Saturday, November 21, 2009

Sabtu Yang Bosan++

Selamat malam semua. Bajet cam ramai je orang bace (^__^) Haha. Selamat hari sabtu. Sebenarnye takde cite best pun coret kat sini. Aku bosan + rindu nak blog. Ye, sabtu yg bosan. Jam 10 pagi tadi ayah bergegas ke Airport Tawau, nak fly ke KL. Ade kursus ke ape tah aku tak berape pasti. Jadi, tinggal la manusia manusia ini di rumah. Sorang mak yg suke masak sedap sedap * Nasi lemak tadi pagi sangat sedap. Oh. Suke sangat *. Then, sorang anak dara yg pandai masak sikit sikit + ntah sedap ntah tidak walaupun mak dia tau masak macam macam sedap sedap (T__T) , sorang budak kecik nakal sangat sangat tapi manje baek punyer and sorang budak laki yg suke dengar mp3 kuat kuat * Huh. Tensen aku ngan peel adik laki aku sorang ni. Dah la pasang sound kuat kuat, ade suara latar pulak tu. I mean, dia ikut nyanyi sekali. Sabor je la. Kalo marah pun bukan dia ambik kisah *. Lagi tiga orang, jauh jauh jauh punyer jauh. Sorang kat Kolej Matrikulasi Labuan (KML). Sorang lagi kat KL, keje. And sorang lagi kat Politeknik Dungun, Terengganu. Rindu kalian (T__T) .


Ok. Last night punye story * Boleh ke sebut last night, aku maen taip je ni. Huhuu *. Semalam, aku merajinkan diri pegi kemas bilik My Bro, Apiq. Bilik dia dah cam stor dah. Sume barang sumbat kat bilik dia. Basikal Adik Ain, beg beg bertayar besar besar tu, mesin jahit mak, mesin kelim, pc rosak, kotak kotak buku ayah yg bertimbun, kain cadar, kain langsir, kain tuala, bakul bakul baju yg dah tak pakai nak sedekah kat orang dan bermacam macam lagi la barang barang yg aku dah malas nak sebut. Huhu. Btol2 dah jadi stor bilik dia ni. Mentang mentang ah dia takde kat sini kan. Hahaa. Sorry Bro. Mak punye keje, bukan aku (T__T) .


Oh ye. Aku kemas pun sebab ade udang di sebalik mee. Bukan suke suke je tau. Hahaa. Abang aku tu rasenye dah tak balik sini lagi dah kot, kalo balik pun mungkin balik cuti je. Dia dah ade tanggungjawab keje kat KL tu, sekarang pun tengah kumpul duit nak beli kereta. Heh. Kalo dah ade kereta nanti, ingat dia nak sangat balik cuti sini lame2. Mesti tak nak punye, tak senang hati dia nak tinggal kereta dia kat KL tu lame2 kot. Jadi?


Hahaa. Panjangnye intro kan. Sebenarnye nak cakap, aku kemas kemas bilik dia ni sebab aku pulak nak menginap kat sini. Hehe. * Sekarang dah menginap, sebab tu gune 'sini' *. Best best, macam pindah rumah baru je. Huhuu. Pindah bilik je pun, ade ati nak cakap rumah baru. Over (T__T) .


Bilik ni letaknye di sudut paling hujung sebelah kiri rumah, dekat ngan tandas, berdepan ngan bilik aku yg sebelum ni. Tak besar, kecik je. Sebab tu aku suke. Muat muat satu almari, katil bujang, meja komputer, meja kecik dan laen2 barang yg tak penting, jadi tak payah sebut. Heh. Yg paling aku suke, permandangan dari tingkap bilik ni. Boleh nampak matahari terbit time pagi pagi & matahari terbenam time petang petang. Bilik sebelum ni tak berape nak fun. Aku malas nak bukak langsir, sekadar bukak tingkap je. Sebabnye, kalo bukak..boleh nampak jiran sebelah. Jiran quarters yg berdepan ngan tingkap bilik. Budak2 maen bola petang petang. Tak berape nak fun, kan. Bilik tu pulak besar. Muat satu almari besar, dua katil bujang, satu meja study yg panjang, satu penyidai tuala dan laen laen barang yg tak payah sebut kat sini. Haha. Then, kalo ade tetamu datang tido, memang aku kena out pindah bilik laen, bilik tu bagi kat tetamu. Malas ah setiap kali tetamu datang tido, aku nak kena pindah2, kan * Tak dapat ah den nak online malam malam. Hahaa *. Dan kebiasaanye, bilik kosong abang aku ni la yg jadi tempat aku menumpang tido. Senang senang baek aku pindah bilik ni je terus (^__^) . Ok la, tu je kot aku nak story. Langsung tak interesting.


See. Hal kecik yg tak penting macam ni pun aku tergedik gedik nak cite kat sini * Err. Tak payah susah susah bayangkan aku yg tergedik gedik tu, aku saje je nak cakap. Realitinye, aku tak gedik pun. Sumpah tak gedik, ok. Hahaa *. Noktah.


p/s : Gambar takde, handphone SE Cyber-Shot aku dah berape ari dah rosak tak boleh nak on tapi takde la aku ambik kisah sangat. Nanti la aku hantar pegi kedai bagi tukang repair check ape rosak. Sebelum ni, kedekut sangat tak nak bagi orang number phone, tu pasal ah rosak kot. Haha. Sila ambik iktibar ye Cik Ana (T__T) . Laen kali jangan kedekut kedekut sangat.

No comments: