Sunday, September 13, 2009

Semalam Punya Story..

Hari tu dah janji tak nak letak gambar lagi. Eh tak. Cuma cakap, nak kurangkan. Yups. Nak kurangkan. Sebab kalau banyak sangat, macam rasa menyampah je asyik tengok gambar, gambar dan gambar lagi. Lebih2 lagi gambar sendiri (tapi kalau gambar orang lain tak ape, sebab diorang comel. Tengok hari2 pun tak akan rasa menyampah). Hahaa.


Tapi hari ni takde benda lain nak buat. Melainkan, nak bagi masuk gambar lagi. Huhu. Haha. Cakap tak serupa bikin (T___T)


Ok. Semua gambar ni sebenarnya gambar petang semalam. Kami sekeluarga buka puasa di Sabah Chicken Rice. Malam semalam lagi nak story ni, tapi mengantuk punye pasal. Mata aku dah pedih semacam je. Kepala pun macam dah berat sangat je. Maka, terpaksa la aku tido tanpa rela (~_~) Tanpa RELA tau.


Err. Nak merepek panjang2 pun macam tak best je. Macam tak banyak idea nak merepek. So, layan je la gambar2 comel ni. Haha.


Masih awal. Tapi kalau lambat, nanti takde tempat nak duduk. Terpaksa la jugak kami menapak di Sabah Chicken Rice ni awal2. Err. Mak ngan Adik Ain mula menunjukkan muka bosan. Haha.

Juadah dah sampai, tapi still tak boleh nak makan. Adik Ain mintak bubur ayam. Err. Air suam itu milik aku. Huhuu.


This is mine. Sebenarnye, aku tak mintak mee yang macam ni. Aku mintak mee goreng basah. Yang hampir sama spesies ngan mee hailam. Tapi takpe ah. Salah aku kot tak cakap jelas2.

Nasi Ayam mak ngan ayah. Itu je la juadah kami. Takde kuih2. Bantai je ape yang ade. Asal kenyang sudah (^__^)

Singgah solat di Masjid Besar di Bandar Tawau, berdekatan Century (terlupa nama masjid tu, aku tak hafal sangat). On the way ke kereta yang di parking di pinggir jalan. Dalam dah takde ruang nak parking.

Tu je gambar nak bagi tengok. Tak banyak pun. Tak tau la kenapa aku rasa macam tak pandai nak merepek je ari ni. Huhu. Abis solat. Kami singgah parkwell. Beli baju Adik Ain. Aku cuma beli seluar je satu. Punye la aku pusing sana, pusing sini. Itu je yang aku beli. Ntah la. Aku cari blaus or baju lengan panjang yang labuh sket. Macam tak banyak pilihan la. Tak jumpa yang berkenan di hati. Never mind la. Aku macam tak happy pun nak raya. Rasa macam sama je raya ngan tak raya.

5 comments:

syariful bahri said...

kesiannye, kena bukak puasa 4 org je..
same r cm kat rumah..
dlu best je bukak pose ramai2..

NURUL FARHANA said...

jgn d tambah sedih d ati.. (T__T)
huhuu...ye a,xbest je rse xrmai org...
dh la rye nnt pun kurang 2 org,sme gk mcm thn lps...huhuu..

syariful bahri said...

erm,
nk wat cmne..
duk jauh..
bile nak balik malaysia..?

NURUL FARHANA said...

amboi...
sbh ni bkn malysia ke???
huhuu....
akhir thn kot bru blk..
nnt rye blk trgnu x?

syariful bahri said...

eh,
salah plak..
itu ayat yg bese bahri tny utk kwn2 bahri kat oversea..
sekali hengat sabah oversea plak..
haha~
of course r balik..
susah gile berjuang nak balik raya...