Monday, April 02, 2012

Update! Mari Kita Berkenalan

Assalamualaikum w.b.t. Selamat malam semua.

Punya lama tak update story baru. Macam biasa, aku asyik cakap tak berapa nak rajin, ayik malas malas malas-memang-pemalas. Walaupun keinginan nak update tu ade. Erk. Korang masih kenal aku lagi tak ni? Haha. Ade sesape yang masih sudi jenguk blog aku ni ke? Terima kasih la banyak-banyak. Kalo ade laaa T_____T

Okey. Memandangkan aku dah lama sangat tak update blog ni secara serius *aku mula blogging secara tak serius bermula Jun 2010. start blogging bermula Mei 2009. Kalo update pun, mesti ade yang tak berapa nak faham, tiba-tiba je muncul...pastu hilang. Pastu kalo next time update, mesti story lain pulak. Blurrr. Baiklah. Maka, mari kite berkenalan sekali lagi. Mari ^_____^

Hai. Aku Farhana. Full name, NURUL FARHANA. Aku ni asal dari negeri TERENGGANU DARUL IMAN terchenta. Memang dari kecik lagi menetap kat bumi Terengganu *Marang. Tapi, start awal tahun 2004, aku ikut family berpindah ke bumi Sabah. Ayah aku kerja dia bersyarah kat orang *lecturer. Masa tahun 2003 tu dia kerja kat Maktab Perguruan Batu Rakit Kuala Terengganu *start dari tahun 1997. Pastu, dia mintak tukar ke Maktab Perguruan Sandakan Sabah *saje katanya nak bawa anak isteri rasa duduk negeri orang. haha. awal-awal best la, tapi lama-lama jadi tak best dah sebab mak adik-adik semua pun rindu nak balik pindah kampung halaman terchenta. wuwuwuu.

Aku  dengan family menetap kat Sandakan lebih kurang setahun je *duduk rumah sewa kat Taman Indah Jaya. Sebab lepas tu, kitorang pindah lagi ke Tawau. Maktab Perguruan Sandakan akan ditutup dan diganti dengan Maktab Perguruan Tawau Sabah *sekarang dah tukar nama ke Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tawau. Jadi, bermula tahun 2005 kitorang pindah masuk ke rumah baru *Kuarters IPGMKT. Tahun 2007 aku tamat belajar form 6, tapi takde rezeki sambung belajar ke peringkat Universiti. Sepanjang menetap kat situ dan sepanjang aku jadi penganggur, aku pernah kerja kat koperasi IPGMKT. Dan jugak kerja sebagai kerani sementara kat pejabat pentadbiran IPGMKT *kerja kat Jabatan Penyelidikan Inovasi dan Profesionalisme Keguruan (JPIPK), sempat la 5 bulan.

Then. Mei 2010, ayah suruh aku mohon belajar kat kolej swasta iaitu Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) kat Bachok, Kelantan *atas saranan member dia dan jugak pakcik aku. Memandangkan aku ni anak yang dengar cakap, dengar cakap la sangat. Huh. Aku pun apply je la melalui internet. Eh. Aku pun lupa dah apply melalui ape T_____T

So, bermula Jun 2010. Aku dah pun selamat berada di bumi Kelantan Darul Naim. Mendaftar diri dan meneruskan pengajian sehinggalah ke hari ini dalam bidang FARMASI. Sekarang dah semester 4 dah pun. Sabtu ni start final exam dah, sehingga 21 April 2012. Then, 23 April 2012 aku akan fly ke Tawau Sabah. Cuti semester selama sebulan sebelum kembali ke kolej pada 26 Mei 2012 untuk menyambung semester 5 *masa untuk praktikal. Tak sabar la nak jumpa family terchenta *ayahanda, bonda dan juga adinda ^_____^ dah dekat setahun  tak jumpa. RINDU gilerrrr. huhuuu.

Okey dah. Setakat ni dulu, sekadar nak release tension. Hahaa. Next time aku update lagi. Thanks singgah! *study study. suka sangat study last minute. haih T_____T

3 comments:

Anonymous said...

Lofty bye, sentimental alternative other :)

Anonymous said...

Lofty bye, genial soul mate :)

Anonymous said...

Good bye, sweet soul mate :)