Sunday, April 03, 2011

Mana Adab Kamu Sesama Manusia Lain??

2 ♥ Comments ♥
Assalamualaikum . Salam petang ahad .

Kawan . . .

Dengar saya nak cakap ni . Kalau kita nak orang hormat kita , belajar-belajar la cara untuk hormat orang dulu . Jangan tunggu orang hormat kita , baru kita nak hormat orang . Kalau orang tu tak pernah-pernah pun bercakap kurang ajar dengan kita , kenapa la kita ni senang-senang je nak bercakap kurang ajar dengan dia . Mana adab kita sesama manusia lain? Mana?? Urmm . Mak ayah dah ajar kan semua tu time kita kecik-kecik dulu? Time dah besar ni pun , rasanya mak ayah masih nasihat dan ajar benda yang sama kan? Mak ayah mesti selalu pesan , kalau bercakap / berdepan dengan orang yang lebih tua dari kita , hormat la orang tu . Jangan tinggi suara . Jangan kurang ajar . Bukan susah pun nak hormat orang , kan? Ego tinggi sangat ye? Huh . Rendah-rendah kan la ego tu . Saya kesal la . Kesal yang amat . Kenapa la ada manusia yang jenis tak reti nak hormat orang lain , kalau bercakap . . asyik nak kurang ajar je . Cakap baik-baik tak boleh ke? Susah sangat ke??? Belajar je tinggi-tinggi tapi takde ADAB . Haih. KESAL . . . Darjat kita disisi tuhan , sama je . Takde beza . Jadi , tolong la belajar untuk menghormati orang lain . Awak , saya , dia , kamu , mereka , kita semua sama je . Semua makhluk tuhan . Takde pun yang darjat tinggi , takde pun yang darjat rendah . Jadi . . . jangan la suka-suka je nak merendah-rendahkan martabat orang lain sebab kamu rasa martabat kamu lebih tinggi dari dia. Please . Sila tanam sifat INSAN dalam diri kamu . 

Saya tak tuju kat sape-sape , tapi kot ade sape-sape yang terasa . . saya mintak maaf banyak-banyak . Pesanan ni untuk diri saya sendiri jugak . Sebagai manusia biasa , saya akui . . saya tak  sempurna . Banyak kekurangan . .

Friday, March 25, 2011

I'm Fall In Love With You . . .

1 ♥ Comments ♥
(^______^)

Sunday, February 27, 2011

Aku Jatuh Hati . .

0 ♥ Comments ♥
Assalamualaikum. Salam petang ahad.

Aku jatuh hati . . .

Pada jutaan kerlipan bintang di angkasa , pada terang bersuluh cahaya bulan , pada hitam sepi langit malam , pada putih biru awan di langit , pada indah sinar mentari di pagi hari dan senja , pada damai desiran ombak memukul pantai , pada biru lautan yang luas terbentang , pada kukuhnya gunung dan ganang berdiri megah , pada hijau tumbuhan bumi yang terhampar luas , pada harum dan warna warni bunga-bungaan , pada dingin bisikan angin malam , pada sayu rintihan hujan . . . . .

Subhanallah . Indahnya ciptaan - MU .

Friday, January 21, 2011

Update Laju - Laju

0 ♥ Comments ♥
Assalamualaikum w.b.t..

Salam malam Jumaat. Salam 1 Malaysia. Tak terlambat lagi kot, Selamat Tahun Baru..2011. Sedar tak sedar, dah masuk tahun 2011 dah pun. Lama tak jumpa kan? (^____^) Rindu sangat nak berblog macam dulu-dulu. Tapi, MALAS. Huhuu.

Hm.. Banyak nak story. Tapi, MALAS. (T____T) Sekeh kepala kan..nak?

Nak update laju-laju..sebab kalo lambat-lambat, nanti MALAS.
  • Sekarang dah melangkah ke Semester 2 dah. Start 11 Disember 2010.
  • Subjek-subjek baru agak mencabar * Farmaseutik 2, Farmaseutik 3, Farmakologi, Mikrobiologi, Toksikologi, Anatomi & Fisiologi, Bahasa Kebangsaan, Pengajian Malaysia, Pengenalan Kepada Amalan Farmasi. Fuh.. (=____=) *
  • Rindu family................................................. (T____T)
  • Alhamdulillah. Ayah dah belikan tiket untuk balik ke Sabah.. (^____^) Insya'allah, awal bulan Mei ini akan fly ke Sabah..

Hmm.. Lain-lain nanti la. Tiba-tiba dah malas nak menaip. Huhuu. Esok ade kelas. Nak tido dah. Selamat malam semua. Tataa.

Thursday, November 25, 2010

R . I . N . D . U ! ! ! ! !

4 ♥ Comments ♥

RINDU SANGAT...   T__________T