Thursday, November 17, 2011

Lama Tak Jumpa, Kan?

1 ♥ Comments ♥



‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Salam malam jumaat. Terima kasih kepada yang masih sudi singgah sini, walaupun aku dah lama tak update blog usang aku ni. Entry last, masa ramadhan hari tu. Mm..okey. nak berblog guna kata ganti nama diri 'aku' balik la. Guna kata ganti nama diri 'aku' macam lebih semangat sikit nak berblog macam selalu. Semangat sikit je la kot ^____~

Susahnya nak tengok aku update blog sekarang ni kan. Err...maksud aku, dah setahun lebih dah kot aku jadi tak berapa serius dah nak blogging. Padahal aku serius sangat suka blogging. Serius tak faham. Heh. Ayat belit-belit. Okey. Nak kata aku takde masa nak update blog ni, hari-hari aku online. Hari-hari jugak aku bukak blog sepi aku ni. Cuma, feeling nak bloging macam dulu-dulu tu takde la. I don't know why. Kalo nak kata status aku sebagai seorang pelajar sepenuh masa menyebabkan aku sibuk study, tak jugak. aku bukan jenis rajin study pun. haha.

Oh ye. Sekarang ni aku tengah cuti semester, dah sebulan lebih dah. Bercuti kat Terengganu ni je. Tak balik Sabah pun. Bukak sem baru nanti, dah naik sem 4 dah ^____^ . Then, habis sem 4. Aku akan mula start praktikal setahun. Cepatnye masa berlalu. Tak sangka sangat boleh sampai ke tahap ni sekarang. Dulu, tak pernah terlintas pun kat fikiran ni yang satu hari nanti aku akan terlibat dalam bidang farmasi. Memang tak tercapai dek akal la. Alhamdulillah. Walaupun ade banyak sangat dugaan yang terpaksa aku hadapi time study ni, sekurang-kurangnya aku tak patah semangat. Terima kasih Ya Allah kerana masih beri aku kekuatan untuk teruskan perjuangan aku ni. TERIMA KASIH.

Memandangkan aku dah lama tak update blog. Then, ape yang harus aku coret kat sini sekarang?

Hmm...takde idea la. Haih. Selalu macam ni. Asal nak update je, takde idea. Kalo malas nak update, ade je idea datang banyak-banyak dalam kepala ni T_____T

Baiklah. Jumpa lain entry la pulak okey. Bye.


Monday, August 01, 2011

Salam Ramadhan Buat Semua

1 ♥ Comments ♥
Assalamu'alaikum.. Selamat menunaikan ibadah puasa buat semua.

Macamane puase hari ni? Juadah ape berbuka tadi? Makan banyak ke makan sikit? Haih. Banyak tanye pulak saya ni kan.. Dah la lame tak update blog. Huhuu. Malas laa. Tak tau la kenape malas sangat sejak-sejak berhijrah ke Kelantan ni. Sejak-sejak masa untuk diri sendiri dah mula kurang hari demi hari. Sejak-sejak bla..bla..blaa...

Hmm.. Hari pertama puasa. Alhamdulillah..dapat berpuasa dengan baek. Walaupun 2, 3 kali jugak la kena ulang alik pegi tandas sebab perut ni buat hal. Huh..tak tau la pasal ape. Sahur pagi tadi pun cuma makan roti gardenie je sebungkus, yang harga 70 sen tu. Pastu minum air masak banyak-banyak. Berbuka tadi, makan nasi dengan lauk ayam goreng celup tepung + kuah pedas. Tahun ni merupakan tahun kedua berpuasa tanpa family. Huk..huk.. Alangkah nikmatnye kalo dapat menunaikan ibadah puasa ni bersame-same ngan family. RINDU.

Okey la. Saya cuma nak update pendek ni je. Takde mood la nak taip panjang-panjang. Semoga berjumpa lagi, SELAMAT BERPUASA BUAT SEMUA..JANGAN PONTENG PUASA TAU.. (^____^)



Sunday, April 03, 2011

Mana Adab Kamu Sesama Manusia Lain??

2 ♥ Comments ♥
Assalamualaikum . Salam petang ahad .

Kawan . . .

Dengar saya nak cakap ni . Kalau kita nak orang hormat kita , belajar-belajar la cara untuk hormat orang dulu . Jangan tunggu orang hormat kita , baru kita nak hormat orang . Kalau orang tu tak pernah-pernah pun bercakap kurang ajar dengan kita , kenapa la kita ni senang-senang je nak bercakap kurang ajar dengan dia . Mana adab kita sesama manusia lain? Mana?? Urmm . Mak ayah dah ajar kan semua tu time kita kecik-kecik dulu? Time dah besar ni pun , rasanya mak ayah masih nasihat dan ajar benda yang sama kan? Mak ayah mesti selalu pesan , kalau bercakap / berdepan dengan orang yang lebih tua dari kita , hormat la orang tu . Jangan tinggi suara . Jangan kurang ajar . Bukan susah pun nak hormat orang , kan? Ego tinggi sangat ye? Huh . Rendah-rendah kan la ego tu . Saya kesal la . Kesal yang amat . Kenapa la ada manusia yang jenis tak reti nak hormat orang lain , kalau bercakap . . asyik nak kurang ajar je . Cakap baik-baik tak boleh ke? Susah sangat ke??? Belajar je tinggi-tinggi tapi takde ADAB . Haih. KESAL . . . Darjat kita disisi tuhan , sama je . Takde beza . Jadi , tolong la belajar untuk menghormati orang lain . Awak , saya , dia , kamu , mereka , kita semua sama je . Semua makhluk tuhan . Takde pun yang darjat tinggi , takde pun yang darjat rendah . Jadi . . . jangan la suka-suka je nak merendah-rendahkan martabat orang lain sebab kamu rasa martabat kamu lebih tinggi dari dia. Please . Sila tanam sifat INSAN dalam diri kamu . 

Saya tak tuju kat sape-sape , tapi kot ade sape-sape yang terasa . . saya mintak maaf banyak-banyak . Pesanan ni untuk diri saya sendiri jugak . Sebagai manusia biasa , saya akui . . saya tak  sempurna . Banyak kekurangan . .

Friday, March 25, 2011

I'm Fall In Love With You . . .

1 ♥ Comments ♥
(^______^)

Sunday, February 27, 2011

Aku Jatuh Hati . .

0 ♥ Comments ♥
Assalamualaikum. Salam petang ahad.

Aku jatuh hati . . .

Pada jutaan kerlipan bintang di angkasa , pada terang bersuluh cahaya bulan , pada hitam sepi langit malam , pada putih biru awan di langit , pada indah sinar mentari di pagi hari dan senja , pada damai desiran ombak memukul pantai , pada biru lautan yang luas terbentang , pada kukuhnya gunung dan ganang berdiri megah , pada hijau tumbuhan bumi yang terhampar luas , pada harum dan warna warni bunga-bungaan , pada dingin bisikan angin malam , pada sayu rintihan hujan . . . . .

Subhanallah . Indahnya ciptaan - MU .