Friday, January 15, 2010

I'm Back

Assalamualaikum w.b.t...

Pagi yg gelap. Sebab sekarang dah pun pukul 2.04 minit pagi. Bukan 'Pagi yang gelap' yg Band Hujan nyanyi tu, ok. Bukan. Then, pagi yg gelap ni..seperti biasa, budak ni masih tak nak tido lagi. Why? Don't ask me why. I punye suke la. Huhuu.

Setelah sekian lame menyepi, kini saye kembali meneruskan perjuangan dalam bidang..dot..dot..dot. Merepek ape ni? Haha. Okeh. Skemanye ayat. Sebenarnye dah lame balik rumah kat tawau ni, cuma tak berape semangat nak update. Jadi, biarkan je la blog ni terus bersawang dan bersawang. Sekarang ni je, tibe2 rase cam dah start nak menulis balik or maybe merepek kot. Hehe. Tapi kan, bila lame tak menulis ni * I mean menaip la * tibe2 rase cam kekok je nak menulis balik. Cam pelik je. Nak pakai kata ganti diri 'aku' pun rase cam pelik. Macam selesa lagi nak pakai perkataan 'saye'. Why aa..? Huhuu.

Hari ni dah masuk 15 Januari 2010. Tak terlambat lagi kot, so.. Selamat Tahun Baru * 2010 * buat semua. Semoga tahun 2010 ni, lebih bermakna dari tahun2 yg dah lepas. Tak kira la ape pun dugaan dan cabaran yg bakal mendatang, tempuhilah dengan tabah. Yakinlah dengan kemampuan diri dan terus berusaha. Semoga berjaya (^__^)

Jumaat, 8 Januari 2010. Seawal jam tujuh pagi, aku ngan keluarga mak sedara dah mula bergerak ke Lapangan Terbang Kuala Terengganu. Flight aku ke LCCT, pukul 8.20 minit pagi. Sepanjang perjalanan ke airport, sedikit sebanyak aku dah mula rase sedih. Then, rase cam nak nangis. Then, dah nangis dah. Dalam hati je la. Heh. Sedih sebab dah nak tinggalkan Bumi Terengganu Terchenta. Sedih sebab dah nak tinggalkan sedara mara tersayang, terutamenye Adik Asya or Acha yg comel sangat sangat. Sedih sebab dah tak dapat lagi nak makan makanan Terengganu yg sedap sedap sedap lepas ni. Sedih sebab bla..bla..bla.. Banyak sedih la. Huhuhuu (T______T)

Sampai LCCT lebih kurang pukul 9.15 minit pagi..kalau tak silap la, dah lupe dah. Flight seterusnye ke Tawau, pukul 3.30 minit petang. Punye la lame lagi, aku yg terbosan keseorangan pun mula la terkontang kanting membawa diri ke sane sini. Huhu. Call abang, tak jawab. Buzy kot, lagipun dia keje. So, menunggulah aku sampai bosan tak tau nak buat ape dah melainkan duduk je di kerusi sambil memerhatikan manusia manusia yang lalu lalang, tak sempat nak berkenalan mintak phone number ke ape, sebab diorang pun lalu lalang je kan. Heh (^__^)

Sampai Tawau dah pukul 7 malam. Ayah datang ambik. Sampai je rumah, terus makan, mandi, solat, kemas2 pakaian sikit. Then pukul 8.30 minit malam, kami mula bertolak ke Kota Kinabalu. Macam tak logik je kan, baru sampai rumah, then jalan lagi ke KK. Huhu. Letih tak payah cakap la, tapi aku tetap jugak nak ikut family pegi ambik adik yang study kat Matrik kat terminal feri KK esok (9 Januari 2010). Dia cuti lebih kurang dua minggu. 10 Januari, kami bertolak balik ke Tawau. Tapi tak de la sampai Tawau pun. Sebab ayah letih drive, kami singgah Sandakan. Tido kat Sandakan satu malam. Then esoknye, 11 Januari baru meneruskan perjalanan ke Tawau.

Motif aku cite panjang2 tak hengat ni? Sekadar nak update je. Hehe. Aku kalau dah mula menulis, macam ni la jadinye. Mulanye, nak taip pendek2 je, last2 panjang jugak jadinye. Ok la. Nak tido dah. Mata dah sepet dah ni (=__=). Korang pun dah nak blah sebab bosan. So, Bye Bye. Jumpe lagi laen entry ek. Take care. Gambar? nanti la ade mase baru upload.

No comments: