Saturday, September 05, 2009

Tukar Jadi Orang Baru, Boleh???

Haha. Tukar jadi orang baru? Ape hal? Ko ni memang pelik ah. Kejap cam normal. Kejap cam tak normal. Ko nak tukar jadi ape? Alien? Ke nak jadi Doraemon? Tak. Tak. Bukan tu la. I mean, berubah jadi orang baru. Berubah jadi manusia yg lebih baik la. Oo..sebelum ni ko jahat ek? (T__T)


Weh. Kite perlu berubah la demi untuk memajukan diri sendiri. Demi mase depan. Yeah. Dari seorang yang buta IT mungkin, kepada seorang yang celik IT. Dari seorang tukang jahit di pinggiran bandar, mungkin kepada seorang pemilik sebuah gedung pakaian terbesar di Malaysia. Dari seorang yang cetek ilmu pengetahuan, kepada seorang ilmuwan yang terkenal di serata dunia. Btol ke ilmuwan? Ade ke perkataan tu?? Huhuu. Ok. Lain2, fikir sendiri. Itu contoh je. Bab kata orang bijak pandai, 'Di mana ade kemahuan, di situ ade jalan'. Cuma buka mata je luas2 dan tengok peluang untuk berjaya yang ade depan mata. Ade faham??

'Selagi kaki masih berupaya melangkah, melangkah la ke jalan yang lurus. Kerana jalan yang lurus itu, lebih baik daripada jalan yang bengkok'


Ok. Dah faham. Persoalanye, aku merepek ape ni? Haha. Boring oo. Tak tau nak buat ape. Bila boring, camni ah. Cakap tah ape2. Nak cakap lagi ni. Baca je la ek. Haha.


Aku sekarang kan, memang malas abis ah nak fikir pasal CINTA. Benda macam tu senang pun aku malas. Dah ade orang suka, suka je la kat dia balik kan. Dah dia ajak kapel, kapel je la kan. Nanti dah takde orang nak, baru kau terhegeh-hegeh nak offer diri jadi girlfren kat sape2. Huh. Ko cakap ape ni? Takde. Macam ni, cuma nak cakap..tak tau la kenapa aku ni macam pelik je sekarang. Banyak btol aku berubah dalam setahun ni.
  • Dulu kan, aku sanggup tak tido malam gara2 b'sms. Sekarang, sms sape2 langsung aku tak layan. Buat don't know je. Memang malas sangat ah nak reply. Kecuali la kalau benda tu penting or dari family atau hal keje ke..terpaksa la layan. Telefon tak payah cakap la, aku buat tak tau je kalau ade orang call. Kejam btol kan. Baik aku buang je la hp tu dalam tong sampah kan? Atau bagi je kepada mereka yang lebih memerlukan. Jadi tak payah la aku nak rasa bersalah sangat sebab buat macam tu kan. Weh, lepas ni sape nak hp mintak ngan Ana, dia nak bagi free. Haha (T__T)
  • Ape nak taip lagi ni?? Tiba2 blurr. Huh. Gatal nak buat point2. Sekarang ape point no. 2?? Ok. Dulu, aku nih macam happy je. Sekarang happy jugak. Tapi, happy dalam duka. Haha. Tak ah. Main2 je. Tak tau macam mana nak explain. Aku lebih suka sendiri. Kalau time jumpa kawan, happy la (sebab aku memang jenis yang peramah, senang nak rapat) Nak sembang, sembang la. Tapi, cukup setakat tu. Nak lanjutkan kepada sms / bergayut kat telefon...aku malas (mungkin kepada kawan baru). Cukup la setakat kenal macam tu je. Aku tak berminat untuk perhubungan yang lebih siyes.
  • Mungkin aku cam sombong je sekarang. Jahat kot. Sebab, kawan2 aku langsung tak layan. Terutamanye kawan jauh yang aku dah kenal berzaman-zaman lamenye (TERENGGANU). Ok. Fine. Kepada kawan2 yang rasa saya dah pun berubah jadi orang hidung tinggi / sombong tak boleh nak blah. Saya mintak maaf la banyak2. Sumpah takde niat. Saya tak tau nak explain macam mana. Saya bukan jenis kawan yang lupa kawan. Tapi, ape yang berlaku sekarang..saya sendiri pun bingung. Kenape ek aku macam ni sekarang?? Ape2 pun, saya masih sahabat anda. Anda masih sahabat saya Dunia Akhirat.
  • Satu lagi, kenape aku rasa aku cam anti-lelaki je. Huhu. Tak tau la. Dulu aku tak macam ni. tau la kan. Perempuan, kalau ade orang suka kat dia. Mesti ah dia rasa happy kan. Best, sebab ade orang suka kat dia. Weh, dulu aku pun macam tu. DULU. Sekarang, aku rasa aku dah lain sangat. Aku boleh rasa menyampah kalau ade orang suka N try nak usha2 aku (weh, kenape dia suka aku? Aku tak suka ah). Huh. Rasa cam nak nangis. Aku tak suka nak sakitkan ati orang. Tapi kalau dah dia suka aku, aku tak suka dia. Otomatik ah aku dah sakitkan ati dia kan. Sebenarnye, aku ok je ngan kaum Adam ni. Yups. Selagi diorang tak buat aku rasa rimas. Faham?
  • Sekarang, siyes aku memang tak berminat nak bercinta. I'am Single but Not Available. Please try again later (T__T)
Ok la. Wujudkan point. Tapi tak tau nak taip ape lagi. Susah sangat nak explain kenape aku macam ni sekarang. Masing2 ade masalah. Dan setiap dari masalah itu, ade jalan penyelesainnye. Cuma, masalah aku ni..aku tak tau macamana nak kasi settle.


Ye la. Aku malas nak bergayut kat telefon. Aku malas nak b'sms. Aku malas nak rapat lebih2 ngan kaum Adam. Aku MALAS. Itu je. Boleh ke terima alasan tu. Tak logik kan. Ape sal ko malas? Ok. Dah cakap tadi. Aku tak tau nak explain macam mana. TAK TAU.


Dear all of my frenzz...Forgive me please.. Can??


p/s : Aku kalau tulis diary, memang main tulis je. Hentam je. Ape yang terlintas kat fikiran, itu la aku tulis. So, entry ni memang kronologi dia tak tersusun (^_^)

No comments: