * Makin tak sabar nak dapat lesen cepat². Tapi kenapa ek, aku rasa bawa motor lagi best ah. Sebab motor tu kecik, celah² pun masih boleh menyelit. Hohoo.

Dah la time drive tadi, 3 kali mati enjin. Sedikit gabra bab² nak break. I mean, stop. Then, muka aku cuak giler bila ade kereta lain kat depan. Risau kot² aku pegi langgar tu kereta. Haish. Boleh tak, kalo dah dapat lesen nanti..aku nak drive kat jalan raya, tapi..aku tak nak kereta lain ade kat jalan tu. Sebab aku takut kalo nampak kereta lain dekat² ngan aku. Tiba² cam lemah semangat. Boleh tak??? * Boleh je. Kecik punye hal tu, nanti..suruh ayah kau buatkan jalan raya untuk kau sorang je guna (T___T) Hahaa *

Bukan main sedap membebel. Lupa nak tanya khabar. Korang sihat? (^___^) Hehe. Tak faham ape aku story ni? tak pe la. Tak pe. Aku memang suke bebel sorang² pun. Haha. Korang baca diam² ek, buat² je faham, ok. * Cik Ana, memang la blog ni, Ahmad Albab yang punye. Eh, tak. Tak. Err..memang la blog ni, kau yang punye. Tapi, kalo nak story something, biar la orang lain faham. Boleh??? Ye la. Ye la..(T___T) *.

Ok. Ape lagi nak cakap ni? Blur. Hm..lupa. Takziah diatas kembalinya Arwahyarham Din Beramboi ke Rahmatullah. Semoga tuhan mengampunkan segala dosa² beliau, mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan semoga beliau ditempatkan di kalangan hamba²-NYA yang beriman. Amin. Al-fatihah.

Beliau dah pun selamat dikebumikan. Selamat kembali ke tempat asal. Kita yang masih lagi tertinggal kat atas dunia ni, bagaimana pula??? Dah cukupkah bekalan untuk dibawa bersama apabila dipanggil bertemu yang Maha Esa kelak??? Atau lebih banyak dosa berbanding pahala??? Bersediakah kita sebenarnya??? * Sekadar renungan bersama, yang hidup pasti akan mati. Langsung tiada ruang untuk berlari menyembunyikan diri. Bila tiba masanya nanti..semua yang hidup akan pergi menghadap ILAHI. SEMUA. Tiada yang terkecuali *

10 comments:

Unknown said...

waaa..
excitednya pg driving class...

hehe

Amieynna Amin said...

bestnye..
teringat kenangan dulu..
wpun dah ade lesen..
tetap tak bawak kete lagi..huhu

JelinaJoli said...

hari2 cite driving klas ye?

try la amek gambo kete driving tu. baru blogger tegar kekdahnye

Nurul Farhana said...

adreynieelisha ~ mesti..selagi tak dapat lesen, dh dpt lesen..maybe dah tak excited kot..huhuu..

amieynna ~npe tak bawa?

enjelinajolipit ~ mane ade hari²..seminggu sekali..hehe.. ramai org, malu nak ambik gmbr..nnt kena cop, terlampau excited dpt bawa kreta..hohoo.. =]

Nescafe ais said...

Baru belajar bawa kereta, enjin mati tiba-tiba tu perkara biasa. Tersengguk-sengguk atas jalan macam kura-kura. Bila dah pandai nanti, pegang stereng sebelah tangan saja.

Nurul Farhana said...

yups...sekarang pun dah pandai pgg stereng sebelah tangan..kdg² pusing stereng bersilang tangan sbb rase lbh cepat..tp selalu cikgu akan tegur cakap tak boleh..huhu.. =]

kuyam said...

eh ye ke institut memandu pggil IM?hehe
mcm instant messenger je....
:D


Innalillah buat Allahyarham~

Nurul Farhana said...

kuyam ~ ye kot..huhuu...bagi ringkas. tp selalu org akan tnye blk, IM tu ape? =]

tuan director said...

jadilah pemandu yg berhemah :)

Nurul Farhana said...

insya'allah =]