Wednesday, January 20, 2010

Ini Kisah Hati. Kisah Hati Yang Dah Patah 14. Kali Ni Patah Lagi. Dah Jadi 16.

Assalamualaikum..

(Nak cite sikit pasal hari ni. Korang tak payah percaye sangat. Penulis selalu cakap sikit, tapi akhirnye..dia mesti tulis story panjang². Boring).

Selamat malam semua. Seperti biasa, ini cuma luahan rasa. Tak bace pun tak ape. Semangat macam dah hilang, dah terbang entah ke mane..tapi still juga nak tulis². Ini cerita, 2 dalam 1. Dalam suka, ade duka. Tak faham, tak ape la. Penulis sendiri pun tak faham (T__T) Oh. Takde mase nak ketawa, senyum² kambing ke, kuceng ke..hati banyak sedih sekarang. Penulis berada dalam keadaan emo. EMOSI tak stabil.

Pagi tadi bangun awal dari biasa. Bersiap. Pukul 7.30 pagi, ikut ayah pegi pejabat. Hm..pejabat dah makin cantik sekarang, expecially..kaunter pertanyaan. Hati banyak senang. Masuk dalam, jumpa Kak Ida (Bos besar JPIPK). Sembang², cite² balik memori time keje same². Banyak. Sekarang, cuma tinggal Kak Ida, Kak Ani dan Encik Ismail * Bos perempuan boleh panggil Akak, bos lelaki..takkan ah nak panggil abang kot. Heh. Ok ana, senyum la sikit. Tak nak ah sedih² lagi. Ok. Fine (^__^) *.

Lepas tu, Kak Ida belanja makan pagi kat RNR balung cocos. Syukur alhamdulillah. Rezeki jangan tolak. Thanks Kak Ida, semoga murah rezeki selalu. Thanks jugak Miss Lina ngan Encik Malek, sebab ajak saya sekali. Lepas makan, balik pejabat. Pegi jabatan PIPK, start ajar ape diorang tak faham. Bukan Kak Ida, Kak Hajah Patimah and Kak Haya tak tau. Cuma, time buat keje berkaitan data kualitatif tu sebelum ni..Kak Su yang banyak ajar aku. Macam mana nak buat itu, macam mana nak buat ini. Jadi, aku cuma ajar balik je ape yang Kak Su ajar. Alhamdulillah, settle * Kak Su, terima kasih banyak². Dulu, banyak ajar saya itu ini. Sebab Kak Su ngan Kak Ida tegas..maka, banyak la ilmu yg dapat saya kutip. Kalo tak, dah tentu saya KOSONG sekarang. Semoga Kak Su dapat tamat belajar dengan jayanye. Semoga jumpe lagi *.

Dah siap tunjuk ajar ape yg patut. Dah takde keje nak buat, aku turun, lepak kat bawah. Kat kaunter pertanyaan. Ayah mesyuarat..tak abis² lagi, aku malas nak balik jalan kaki. Jadi, tunggu je la kat situ sampai jam 1 tengahari. Fuh. Penat. Duduk² je pun penat tau. Sebenarnye, lebih kepada mengantuk. Nasib la, member² lame sudi datang tanye khabar. Sembang sikit².

Syukur alhamdulillah. Murah sungguh rezeki hari ni. Tengahari, Kak Hajah Patimah lagi belanja makan kat RNR. Turut join sekali, Kak Sarati ngan Kak Mun. Nak balik rumah, Kak Hajah Patimah belanja lagi sekali, buah manggis 1 kilo. Terima kasih banyak² kak, semoga murah rezeki selalu. Hati banyak senang (^__^).

Tapi menjelang petang, dah nak malam. Tibe² ati berubah jadi mendung. Hm..tak tau ape nak cakap. Sebab musababnye... Rahsia je la. Takpe la, biar la daku sorang je yg tau. Sedih. Terkilan. Ntah la, macam² rase ade. Cuba untuk tak rase kecewa ngan situasi yang di alami time tu. Aku try buat² cool, berlagak macam OK. Macam takde ape. Tapi, lupe ke? Aku kan manusia biasa. Mana la dapat lari dari rasa tu. Rasa terluka sangat². Huhuu. Ok. Then, tak pasal² time nak ambil wuduk, termenangis dalam tandas * Bilik air *. Lepas tu, menangis lagi dalam bilik. Isk..isk.. Sedihnye rase ati. Ingatkan takkan menangis tadi. Dah tak boleh nak tahan dah. Kuarkan je la semua rasa yang ade dalam ati saat tu. Harap, boleh rawat luka. Tapi, luka dalam hati..ntah la macamana nak rawat. Isk.. Tibe² rase cam dah hilang semangat. Terkilannye rase hati. Dulu, hati dah patah 14. Kali ni patah lagi, dah jadi 16 (T____T) Sedihnye.......

2 comments:

Cahaya Keremajaan said...

kak Ana~~

be strong..
tapi sebenarnya menangis tu ubat. Orang yang x menangis bleh kena sakit jantung tau..
sabar ya kak Ana =)

Nurul Farhana said...

Thanks..
Akak dah ok dah.
Btol, lepas menangis..dah dapat balik semangat =]