* Sekadar gambar hiasan *
Mood malas makin menjadi-jadi. Ntah la apesal. Jadi, sekarang akan memaksa diri untuk jadi rajin sikit. Rajin menconteng di sini. Hahaa.
Semalam. Eh. Kelmarin la. Kelmarin, aku pegi IM ( Institut Memandu). For your information, aku dah abis dah step ke-3. Bengkel. Jadi, kelmarin adalah first time untuk aku mula belajar drive. Ayat berbelit. Ape ni? Tak faham. Tak faham. Heh. Ok². Aku excited campur teruja nak cakap. Sebab, seumur hidup aku sampai umur aku dah nak masuk 22 tahun ni * Bah, masih muda lagi (^___^) perasan *, aku tak pernah sekali pun drive kereta. Setakat motor tu kacang la, tu pasal la boleh eksiden masuk longkang. Sebab kacang sangat. Haha. Ish. Diam (T___T)
Sebelum pegi IM, dah call Cikgu Leung. Cikgu cakap nak ajar aku pukul 8.30 pagi. Tapi, sebab ayah ade kelas pukul 7.30 pagi..maka pukul 7 pagi lagi, aku dah tercegat kat sana dah. Lambat², ayah tak boleh hantar. Aku kan malas nak naik bas. Nak tak nak, terpaksa la pegi awal.
Sementara tunggu cikgu datang. agak berdebar-debar la jugak rasa hati ini. Nervous. Cuak. Dalam hati dah macam² fikir dah.
"...Eh. Boleh ke aku drive ni? Dah la tak tau ape²..ishh...".
Fuh. Cikgu pulak, datang datang je..terus ajak masuk kereta. Then, stop kat hujung pagar * Masih dalam kawasan IM *. Cikgu pun, mula ah ajar sikit² pasal gear, clucth, break kaki, break tangan, pedal minyak, lampu signal and bla..bla..bla lagi.
Habis bab itu. Then, dengan rasa excited dan penuh rasa terujanya..aku pun mula ah pandu kereta dengan laju. Laju??? Erk. Sedikit penipuan di situ. Sebenarnya, memandu ibarat seekor kura-kura lagaknya (T___T). Nak buat macamana, fisrt time la katakan. Hohoo. Ayat tak boleh nak blah. Seminit, dua minit kemudian, pemanduan semakin baik. Lebih berani dan yakin. Lebih cekap dan berhemah. Sendiri yang cakap ni. Hahaa. Cikgu cuma cakap,
"...Bagus², ada peningkatan...pandai sudah maa...".
Dan kadang², Cikgu cakap..
"...Ayya, sudah makan jalan ni...",
"...Tambah minyak sikit maa...".
Fuh. Walaupun cuma sejam, tapi..aku punya excited dapat drive kereta..sampai hari ni pun masih terasa. Teruja. Hahaa. Sungguh sengal. Macam kau sorang je yang tau bawa kereta ye! Heh. Hari ni tak pegi, sebab tak bincang awal². Sekali call tadi, Cikgu cakap dah full dah. Tak pe, lain hari la pegi.
Ok. Malas nak story dah. Jumpa lagi. Take care!
14 comments:
kacang je kan bwk kete?
;)
elOw..pasni dapat lesen ag teruja..nk kuar jln2 jer..tp dah sbulan rasa bUhsan..slalu cam 2...cayalah...;)
aduka ~ huhuu...kacang²...tp masih dalam proses pmbelajaran..banyak lg nak kena belajar ni..
mr rulez ~ maybe kot. tp best la, sbb lps ni ayah bg guna kereta dia..nak suruh hantar adik pegi sekolah..hohoo..
bawak kete ni umpama buih2 di lautan yg terbang di bawa angin..
hahaha..
seronok kan??? hahahah
mimpi bawak kereta pon dah teruja tahap gemilang. ape lagi kalo bole drive. mcm sorgaaaa
arief ~ apekah? =]
enjelinajolipit ~ tp, kalo dlm mimpi lg best kot..sbb xde rasa risau lgsung..huhuu..
"...Ayya, sudah makan jalan ni...",
bukan ke belajar kereta ..kenapa nak makan jalan....hahahah
rilekslah syang...biasalah tu .. bawa kereta, mula mula memang susah sikit lama lama ok..
macam awk mengandungkan anak sulong kita dulu... kan mula mula susah nak bawa.. leps tu ok kann...
aku ujian jpj kantoi da.kena buat 2 kali.
msti xsabar kan nk dpt lesen :)
kodok ~ amboi² kodok..marah la pakwe sy nnti..huhu.. T___T
wan ~ takpe. usaha tangga kejayaan. erk.. =]
sweetymui2 ~ yups..bestnye kalo skrg dh ade lesen..boleh pegi jalan² tanpa arah tuju..huhu.. =]
tak suke bwk kete.
sbb besar.
bwk mtr ag besh.
ngeee ;D
hehe..ye, sjk bljr drive kete ni..tbe² rasa bw motor lg best. kat celah² pun boleh menyelit..hohoo...
aha..sok saye nak maen go-kart (fis tyme) walaupun takde lesen kete. haha! jadileer
wah..best²...tp kalo sy, tak berani kot..sbb kereta tu rendah sgt...huhuu..
Post a Comment