Wednesday, July 08, 2009

Got A New Jobs..!

Agak malas nak update, tapi ari ni ade rajin ckit. Sebenarnya, memaksa diri supaya rajin =p .

Ok. Yang sebetulnya, malas nak bazir duit bayar celcom broadband. Then dapat guna sekejap je, dan akhirnya bayar sia2 saja. Sibuk. Cuma dapat online time malam sahaja. Celcom broadband (mobile patner) yang aku gunakan sekarang adalah kepunyaan ayah. Aku jumpa dalam laci, membazir je kalau tak diguna kan? Bagi aku guna je la.. Huhuu.. Ayah pegi kursus kat KL.

Ok. Sekarang ingin membincangkan berkaitan topik di atas. Sepanjang tidak meng'update' blog ini, berlaku sedikit perubahan dalam hidup aku. Ketika diri ini sangat2 penat bekerja di koperasi, tiba2 aku ditawarkan untuk berkhidmat sebagai Pekerja Khidmat Singkat (PKS) di IPGM Kampus Tawau ini. Tawaran yang menarik, dengan gaji yang lumayan. Walaupun cuma kontrak 6 bulan. Abis kontrak, bleh sambung lagi, lagi, lagi and lagi. Terpulang kepada Maktab. Never mind la, aku sudah terlalu penat dengan keje2 fotocopy yang sudah tidak terkawal itu. Jadi, tawaran ini sangat2 mengembirakan aku. Bak kata pepatah, ' seperti orang yang mengantuk disorongkan bantal ' or ' Pucuk dicita, ulam mendatang '. Akhirnya, tawaran itu aku terima. Selamat tinggal koperasi! Namun, dirimu akan tetap ku rindui... Don't worry, ade masa free aku pegi lawat kamu ye..? Koperasi la, bukan orang. Takde masa nak rindu2 orang, apatah lagi untuk memikirkan persoalan tentang cinta. Aku malas. Terlalu malas. Berkawan? biar seribu. Bercinta? biarlah dulu. Sekarang ini nak bercinta dengan keje sahaja. Hahaa.. Cinta. Tanpa kamu, aku masih boleh senyum. Masih juga mampu untuk bernafas dengan baik. Malah, dapat pula menjalani kehidupan ini dengan penuh semangat. Hari2 ku juga indah, berwarna-warni. Senang cerita, diri ini bahagia. Bahagia. Walaupun tanpa kamu. Bukan menafikan kehadiranmu, cuma.. Sekarang bukan masanya lagi, next time aku cari kamu ok.

Cerita di atas mulai kedengaran sumbang. Terdapat topik yang tidak berkaitan. Cinta.

Sambung cerita asal.

Maka, rabu minggu lepas adalah last aku keje kat koperasi. Masuk ari khamis bersamaan dengan tarikh 02/07/09, bermula la hari2 baru aku di pejabat pentadbiran IPGM Kampus Tawau. Aku ditempatkan di bawah Jabatan Penyelidikan & Inovasi Profesionalisme Keguruan dan ditugaskan untuk membantu jabatan itu, di mana arahan tugas diberikan oleh Puan Idarmawati dan Puan Suzana. Sangat2 best bekerja dengan mereka, setakat ini semuanya OK! Bidang keje cuma taip2 surat, data2 penyelidikan (data2 borang soal selidik), telefon sekolah2 & sekian, sekian. Malas nak taip panjang2. Huhuu. Start keje jam 8 pagi sehingga 5 petang. Cuma 5 ari sahaja seminggu. Sabtu ahad boleh rest kat rumah. =]

Perlu ke aku cite panjang2? Huhu... Aura malas sudah mula menguasai diri, mata juga sudah mula kabur dan pedih. Berat. Ok la. Next time la aku cite lagi. Tidak tertahan sudah perasaan mengantuk ini. Selamat Malam semua... (-_-) z z Z Z z z Z..

p/s : Rutin harian ku mula bertukar wajah. Dengan wajah yang baru, harap semua berjalan dengan lancar. Insya'allah. Keje rajin2 ye Cik Ana.

No comments: