Monday, April 26, 2010

GengFotografi??? Adik Baru GengBlogger.

* Gambar takde kaitan dengan entri. Sekadar berbasa-basi. Sila sedekah senyum sekarang (^___^) *


Assalamualaikum semua. Buat ape? Dah tido ke? * Bajet macam tulis mesej kat kawan pulak kau ye. Huhuu *.

Okey. Salam pagi isnin. Salam Satu Malaysia. Salam blogger (^___^) and happy blogging..

Entri kali ni, aku nak cakap pasal GengBlogger atau lebih dikenali dengan nama GB * Bukan guru besar, okey*. Bagi blogger yang masih blur² dan memang tak tau langsung ape tu GB, okey anda memang sangat ketinggalan..tak payah susah² beratkan loading minda anda nak fikir GB tu ape, klik je kat SINI. Dan, sila la daftar sebagai ahli. Kami warga GB, mengalu-alukan kedatangan anda (^___^) Welcomes to GB. Tapi awas! Sila jaga tingkah laku anda, okey. Jangan jadi blogger yang dibenci dan dikutuk. Boleh??? Hohoo.

Kelebihan yang anda dapat setelah join GB...???

- Dapat duit free RM100 * Eh. Takde, aku tipu je. Haha. Serius nampak? *
- Dapat ping entri² terbaru
- Dapat bersoal jawab, beramah mesra, utarakan pendapat di forum²
- Up traffic blog
- Tetiba jadi popular * Lebih² lagi kalo profail picture seksi. Huhuu *.
- Dapat ramai kawan cun² dan kacak²
- Follower bertambah, kalo blog best..banyak la dapat follower..
- Dapat belajar sikit² cara blogging atau jadi blogger dengan betul
- Paling ketara, anda mungkin akan ketagih GB dengan serius! Hari² login.
- Before join GB..entri takde orang comment, tapi after join GB..mesti ade orang comment, walaupun cuma satu je...pastikan entri anda best! Sure dapat comment banyak.
- Okey. Aku dah malas nak cakap. Korang join je la * Tak kenal maka tak cinta *

Okey. Settle story pasal GB. Sekarang aku bawa korang mengenali GF pulak. GF??? GF adelah girlfriend GB. Harap maklum. Hahaa. Takde. Takde. Aku gurau je. Don't be so serius (~___~)

GF bermaksud GengFotografi. Adik beradik je ni ngan GB * Respek giler² kat KONG, pengasas website² ni. Tapi, tak banyak yang aku tau pasal KONG. Misteri betul dia ni. Dah la krisis identiti. Ramai yang masih tertanya-tanya sama ada dia ni lelaki atau perempuan. Takpe². Kite tunggu. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnye jatuh ke tanah jua. Hahaa-gelak-jahat *.

Okey. Sambung balik pasal GF. Sebenarnye, aku baru je join GF kelmarin. Time login ke GB, tetiba aku terpandang something yang macam best kat header GB. Ni dia.

* Banner gengfotografi.com sangat menarik perhatian *

* Dan inilah GF. See, aku termasuk dalam profail popular hari ini *


Aku join sebab aku minat fotografi. Suke snap gambar, then edit guna photoscape. Walaupun takde kamera mahal, cuma guna kamera handphone Sony Ericsson Cyber-shot je sebagai modal. Okey la kan, sekurang-kurangnye..ade jugak la kamera nak tangkap gambar. Haha.

Lupa nak cakap. GF ni masih baru lagi, masih dalam proses pengenalan. Fungsi pun tak berapa banyak lagi. Tapi, dah boleh guna dah. Maksud aku dah boleh daftar masuk. So, ape lagi. Join la (^___^)

Tapi.... Pastikan korang minat fotografi la. Kalo tak minat, tak payah la join. Sebab, GF ni lebih kurang macam GB je..cuma lebih kepada fotografi. Dan lagi, GF ni akan detect entri baru yang ade gambar je. Kalo takde gambar, tak detect kot * Aku pandai² je cakap ni, tak buat kajian pun lagi. Hahaa *.

Okey la, dah penat aku mentaip. Sakit dah jari jemari ni. Jam pun dah makin nak pagi. Mata aku pun dah berat berat dan berat. Pesanan terakhir dari aku, Jangan lupa join GB jika belum join. Dan jangan lupa join GF jika betul² berminat. Okey, jumpa lagi. Take care!

p/s : Join GB, sila klik SINI. Dan join GF, sila klik SINI.

8 comments:

Nur Adawiyah said...

awwhh sukaaa dia kan :)cool

Kapten said...

aku sentiasa syak Kong perempuan

Nurul Farhana said...

haha...yups, kong sangat cool...

tp, maybe dia lelaki kot....seseorang pernah bagitau sy... =]

didg said...

erm.. sedekah melalui senyuman...
peace :)

Linglung said...

kalau laki macam mana nak letak gambar seksi derr..

http://akulinglung.blogspot.com

Nurul Farhana said...

didg - (^___^)

linglung - gambar tak pakai baju tu kan seksi..haha..

ferdaus said...

pssstt..bg tutorial sket cane wat pic yang atas tu..

Nurul Farhana said...

hai ferdaus..

sory, bru bce komen anda...

pic yg mne 1? ade 3 pic kat atas...