Monday, February 01, 2010

Tanda² Korang Dah Ketagih Ngan Blog (Entry Agak Mengarut, Bace Je La Sampai Habis)

Assalamualaikum..

* Abang ngan adik.. Nih time adik jalan² KL *
 
Salam Februari. Yup. Dah masuk 1 Februari 2010. Kemaren or tadi la kan 31 Januari 2010.. Sebenarnya Birthday My Bro tersayang, Mohd Syafiq * Orang banyak duit, mesti ah sayang, kan? Haha. Eh. Tak patut. Tak patut. Haish. Jap lagi, tak pasal² ade orang cop aku mata duitan (T__T) *. Ok. Bro, selamat hari lahir yang ke-23 tahun.. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu. Jaga diri baek², keje rajin². Tapi ingat, jangan lupa mak, ayah, adek² kat sini. Paling penting, jangan lupa tuhan. Karang kalo bro lupa tuhan, nanti dia tarik balik nikmat², rezeki² yang dah dia bagi. Huhu. Kami bangga ngan perkembangan hidup bro sekarang, agaknya bro dah mula sedar akan tanggungjawab bro yang akan datang. Go on. Kami support dari jauh, okeh * setakat KL - Tawau, jauh mana la sangat. Laen ah kalo kat oversea (T__T) *. Good luck! Miss you!

Ok. Dah². Berhenti merepek ape sume. Abang aku tak bace pun blog² ape sume ni. Haha. Saje buang tebiat, padahal tadi dah wish melalui sms. Takpe la, mana ah tau kan..suatu hari nanti, tiba² je dia terperasan akan kewujudan blog aku ni. Then, bace² sume entry yang aku taip kat sini. Mesti dia rasa terharu, "...Weh, adik aku ade wish birthday aku dalam blog dia la..Huhuu...". * Imaginasi semata-mata *. Sila tinggalkan cerita ini sekarang (T__T) .

Ok la. Dah penat merepek. Sebenarnya, aku nak story pasal ni... Tanda² korang dah ketagih sangat ngan Dunia Blog ni. Jom², bace kat bawah. Adekah anda juga salah seorang dari mereka???

Mata dah lebam, suhu badan panas, demam-demam. Malam dah kelam, makin dalam, makin hitam. Suasana suram, seram-seram. Tapi korang??? Steady je. Cool. Masih mengadap muka blog yang tertampal di skin PC, tanpa rasa bersalah. Di temani pulak, segelas nescafe kaw² baek punye! Oh. Jam dah pukul 4, 5 pagi dah. Masih tak reti² nak pegi tido. Aduhai..penangan blog.

Bangun je pagi². Eh..maybe dah tengahari dah kot. Maklumlah, semalam tido lewat. Mesti ah bangun lambat kan. Subuh??? Jangankan subuh, sarapan pagi pun tak merasa. Bangun² je mesti terus makan tengahari. Haha. Eh..ini realiti, jangan gelak. Mesti ade yang perangainya macam ni. Tapi, lagi dasyat. Bangun² je terus on PC. Online. Ape lagi, update blog la, "...Gua baru bangun pagi, err..sebenarnya dah tengahari. Lantak ah. Ade gua kesah? Hm..sekarang ni blom gosok gigi, blom mandi dan segalanya blom la. Haha.. Ade gua kesah? Gua cuma nak update blog je. Mana la tau kot² lu orang sume rindu ngan gua, kan? Maklumlah, gua kan femes, kacak dan bergay..! Eh. Bergaya la...". * Haha. Ini contoh, ok. Sekali lagi, jangan gelak. Ini realiti. Bukan kaum lelaki je, perempuan pun maybe ade yang macam ni *.

Kebetulan hari itu cuti. Ape lagi, dah takde benda laen dah. Online dan mengadap blog je la 24 jam. Non-stop! Kain baju bertimbun tak basuh² lagi..mungkin dah nak masuk 2 minggu dah kot..terbiar je, tak terusik. Ape barang basuh² kaen baju ni. Baek layan blog, lagi best! Ade ke yang macam ni ek???

Line internet tetiba buat hal. Slow macam siput.. Nak blogwalking, nak post entry² baru pun tak boleh. Then, kaki² bloggers sejati ini, pasti dengan spontan dan bergayanya akan mula memaki hamun line internet yang tak bersalah itu menggunakan patah² perkataan yang tidak sepatutnya. Contoh, "...!@##$%^&amp*_+|\=??>":~>?#$%....!!!..."

Menulis entry selang 5 minit sekali. Ade je benda yang dia nak post. Wah. Dasyat punye orang! Ape dia post??? "...Selamat pagi. Semoga sihat² selalu. Sekian...", "...Hai. Selamat petang. Sekian...". Haha.. * Ok. Jangan gelak, mungkin ade mereka yang seperti ini. Mungkin *.

Ok la. Aku dah malas nak tulis. Err..taip. Rasa macam aku pun tengah merepek yang bukan² ni. Baek la pegi tido, dapat jugak mimpi indah² kan (^__^) . Mungkin ape yang aku senaraikan kat atas tu nampak macam tah ape² je. Tapi cuba nilai, mana tau..sedikit sebanyak ade yang berkaitan dengan korang. Nak berblogging, boleh. No hal. Korang punye suka la kan..? Tapi..agak² la sikit. Jangan ah terlampau taksub, terlampau fanatik. Jangan ah sampai lupa tuhan. Yang wajib tu tetap wajib dilaksanakan. Sampai masa, stop la kejap. Tunaikan ape yang patut korang tunaikan, yakni...solat la.

Ok la, aku dah ngantuk. Nak tido. Tak nak ah nanti masuk golongan yang aku senaraikan kat atas tu (~__~) Bla..bla...bla......

5 comments:

fairul afif said...

hahaha...merepek gak...
peace no war

JAI said...

Tuhlah pasal penangan blog..adeyyy

Nurul Farhana said...

hahaa...sy taip suke² je..
ade maksud yg nak disampaikan, tp xpandai sgt nak cakap macamna..
sbb itu la agak merepek..

thanks 4 visit.. (^__^)

tuan director said...

bahaya simpton ketagih blog ni.hehe

Nurul Farhana said...

haha..tau xpe.
mmg bahaya...
awas!

(^__^)